Monday, August 1, 2011

makan, birthday with GGK

- NKJ -

Dah lama tak merasa tiup lilin. First time tiup lilin masa celebrate birthday ke-19 tahun, majlis dibuat kecil-kecilan oleh ex-housemate masa kat JB. Zaman budak-budak dulu lagi la tak pernah merasa tiup lilin, sadis kan. Takpe, tak penting pun.

Jumaat lepas, ada perjumpaan makan-makan bersama GGK di Island Steamboat, Kg. Melayu Subang. Jangan tanya macam mana nak pegi sana sebab saya buta jalan, so lebih baik tanya google map atau gps, thats better. Saya dah agak lama tak join GGK segala bagai aktiviti kerana sebab musabab yang hanya saya dan Allah yang faham, jadi malam Jumaat itu saya berkesempatan untuk bertemu mereka semua yang saya kenali melalui aktiviti mendaki gunung. Diam tak diam dah setahun kita kenal dan rapat.

Saya tidak sangka rupanya ada majlis tiup lilin juga. Kek coklat comel yg sedap bersama 3 batang lilin tersusun cantik, tertulis perkataan NKJ, thats mean Nurul, Kay, Julie. Terharu juga rasa dalam hati ini walaupun dari riak muka buat selamba jer. Sekalung ucapan terima kasih kepada orang yang sponsor kek dan merancang kejutan itu, saya tak tahu siapa orang itu, tapi saya sangat menghargai usaha dia kerana bersusah payah membeli kek dan mengingati tarikh hari lahir saya. THANK YOU SO MUCH!

First time sambut birthday lebih cepat dari tarikh lahir sebenar.

Juga ucapan happy birthday kepada Nurul dan Kay.

- GGK -

Bayaran yang dikenakan di Island Steamboat ini berpatutan, cuma rm19.90 (dewasa) dan rm9.90 (kanak-kanak). Boleh makan sampai lebam. Dalam banyak-banyak makanan tu, saya paling suka dagingnya sebab lembut dan sedap dikunyah. Yang lain-lain tu biasa-biasa je. Tokei kedai ini sangat baik, siap bagi diskaun rm20 sebab birthday NKJ. Semoga bertambah murah lah rezeki dia.

Untuk GGK, saya sangat gembira malam itu, sangat gembira walaupun boboi kata saya kurang bercakap. Kegembiraan tidak semestinya boleh diungkaikan dengan kata-kata kan. Saya tak pasti lepas ini saya boleh join kamu semua lagi atau tidak, mungkin boleh.

Yang pasti, saya sayang kamu semua.

3 comments:

Kay said...

pasti boleh... :)

en_me said...

meriahnyerr uoolss.. ehehe

Julie Shahril said...

kay: insyaAllah...

en me: sekali sekala berkumpul mesti la meriah..