Sunday, February 6, 2011

Jelawang Waterfall - Day 1

I'm back, with new great stories. Perjalanan ke Jelawang sangat menyeronokkan walaupun penat. Satu pengalaman baru kerana saya buat pertama kalinya menaiki keretapi. Jom ikuti cerita seterusnya.

longgokkan baju-baju Kay yang akan di kemaskini oleh Fad

Train kami sepatutnya bergerak dari KL Sentral pukul 8.30pm, tetapi dibatalkan kerana banjir di Gemas ( kalau tak silap itu la reasonnya). Jadi semua penumpang keretapi itu termasuk la kami terpaksa menaiki bas ke Mentakab dulu, kemudian baru naik keretapi dari sana. Saya dan Fad sampai di KL Sentral lebih kurang pukul 6.00pm dan terus ke surau kerana dah janji dengan Kay utk berkumpul di situ. Lagipun kami ada agenda penting untuk 'mengemaskini' semula beg Kay yang penuh dengan barang.

Malam sebelum itu saya menerima sms dari Kay yg membuatkan jantung saya tersentap.

"Bye2 korang...beg aku koyak"

Ya rabbi...saya tak tahu lah macam mana makcik ni sorang mengemas beg sampai koyak. Saya dah tak pikir panjang, terus terpikir nak pinjam beg Miza@boboi. Haha, itu jelah yg sempat saya pikir. Tapi tak lama kemudian Kay sms semula, katanya dia dah contact mamat yg jual beg dalam FB, fuhhh...lega. Tapi yg kelakar, Kay shopping beg pukul 12.00 tengah malam. Nice huh...

Finally, yg pergi 15 orang. Intan dan Zul buat last minute cancellation, tak tahu lah apa masalah diaorang. Apa pun, kami tetap enjoy. Kami berjumpa di depan KFC KL Sentral untuk bahagi2 kan barang makanan. Nasib baik lah saya cuma bawak telur je...takde la berat sangat kan. Barang-barang yg lain semua kaum-kaum adam yg bawa, terima kasih la wahai lelaki-lelaki kerana menjadi porter kami...hehehe.

Yang biru tu beg Azli, ketua rombongan kami. Besar kan? biasa lah, dia kan porter terhebat abad ini. Yg lain tu beg-beg kami semua lah. Last minute juga saya terpaksa beli beg baru 45L+10L. Tak pasal-pasal kena beli beg lain.

Sementara menunggu bas ke Mentakab, kami semua dah lapar. Tengok la tu, ada yg siap duduk atas lantai melantak jajan. Kesian, lapar ye. Kitaorang ada tapau roti Subway, tapi akan di makan dalam bas nanti.

Akhirnya bas yg ditunggu-tunggu tiba juga. Ramai juga manusia yg nak ke Mentakab rupanya. Kami 6 orang perempuan jelita ini memastikan dapat tempat duduk yg berdekatan supaya senang nak bergosip, senang nak buat apa-apa bersama lah.

4 of us, fad dan adik kat sit sebelah. Dah lama saya tak naik bas ekspres. Dalam hati ni gembira ada, takut pun ada. Gembira sebab tak sabar nak naik keretapi ke Jelawang, but at the same time takut naik bas lepas dengar macam-macam kes pasal bas ekspres ni kan. Tawakal je la. Berdoa itu perlu.

Lebih kurang pukul 10.00pm, kami selamat sampai di Stesen Keretapi Mentakab. Alhamdulillah. Perjalanan kami tiada sebarang masalah. Tapi yang tak best kitaorang kena tunggu train pukul 2.00am..! Bayangkan berapa lama nak kena tunggu. Sementara menunggu train tu, kitaorang lepak-lepak la kat tepi landasan, buat aksi-aksi akrobatik, aksi peluk-peluk bahu dan aksi pusing kiri pusing kanan.

bergambar di signboard, macam satu kewajipan pulak..

Kami lepak di tepi landasan ni. Mula-mula saya takut juga guard kat situ marah, maklum la kan kat sini merbahaya. Tapi bila tengok guard yg jaga tu buat bodoh je, maknanya dia tak kisah lah kitaorg lepak kat sini. Boring punya pasal, main snap-snap gambar la.

This is the best and the most beautiful picture in my life. Bravo Huz..pandai cik Huz setting kamera., dan pandai juga kami berlakon. I love this pic so much! Muahhhhs..!

Other posing from us...penat weh tunggu train. Oh ya, ada babi melintas kat landasan ni tiba-tiba je, entah datang dari mana ntah. Nak snap gambar tak sempat sebab sibuk lari, mana la tau kot-kot babi tu datang menyondol kan.

Dah penat posing, kitaorang pegi mengeteh kejap kat warung yg ada kat sini. Minum teh tarik panas sungguh la nyaman diwaktu-waktu malam begini.

Akhirnya, train yg ditunggu-tunggu tiba juga. Nasib baik sampai on time, tak delay. Syabas meri beti...

Alhamdulillah, saya, fad, nurul dan adik dapat katil. Kay dan Huz dapat sit biasa, tapi kitaorang akan tukar-tukar la. Kesian pulak kat makcik 2 orang tu nanti tak dapat tidur. Hehehe. Tapi nasib baik banyak katil kosong, jadi boleh la Kay dan Huz tidur kat katil kosong tu.

Oleh kerana jakun yg amat sangat sebab pertama kali naik train, dapat katil pulak tu, maka bergambar sakan la saya dengan katil yg memang muat-muat untuk sorang. Ok la, selesa juga untuk tidur. Baru la saya tahu macam ni rupanya katil dalam keretapi.

Keadaan tilam dan bantal bersih dan selesa untuk tidur. Cuma bergoyang-goyang la kan sebab train bergerak, haha.

Goodnite everyone!

Masa untuk tidur. Saya tak dapat tidur nyenyak sangat sebab pertama kali tidur dalam train, asyik terjaga je. Di tambah lagi train buat hal. Train rosak! Nak tidur dulu, nanti sambung cerita. Goodnite.



Bersambung...


7 comments:

whooz said...

aku pun suka gambar black n white tu :D

Kehelan said...

aku suka semua gambar... Huzz, nnt bg yek!

pembetulan... tu barang nurul laa... hehehehe...

whooz said...

baik kay! akan ku burn dan beri yg original

Fiza said...

Haah tu barang aku lah... sah2 ade jaket merah tu

j.u.l.i.e said...

whooz: gmba tu sgt nice!nostalgia..

kay: oh ye ke..baju nurul..hehe

nurul: baju2 ko dgn kay dh bercampur aduk...

gerbera said...

Nasib beg koyak kat rumah, kalo koyak dalam hutan, kan ke haru biru

j.u.l.i.e said...

miza: ye betul...kay betol2 dah mencuak kan aku...hahaha