Saturday, February 12, 2011

Jelawang Waterfall - Day 3 and 4 (last day)

Hari ke-3 kami bangun awal pagi untuk melihat awan dari puncak air terjun, tapi hampa kerana selama 2 hari kami menunggu awan yang tak kunjung tiba. Mungkin kami kena datang lagi lain kali untuk melihat awan tersebut. Harapan tinggal harapan je lah.

Walaupun takde awan, pemandangan dari atas tetap cantik. Duduk ramai-ramai sambil menunggu matahari terbit, makan coklat, biskut dan bergambar.

matahari dah nak keluar

tu bukan awan, tu kabus

termenung je la menunggu awan yg takde

Bila dah kecewa awan tak muncul-muncul, kitaorang balik ke khemah dan prepare breakfast iaitu nasi lemak. Makan ramai-ramai memang best.

nasi lemak

Kemudian kami prepare perjalanan untuk ke puncak air terjun yg lebih tinggi dan juga telaga tujuh. Masa ni saya masih boleh tersenyum kerana sekejap lagi saya rasa nak meraung. Entah apa la malang sangat nasib bila kamera yang baru dibeli terhempas kat batu. Rasa nak menangis tengok kamera rosak. Nak meraung pada siapa? meraung dalam hari je lah. Masa tu baru rasa menyesal sebab cuai, tapi nak buat macam mana kan, kaki tersalah pijak kat batu yg licin, saya jatuh dengan kamera sekali jatuh.

senyum dulu

Apa lagi nak cakap, hanya mampu termenung je. Dah 2 kali terkena benda yang sama tapi yang kali ni lagi sedih sebab kamera tu baru. Kesan jatuh tu, lens rosak, blank tak nampak apa. Kalau hantar repair beratus jugak la kena keluar duit. What to do? Apa salah aku sampai jadi macam ni? Agaknya aku terlalu alpa dengan keseronokan duniawi, terlalu alpa dengan kegembiraan, dan mungkin juga aku ada banyak buat salah sesama manusia, mungkin ada orang terkecik hati dengan aku, atau mungkin aku ni sebenarnya tak sedar ada banyak buat silap, aku banyak dosa kot (memang banyak dosa pun). Tapi kali ni aku terlalu kecewa dengan kecuaian diri sendiri. Lepas daripada itu, aku hanya bergantung harap pada kamera kawan-kawan je lah. Mungkin ini caranya Allah nak tarik balik rezeki aku kot.

Sebenarnya aku senyum tu tak berapa ikhlas. Boleh aku cakap gitu? boleh. Lebih baik terus terang. Dalam hati tu tak tahu nak kata apa, tapi demi tak nak spoil kan mood orang lain, aku ketawa je lah. Lagipun datang sini jauh-jauh untuk hepi-hepi, cuma aku dilanda musibah secara tiba-tiba, tapi itu tak bermakna aku harus bersedih sepanjang masa. Aku harus menikmati keseronokan secara palsu, kerana hati aku bukan 100% gembira. Untuk hilangkan kesedihan lagi, aku secara beraninya ikut Azli terjun dalam arus air yg teramat deras. Aku berjaya. Cuma aksi-aksi berani mati aku tu tidak dirakam. Siapa la yang sudi mengambil gambar aku kan..

Aksi-aksi sliding berani mati yang lain ada dalam album Huz. Tapi Huz takde upload pun dalam FB, belum lagi kot. Takpe. Yang penting aku dapat merasa pengalaman yang mungkin orang lain tak rasa. Ceria dalam gundah.

Esoknya iaitu hari terakhir, selepas lunch, lebih kurang pukul 2.oopm kami bergerak untuk balik. Kali ini uncle bawa kami trek lain, kena merentas air terjun. Seronok juga dapat merasa cross the waterfall ni.

Thanks Huz kerana snap gambar ni. Aku kepenatan, cuaca panas.

Kami sampai di resort, tumpang mandi dan tukar baju di bilik air yang ada disitu. Bila dah lawa-lawa, wangi-wangi, kami bertolak balik menuju ke stesen keretapi Dabong. Tapi sebelum tu berhenti bergambar dulu kat tepi jalan. Baik hati sungguh pakcik driver tu kerana sudi melayan kerenah kami yang suka bergambar ni. Lepas tu berhenti lunch sekejap sebelum bergerak ke stesen keretapi. Masa ni kami still 6 orang.

Keretapi sampai lebih kurang pukul 9.00pm. Kami dah tukar baju t-shirt yang dibeli kat kedai uncle Adam, harga sehelai RM25, warna biru. Sayangnya Huz takde masa ni sebab dia dah balik rumah. Cik Huz ni kampungnya di sini, Kelantan. Jadi tinggal 5 orang je.

Perjalanan balik tak ada masalah. Keretapi smooth je, sampai di KL Sentral dalam pukul 9.ooam, betul-betul 12 jam perjalanan. Alhamdulillah, semuanya selamat. Selesai satu episod. Next episod...tak tahu lagi. Kesimpulan, aku enjoy trip ni walaupun ada sikit sedih, nak buat macam mana kan, dugaan. Terima kasih kepada Azli (walaupun dia tak baca blog ni pun) kerana membawa kami semua ke sana, menjadi porter kami membawa makanan dan peralatan yg banyak, membuat lawak-lawak bodohnya dan menghiburkan kami di sana. Thank you all.


END


11 comments:

Kehelan said...

nak tag gmbo ko kat album fadd, FB ko ilang plak eh...

dh anto kedai blum kamera tu? cemana?

j.u.l.i.e said...

kay: fb still ada,just deactivate for a while or for a certain period of time.

kamera dh anta kedai,maybe amek masa paling skjap 2 mggu,paling lama sebln, kos ratus2 la sbb lens yg rosak,dahtu jatuh sbb kecuaian sndiri so x bleh claim under warranty. hey..apa kes ko hari isnin?ada interview ke ada org nk masuk meminang? hahaha..mood kepoh nih.

Niza Zainal said...

takpe julie... tu namanya tuhan nak bagi rezeki beli kamera baru :)

j.u.l.i.e said...

niza: hahaha...kamera tu actually pon baru beli, tu yg sedih sgt, nk beli yg lain rasanya tak lagi kot...huhu

naems said...

Hiking club apa ni..cam best jerrr

j.u.l.i.e said...

naems: kami bukan hiking club, tp kami geng gunung yg arrange sendiri aktiviti kami bersama2...

Amad said...

Salam akak2 sekalian. Saya teringin nak ke dabong tapi cmana nak cari guide yer? Pakai pakej ker?

j.u.l.i.e said...

Amad: cuba contact org nih Azli 012-6618030,dia biasa bawa org tp kena la ada group yg cukup.

Amad said...

Ooww.. ok thanks. sy penah g dulu tahun 2006 tp tak smpai puncak. kitorang mandi2 jer. teringin nak pegi lagi.

teecey said...

hi awak , saya nak tanya mcm mana nak contact uncle adam , sbb saya plan nak g waterfall jelawang, menarik pulak saya tgk pos awak...

j.u.l.i.e said...

teecey: sy tak simpan no fon uncle adam, cuba awk call no azli tu,dia yg kenal uncle adam,dia yg arrange semua xtvt,sy rasa dia bleh bantu.. :)