Tuesday, August 2, 2011

Cameron Highland - day 1

Dah lama tak buat entry pasal jalan-jalan yg ada bepuluh-puluh keping gambar. Hari ni rajin nak buat.

Di Semenanjung, Cameron Highland adalah tempat kedua yang saya paling suka selepas Langkawi. Sabtu, 30 Julai lepas, saya ke Cameron Highland untuk kali ke-2. Kali pertama pergi tak tidur sana, pegi pagi balik petang. All activities are rushing, jadi kali ni nak berjalan dan shopping secara santai, stay sana 1 malam di hotel yang bajet gila.

Bergerak pukul 7.30 pagi, hujan agak lebat di sepanjang jalan. Doa-doa jangan la hujan di Cameron. Sampai sana tak ingat pukul berapa, tempat pertama yang dituju ialah Hutan Lipur Lata Iskandar. Alhamdulillah, cuaca sangat baik di sini.

air terjun Lata Iskandar

pokok cantik, tapi tak tau apa nama dia

Di Hutan Lipur Lata Iskandar ini yang menariknya cuma air terjun tu je, yang lain takde apa sangat. Ada satu pokok cantik dan unik, saya nampak orang-orang asli jual pokok ni kat tepi jalan, jual dengan akarnya sekali. Sapa-sapa nak cuba tanam pokok ni beli lah.

Cendawan susu harimau

Satu benda baru yang saya jumpa di Hutan Lipur ini ialah ada orang jual cendawan susu harimau. Ye, cendawan susu harimau yang dah beku. Rupa bentuknya macam batu, tak keras sangat, tak lembut sangat. Cendawan susu harimau beku ini berasal dari titisan susu dari ibu harimau yang menyusukan anaknya. Titisan susu yang tumpah ke atas tanah itu lama-lama akan jadi beku macam dalam gambar tu. Fungsi cendawan susu harimau ini ada bermacam-macam guna, antaranya untuk mengubati asma. Harga 1 kilo susu beku ini ialah rm80. Kata orang yg jual tu, kat Cameron ni la paling murah, kat tempat lain harga boleh cecah ratus-ratus atau ribu riban. Oh yeke..

Cara untuk minum cendawan susu harimau ini ialah dengan menjadikannya serbuk (asah atas lesung batu pun boleh), kemudian campur dengan air kosong dan minum. Tapi saya duk pikir balik, boleh ke kita minum susu harimau ni? Dalam Islam, boleh ke? Musykil.

kat area Ringlet

Lepas dah siap berposing-posing di Lata Iskandar, teruskan perjalanan ke atas. Di sepanjang jalan nak naik atas tu, 2-3 kali juga lah berhenti sebab nampak view yang cantik. Tak kira apa orang nak kata, siap kena hon lagi sebab syok sangat bergambar.

Kemudian, singgah di Taman Madu Lebah. Tempat ini takde apa yang menarik sangat, cuma ada lebah je lah, dan pokok-pokok bunga yang macam hidup segan mati tak mau. Layu semacam je.

Kecuali bunga ini...sangat menarik. Purple...kepada penggemar purple mesti teruja nak bergambar dalam rimbunan bunga ni. Nice.

...dan kolam ikan berbentuk LOVE. Sweet je. Dalam kolam tu ada ikan Koi.

...dan ini lah lebah madu ituuu...


berhenti kat tepi jalan sebab nampak ada sungai dan view yg menarik

Tempat ini macam wajib dilawati, Cameron Bharat Plantations. Di sini lah ada ladang teh yang maha luas dengan permandangan yang Maha Suci Allah menjadikannya begitu indah di pandang mata. Ada cafe untuk minum dan makan.

tea farm

model teh boh

Turun ke bawah untuk menikmati pemandangan ladang teh dan bau teh yang segar. Di sini ada air terjun kecik yang comel.

Dah puas berposing-posing maut di ladang teh, singgah cuci mata di kedai souvenir. Tak beli apa pun, posing je lebih.

Kemudian, teruskan perjalanan dan singgah ke Healthy Strawberry Farm. Di sini ada pokok-pokok bunga cantik dan pokok kaktus. Siapa penggemar kaktus boleh lah borong kaktus di sini.

pokok bunga

Menikmati healthy strawberry ice cream yang sedap. Harga rm5.

close up - baby capsicum

Dah sampai Tanah Rata Cameron Highland, tempat ini pun wajib singgah sebab ada tulisan besar ni. Nasib baik masa sampai takde orang pun, jadi boleh la bergambar sesuka hati.

Tempat singgahan seterusnya ialah Taman Kaktus. Bukan ada kaktus je, ada pokok bunga lain yang cantik-cantik. Tak beli apa pun sebab dulu pernah beli kaktus kat sini, tapi dah layu mati dah kektus tu. Tangan ni memang takde talent nak bela pokok.

Ada pokok periuk kera (pitcher plants), sebelum ni jumpa kat Sabah je. Jakun punya pasal, sibuk nak tengok apa yang ada dalam kantung pokok tu. Takde apa pun, kosong je.

deretan anak pokok kaktus yang pelbagai jenis dan comel

deretan pokok strawberry

close up - strawberry

Di sini boleh makan-makan dan minum dengan santai. Saya order Strawberry Sundae, nampak macam menarik, dan Strawberry Muffin. Strawberry muffin tu seriously sedap. Two thumbs up!

Hari dah makin petang, dah penat jalan-jalan, kemudian makan nasi, of course kena la makan, kalau tak mana ada tenaga untuk menjelajah ke tempat lain. Belah petang, jalan-jalan dikedai kat tepi-tepi jalan tu, kemudian window-window shopping kat pasar malam berdekatan dengan hotel penginapan. Saya nak beli bantal strawberry ini, survey punya survey, beli yang 3 biji dengan harga rm12 di pasar malam. Tempat lain semua mahal-mahal belaka, padahal bantalnya sama je.

buah cinta

Pasar malam disini memang menarik. Selain makanan, of course lah ada jual strawberry dan sayur-sayuran segar, fresh dari ladang. Saya jumpa satu buah ni, nama dia buah cinta. First time jumpa buah cinta ni, nama pun romantik je. Tak pasti rasa dia macam mana sebab tak beli.

...dan jumpa buah ni yang pelik, macam bentuk jari...

last sebelum balik hotel, beli bantal strawberry 3 biji tadi yang berharga rm12.

Untuk makan malam, saya hanya beli makanan di pasar malam. Beli ayam goreng, brokoli goreng tepung, jagung bakar, pedal goreng tepung dan air, kemudian makan dalam bilik hotel. Syok...


to be continue..

4 comments:

NHA said...

Pokok tu nama dia "Halia Hutan"

en_me said...

ammvoiii.. sonoknyerr akak tewww

Julie Shahril said...

fiza: ooo..yeke...ok..

en me: seronok sgttt...

Unknown said...

beli bantal tu dekat pasar malam brinchang ke?