Sunday, January 23, 2011

Mulu - day 4

Kepala ada sikit bengong masa update Mulu - day 2, saya dah tercampur sekali dengan cerita day 3, bila baca entry Kay baru terperasan aku update tak mengikut itinerary. Jadi terpaksa lah saya menukar title daripada day 2 kepada day 2&3.

Ok itu tak penting.

Hari ke-4 penjelajahan di Mulu, kami semua bangun seawal pukul 5 pagi sebagai persiapan ke Pinnacles, tempat dan lokasi yang ditunggu-tunggu. Setelah siap mandi (kalau tak nak mandi pun takpe sebab pagi sangat, tapi saya mandi) dan bersarapan, kami memulakan pendakian pada pukul 6.30 pagi. Malam sebelum itu guide kami iaitu Bugly dah briefing sikit-sikit pasal hiking pagi ini.

Macam-macam pesanan dan amaran yang diberi, antaranya mesti sampai di mini pinnacles at least sebelum pukul 9 pagi, kalau tak kita akan menghadapi masalah untuk sampai ke puncak. Lepas tu mesti sampai ke tempat tangga yg pertama sebelum pukul 11 pagi, kalau tak harus lah berpatah balik, tak payah berangan nak sampai kepuncak pinnacles. Haiyakkk.

Keadaan pagi masih gelap untuk memulakan pendakian. Kena bawa torch light or headlight, kalau tak nanti tak nampak jalan. Pendakian ini sangat mencabar bagi orang-orang seperti kami. Seperti cerita-cerita yg kami dengar sebelum ini semuanya menggambarkan pendakian ke Pinnacles ini menakutkan..haha. Betul ke menakutkan? Jom kita lihat.
Tidak seperti gunung kinabalu yg mana treknya dah tersedia, pemandangan yg cantik dan mempesona, cuaca yg nyaman dan sejuk, serta ada bekalan air di setiap pondok rehat, Pinnacles tidak seperti itu. Treknya hanyalah akar-akar kayu dan batu-batu! Tiada pemandangan yg cantik atau mempesonakan kecuali bila dah berada di atas sikit di mana kita boleh lihat segerombolan awan. Cuaca juga tidak sejuk tapi syukur lah tak hujan dan tiada pondok rehat dan bekalan air. Kita harus membawa 2 botol air mineral besar serta bekalan makanan untuk makan di puncak atau dipertengahan jalan jika lapar.

Saya ada dengar cerita, ada orang yg dah biasa panjat gunung kinabalu, bila panjat Pinnacles ni dia menangis! Saya tak terkejut kalau dia menangis kerana treknya memang agak sukar bagi yg beginner seperti kami lah, mungkin pada sesiapa yg dah profesional takde la rasa susah kot. Yg kami semua bengang ialah guide kami iaitu Bugly. For us, he is not a good guider. Dia jalan menonong je ke depan, tak cakap apa sangat dan tak tolong kami sangat kalau kami ada masalah. Hey, we pay you ok. Kalau ada diantara kami yg jatuh tergolek pun dia just tengok dari jauh je, takde rasa nak tolong, takde rasa nak bertanya apa-apa. Lepas ni kita blacklist nama Bugly.

1 jam kemudian, kami semua sampai di mini pinnacles. Ianya dinamakan mini pinnacles kerana batuannya mirip Pinnacles, cuma saiznya kecil. Kami berehat sebentar di mini pinnacles, minum air dan bergambar. Bergambar itu sudah semestinya wajib, bukan harus, bukan sunat lagi dah. Bugly tengok je gelagat kami. Nak ajak bergambar sama-sama tak mahu. Tak sporting betul la guide kami ni. Nasib baik ada group chinese yg sama-sama nak ke Pinnacles tu, diaorang la yg tolong ambilkan gambar dan guide mereka yg bernama Burong lebih sporting dan rajin berbual. Pelik kan nama dia Burong. Tapi orangnya nice dan friendly. Oh ya, kita boleh tinggalkan sebotol air mineral di sini sebagai bekalan masa turun nanti.
Pukul 10 lebih, kami sampai di tangga pertama yg harus kami harungi. Bukan ada 1 tangga, tapi ada 15 tangga! Di sini ada papan tanda amaran seperti yg saya tulis kat atas tadi, mesti sampai di tangga pertama ini sebelum pukul 11 pagi, jika tidak kita kena berpatah balik. Keras kan amaran tu. Alhamdulillah, kami tiba di sini 1 jam lebih awal daripada amaran itu.

Selepas naik tangga pertama itu, treknya lebih mencabar. Memang nak menangis juga lah, tapi dalam hati je. Dah macam-macam style memanjat dah rasanya, tertonggeng, terduduk, ter...apa lagi dah. Ada antara batu-batu tu yg 90 degree punya angle, itu sebab kena naik dengan tangga. Ada satu tempat tu saya rasa macam takde trek, cuma agak-agak je jalan mana yg kena lalu. Ada guide pun tak guna, tak membantu.

Ini salah satu tangga yg kami kena naik. Masa naik tak la rasa takut sangat, tapi masa turun tu yg kecut perut sikit.

Clockwise: Kami jumpa pokok berbentuk macam zirafah, papan tanda menunjukan kami berada diparas 1300 meter, pemandangan di atas awan, awesome, dan papan tanda aras 500 meter from sea level.

Semakin atas, trek dah banyak batu-batu. Masa ni kena hati-hati sebab licin. Kami dengar cerita ada orang pernah jatuh, kena pikul bawak turun bawah. Aduhai ngerinya. Tangan dan kaki kena kuat, kuat untuk memegang dan kuat untuk memijak. Guide kami tak tolong pun, pandai-pandai la guna otak kat mana nak pegang, kat mana nak pijak. Kadang-kadang saya rasa Bugly ni kejam. Haha. Agaknya dia fikir kami ni menyusahkan dia kot. Tapi kami bayar dia untuk guide kami, bukan jadi pemerhati je.

Alhamdulillah....selepas bertarung nyawa dan bermati-matian mendaki segala akar pokok dan batu-batu besar dan tajam, akhirnya saya dan semua kawan-kawan saya berjaya menawan puncak Pinnacles. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami semua selamat sampai walaupun dalam keadaan yg sangat-sangat exhausted. Kami mengucap syukur kerana di beri peluang untuk melihat ciptaan yg maha hebat ini. Tak terucap dengan kata-kata betapa indahnya pemandangan di atas. Alhamdulillah.

Di puncak ini keadaannya jauh berbeza seperti di kinabalu. Di kinabalu, ada cafe, ada makanan best-best, ada air, ada tempat berehat...pendek kata meriah lah. Di sini pula, yg ada cuma pokok-pokok saja. Kami semua berehat lebih kurang 30 minit untuk makan dan mengambil gambar. Masa yg diberi oleh Bugly sangat terhad, katanya kalau lewat turun takut lewat juga sampai ke bawah.

Kami semua makan bekalan yg dibawa iaitu nasi impit dimakan bersama serunding, telur rebus dan sandwich. Masa tu rasa kebulur yg amat, macam orang tak makan 10 hari.

Pinnacles asalnya dari batu kapur yg terhakis akibat daripada tindakbalas alam semulajadi. Kata Burong, dalam dunia ini cuma ada 2 pinnacles saja iaitu di Mulu dan di China. Saya dah google, actually ada banyak batu-batu dalam dunia ni yg berbentuk spectacular seperti ini, cuma ada setengah negara tu pinnaclesnya di atas tanah, means kita boleh sentuh dengan mudah. Tak macam kat Mulu ni, kita cuma boleh tengok dari jauh je, nak sentuh? mimpi je lah.

terhasil dari kejadian alam yg mengambil masa beratus dan beribu tahun.

Setelah selesai makan dan amek gambar, kami semua bersiap sedia dengan cabaran seterusnya iaitu turun ke bawah. Sebenarnya kami tak puas lepak kat atas ni sebab masa yg diberi sekejap sangat. Penat belum hilang, dah kena bersedia untuk turun. Untuk turun ini saya memang sangat takut. Saya lebih suka naik dari turun. Mengalahkan bertarung nyawa kat medan peperangan pulak rasanya. Masa turun ini kita kena lebih berhati-hati kerana batu-batunya licin, nak pijak kena tengok dulu batu tu kukuh ke tak, tangan kena kuat untuk berpaut pada tali, dan yg penting otak kena cerdas sebab Bugly tak tolong, jadi pikir la sendiri macam mana nak turun. Burong pulak yg baik tolong tengokkan kitaorang. Terima kasih Burong.

On the way nak turun tu tiba-tiba cuaca muram pulak. Daripada gerimis mengundang terus jadi semakin lebat. Kami kena pakai baju hujan. Nasib baik dah tak jauh nak sampai ke Camp 5. Masa tengah hujan ni lagi la kena hati-hati, batu-batu dah makin licin. Tak tau nak gambarkan betapa terkial-kialnya aku untuk turun. Biar lambat asal selamat, daripada jatuh tergolek sapa nak tolong? Bugly nak tolong? Haha.

Lagi berapa tapak je nak sampai camp 5, sempat lagi kitaorang berposing kat papan tanda tu, padahal tengah hujan. Biasa la...bukan senang nak sampai sini, bukan senang nak mengharungi semua cabaran ini, bukan selalu dapat pakai baju hujan dalam hutan, bukan selalu dapat merasa turun gunung dalam keadaan hujan kan...

Kami sampai dengan selamat di Camp 5 pukul 6 pm. Alhamdulillah...segalanya dah berakhir dengan jayanya. Kami 4 orang tiba awal, lagi 4 orang tu lewat sikit, tapi tak la lama sangat. Sampai je kat camp 5, kami terus terjun sungai. Best! airnya sangat sejuk, mandi pulak dalam hujan, nikmat! Muka saya takde dalam gambar tu sebab saya la tukang amek gambar. Cis.

Syukur ke hadrat Allah SWT, segala yg dirancang tertunai sudah. Pinnacles sudah berjaya kami tawan. Walaupun kaki saya lebam-lebam, tapi puas hati dapat membuktikan kepada si Bugly tu yg kami bukan lemah, kami bukan orang yg menyusahkan dia. Kami ada semangat dan azam yg kuat serta doa yg tak putus-putus di sepanjang perdakian. Syukur segala puji bagi Allah.

Jika ditanya, nak datang sini lagi tak? nak naik pinnacles lagi tak? ermmm...entah, aku kena pikir 14x untuk naik pinnacles ni lagi. Datang ke Mulu lagi tu insyaAllah, tapi nak naik pinnacles lagi tu belum pasti. Kalau semangat saya kuat, boleh la nak naik lagi kot.

Aktiviti kami belum berakhir, masih ada saki baki aktiviti lain selepas ini. Tunggu kami balik ke Mulu Park dulu ok.



Bersambung...



7 comments:

Anonymous said...

gambar korang pakai baju hujan tu, ko tersilap letak ke apa julie? tu kat lang cave kan?

cipang said...

sebelum ni guide tu , kena marah sebab terlampau layan sangan dengan perampuan,,,,,so, nak lepas marah, dia tak layan kau orang laa,,,,

Julie Shahril said...

whooz: a'ah la silap gmba...hahaha,mcm mana aku bleh x perasan ni,xpe nti aku ganti dgn gamba lain...huhu..

cipang:ye la tu...layan je la,kita dh byr dia...huhu,at least bantu la kami ni masa nk naik & turun, bukan tengok je...eiii...nyampah. Eh..ter emosi pulak...haha

paiz said...

salam, nk tanye brape kos nk naik pinnacle nih eh?

Julie Shahril said...

paiz: utk pinnacle saja byr lebih kurang rm325++ la..tu x trmsuk tiket flight, just utk pakej tu saja trmauk guide dan porter.

Unknown said...

dari cerita macam susah gila ni....

saya dah pegi Kinabalu...

dan akan pergi pinacles mulu ni bulan satu 2012...

skrg tengah training...

mcm azab je gayanya.. tapi mesti ingat nama bugly tu....

Julie Shahril said...

Zulfikar: pinnacles agak mncabar,x mcm kinabalu dh ada trail,bleh berenti isi air,ada toilet,kalo nk training utk naik pinnacles sy suggestkan training kat bukit tabur,tp kena ada guide jugak lah sbb bukit tabur tu pun agak bahaya juga. so good luck to you on your trip to hiking in pinnacles ya..mesti boleh punya...insyaAllah..