Tuesday, March 1, 2011

Rafting - Kuala Kubu Baru

Untuk kali pertamanya saya join rafting di Kuala Kubu Baru, ahad lepas. Peserta yg terlibat adalah geng-geng gunung kecuali Thirah (sedang mengerjakan umrah), Intan (berada di Glasgow) dan Yat. Peserta tambahan ialah kawan-kawan Huz dan kawan Nurul. Oh ya, kali ni Miza ada bersama, dan Ezza selaku jurufoto kami.

Berkumpul di Petronas dekat Giant Taman Samudera, kata miss organizer sebelum pukul 7.ooam. Tapi kali ni miss organizer lewat, 4 tahun kami menunggu di situ. Haha. Lepas tu terus bergerak ke Kuala Kubu. First time saya menjejakkan kaki di Kuala Kubu. Tiba di sana, jumpa En.Hasnul, baru saya teringat balik rupanya En.Hasnul ni saya pernah jumpa di Gunung Kinabalu last year. Dia yang tukang arrange semua acara ni. Bersarapan dulu di sana. Dah kenyang, terus bergerak ke tempat kejadian.

Seperti biasa, sebelum acara bermula, ada briefing dulu dari guide. Dia tunjuk dan ajar arahan-arahan yang akan diberikan semasa rafting nanti, tunjuk juga cara-cara nak pakai life jacket dan safety helmet. Senang je tu..hehe.

This is my team with Kay and Huz, yang lelaki-lelaki tu saya tak ingat nama, sori la yer. Guide ada 2 orang, ketuanya bernama Botak. Botak yg akan bagi arahan, kami semua kena ikut dan patuh pada arahan. Paddle forward, paddle backward, hold on, move to the front, move to the back, move to the right, move to the left, boom-boom and jump-jump...ini adalah command yang akan guide cakap semasa rafting. Jangan salah ikut arahan sudah la, guide suruh boom-boom, kita pegi jump-jump...haha.

Gambar di atas itu adalah sebelum kejadian ngeri yang menimpa team saya. Sebelum bercerita tentang kejadian ngeri itu, saya nak bagitahu bahawa rafting di Kuala Kubu ini adalah tahap level 5. Biasa la kami memang suka buat aktiviti terus lompat yg susah-susah dulu, terus ambil yang hardcore. Lepas ni kalau setakat level 1 rasa macam berdayung sampan je kot...hehehe (ketawa dengan berlagaknya).

Masa ni saya tak rasa takut sangat (ok tipu, sebenarnya memang saya takut!). Apa yang saya bayangkan itu benar-benar berlaku. Ada six sense rupanya aku ni. Di sini ada 3 major rapid iaitu 1st Canyon, Chicken Drop dan Hydraulic. The master and best part is Hydraulic.

This is the first rapid that we call 1st Canyon. Di sini lah terjadinya mimpi ngeri team saya. Baru first rapid dah hanyut. Actually semasa tiba di sini, Botak dah bagi arahan yang betul, tapi ada guide lain tak ikut arahan tu, that's why bot kami tersangkut dan terbalik! Ye, seperti apa yang aku bayangkan, macam mana kalau bot kami terbalik? It's happened!

Kami semua hanyut dibawa arus yang sangat deras. Honestly, saya rasa masa ni separuh nyawa saya dah melayang, saya dah pikir adakah aku akan mati? Saya tak dapat nak gambarkan betapa lajunya arus yang telah menenggelamkan kami semua sehingga kasut saya, Kay dan Huz hilang, contact lens Kay pun hilang. Dasyat kan?

Ini lah mimpi ngeri itu. Ternyata kami semua masih hidup, alhamdulillah. Syukur. Walaupun ini satu mimpi ngeri, saya beranggapan ianya satu pengalaman yang hebat. Terima kasih kepada guide-guide yang menyelamatkan kami. Nyawa saya masih ada.

This is Chicken Drop, the second rapid. Alhamdulillah, kami selamat di sini. Kata guide, tunggu tiba di Hydraulic nanti, rapid paling dasyat. Jantung saya berdebar lagi.

Finally, this is Hydraulic, the best and last rapid. Sekali lagi kami mengucap syukur kerana berjaya melepasi halangan dan oleh kerana terlalu gembira, Botak terus membaling paddle ke atas dan terjun dalam air. Yes, we have been successful to get through this last obstacle. Congrats Botak kerana berjaya mengemudi bot kami dengan baik.

Owh, ini lah muka saya dan Kay selepas hanyut dari 1st Canyon. Kasut dah hilang masa ni, tapi alhamdulillah, jumpa balik. Jimat duit, kalau tak kena beli kasut lain.

Ini antara saat-saat getir bila bot tersangkut di celah batu.

Kami berhenti di air terjun kecil ini untuk mandi sekejap dan snap gambar beramai-ramai. Airnya sejukkkk.

Kami telah melalui sungai sepanjang 10km untuk menghabiskan rafting ini, dan ianya memakan masa lebih kurang 5 jam (if I not mistaken). Tahniah kepada geng gunung kerana sama-sama dapat merasa keseronokan pengalaman dalam aktiviti lasak macam ni. Juga kepada guide-guide yang terlibat.



All pics credit to Nurul, eh bukan...ATL (akak tahi lalat).

6 comments:

Kehelan said...

ATL... akak terlambat...

aku nak buat entry KKB jugak, tp tadop gambo, nnt semua gambar sama... cemana?

j.u.l.i.e said...

kay: xpe..ko pilih2 je gmbo lain..kalo sama pon xpe...dh mmg kita menumpang kamera org...hehe

bila la kamera aku nk siap nih...tensen!

joyahsport said...

ngeh..ngeh...gambo kak fad tu...leh wat iklan gigi..hee...

j.u.l.i.e said...

joyah: buat side income,model gigi

areeplogue said...

boleh saya tau, apa nama company yg handle rafting kat kkb ni? thanks. d;D

j.u.l.i.e said...

areeplogue: maaf lah, sy x ingt,lgpun bkn sy yg organize aktiviti ni,sy cuma bayar dan join..hehe...sori x dpt mbantu..