Tuesday, October 18, 2011

kejadian di highway LEKAS

click to the image for enlarge

Sabtu lepas saya balik kampung kerana nak hantar barang-barang untuk persiapan wedding november ini. Ahad petang lepas makan tengahari saya bertolak balik semula ke KL, perjalanan lancar tanpa masalah, alhamdulillah.

Tiba di Seremban, saya masuk highway LEKAS sebab Shahril nak balik ke Putrajaya, kebiasaan memang lalu LEKAS sebab lagi dekat, kereta tak banyak tapi tol agak mahal. Masa tu hujan dah agak lebat dan kereta di pandu perlahan dengan kelajuan 80-90km/jam. Masuk saja tol, seperti dalam gambar kat atas tu, kereta saya di lane paling kanan, (highway LEKAS ada 3 lane) sempat pintas sebiji kereta yg ada di lane tengah. Masa tu tak pandu laju pun, dalam 80-90 lebih kurang mcm tu la sebab hari hujan.

Tiba-tiba tak tau lah mcm mana, kereta saya bergerak ke tengah, terus menuju ke kiri nak langgar penghadang jalan, dah pusing stereng macam apa tapi kereta tu tak nak ikut,straight je nak langgar penghadang jalan tu. Sikit lagi nak langgar besi tu, tekan brek sikit, terus kereta terbelok ke kanan pulak, pun hampir-hampir nak langgar penghadang jalan. Saya berpaut pada stereng (actually yang drive masa tu ialah Shahril) dan tolong pusing stereng tu nak bagi center semula. Masa tu baru lah kereta tu kurang 'menggila' dan undercontrol, berjalan ke tengah lane.

Saya menggigil. Selang beberapa saat, telefon Shahril berbunyi. Saya menghalang dia jawab phone tu sebab kitaorang tengah dalam keadaan terperanjat. Saya bajet tayar pancit tapi kereta saya boleh bergerak elok je, tak rasa macam pancit. Then saya fikir mungkin stereng kereta saya ada problem sebab masa terbabas tadi stereng kereta ni macam tak berfungsi, pusing macam mana pun dia tak nak ikut.

Sampai di tol, dah bayar tol bagai kami berhenti sekejap kat hentian kat situ, nak check kereta. Sedang elok parking kereta, telefon si Shahril berbunyi lagi. Dia ambil telefon dalam poket dan tengok di telefonnya, nak tahu siapa yang call dia? Saya..!!

Yup, di telefon dia tertera nama saya. Saya gelabah cari telefon dalam beg, mana la tau kot-kot saya tertekan, bila capai telefon, saya bertambah-tambah menggigil sebab telefon saya masa tu MATI! telefon saya masa tu OFF! What are you suppose to do on that time? termenung dan tergamam, itu je lah yg mampu kami buat.

Saya pegang kedua-dua telefon, telefon dia dan telefon saya, telefon dia sedang berdering yg tertera terang-terang nama saya, telefon saya pulak mati, memang off tak hidup langsung masa tu. Apa yg patut saya buat masa tu? Seriously....I really don't know what to do.

Adakah logik telefon saya yang off tu boleh call telefon dia? Then, bila check semula misscall, rupanya bunyi telefon masa lepas beberapa saat kejadian hampir-hampir nak eksiden tadi tu pun nama saya juga. Ya Allah, dugaan apakah ini?

Sejujurnya, saya tak tahu dan macam blur dengan apa yg terjadi. Sebelum bergerak balik dari kampung tadi, saya dah baca semua doa, ayat kursi pun saya baca, termasuk surah Al-Taubah. Saya bersyukur sangat-sangat kerana kami selamat. Masa kami stop kat hentian tu, lama kami termenung....fikir...apa dah jadi kat kitaorang ni? Apa semua ni? Kereta kami terhuyung hayang terbabas nak langgar penghadang jalan, stereng kereta tak berfungsi, handphone Shahril tiba-tiba berbunyi dan keluar pulak nama saya, handphone saya masa tu OFF...di ulangi...OFF.

Sampai ke hari ini saya masih lagi fikir pasal kejadian itu, kejadian yg hampir-hampir meragut nyawa kami. Lepas bercerita dengan seorang kenalan, dia kata mungkin lokasi kejadian tu agak 'keras'. Mungkin ya...mungkin tak, entah lah saya tak tau nak cakap macam mana. Tapi yg pasti, kejadian tu memang pelik dan tak masuk akal. Ianya di luar hukum alam. Percaya pada benda-benda mistik? Supernatural? Bila dah terkena pada diri sendiri, baru saya faham. Sebelum ni saya selalu baca dan dengar dari cerita-cerita orang lain, tapi kali ni ianya terjadi pada diri saya sendiri, diri saya yang kerdil dan banyak dosa ni.

Sebelum ni kalau drive kereta di highway, saya selalu nampak kesan tayar di atas jalan, kesan brek tayar tu menuju ke tepi penghadang jalan, macam tu la agaknya situasi mereka-mereka yg pernah mengalami kejadian macam apa yg saya alami ni.

Saya bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana memberi saya peluang untuk bernafas, terima kasih ya Allah, Tuhan sekalian alam, terima kasih kerana memberi peluang untuk saya hidup di muka bumi ini lagi.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yg perihatin pada saya, bertanya hal ini di fb dan sms. Thank you so so much.


note: mak selalu pesan, jangan bawak kereta laju-laju.....dengar la nasihat mak.



16 comments:

CiKPuaNLawA said...

Alhamdulillah...awak berdua selamat...

whooz said...

nasib korang tak de apa2. aku pun selalu guna LEKAS kalau nak ke Rompin

june said...

seram...

Fiza said...

Alhamdulillah korang selamat

Huish citer ko ni memang pelik + seram lah

takut aku nk speed kt highway dah especially malam2 :-(

Kehelan said...

alhamdulillah korg selamat...

aku meremang bulu roma baca kisah ni...

aku pun pernah alami sekali, masa naik selekoh nak exit gambang, masa tuh hujan, kereta aku pun jadi mcm tuh... alhamdulillah takde apa2...

gerbera said...

Misteri ni

j.u.l.i.e said...

puan lawa: alhamdulillah...syukur sgt2

whooz: hati2 la huz,byk kes eksiden kt LEKAS sbb terbabas,bkn eksiden dgn kete lain.

june: ye,mmg seram kalo ingt balik,x logik pon ada,tp itu lah yg brlaku..

fiza: aku pon dh takut nk speed,lagi2 dlm hujan mmg aku akan slow lah,mcm2 boleh jdi.

kay: Ooo..ko pon pnah ada experiance mcm tu eh,aku pnah eksiden dlu, kete teruk remuk,tp tu silap sndiri, tp yg ni tak tau silap apa,kalo ada masalah teknikal pd kete aku boleh terima,tp psl telefon tu mcm mne pulak? misteri sgguh..

boboi: sgt misteri,bila dh kena kt diri sndiri bru aku fhm,tp bila citer kt org,org semua kata kereta aku ada problem,tu aku x kesah...mgkin mmg btol ada problem,tp bunyi telefon tu....dan telefon aku yg off tu...canggih sgt ke telefon aku smpai tgh off pon boleh call org...huhu..hebat teknologi korea..

blurr33 said...

syukur semua selamat.. biasa hujan2 ni aku suka lepak kat kiri lane bawak slow2... aku pernah accident dulu kan.. so aku agak fobia bawak laju2 ni... just jgn lupa pakai seat belt dan ingat Allah bila nak start perjalanan..

selamat menghitung hari Puan Julie!!

Fiza said...

ko tahu tak lekas ni laluan aku balik kampung... kenapa aku ingat ko citer psl kesas

j.u.l.i.e said...

blurr: cadangan yg baik,pasni aku pon layan lane kiri jela kalo ujan...huhu
maceh incik kamarul

fiza: ko ni mmg maha dasyat punya vespa,aku dh tulis LEKAS tu huruf besar beb ko x nmpak ke...ehehehehe..ok la...maybe sebutan tu hampir2 sama dgn kesas kan...tp ejaan tu dh terang2 huruf besar...adoiyai...vespa...vespa..

Ajamahiyaa said...

haihh~ syukur..org darah manis nih...

kak yie..area LEKAS..mmg mcm2 citer..
opismate aja baru je kene lepas raya baru2 ni...dia mmg org seremban..so mmg da biasa lalu..pon kene jugak..
masa tu hujan....licin..skidding...kete dia bpusing...tayar myvi dia siap tercabot empat2...takjubnyer dia x apa2...syukur...

nk kemana2 jgn gopoh2 yea...biar lmbt asal selamat...

j.u.l.i.e said...

aja: gerunnya...lagi dasyat tu kalo empat2 tayar tercabut,hritu try google,achik spin pon eksiden kt situ,kt area beranang kalo x silap, kes terbabas jugak tp xtau la drive laju ke tak,so lepas ni dh mark highway LEKAS adakah kawasab merbahaya...be careful to everyone..

Anonymous said...

saya br kene tadi..same kes...talipon kawan saya yg drive brbunyi...bla die tgk, sy yg call tp phone saya dlm poket..saya ckp jgn angkat..Alhamdulillah, tkde kejadian buruk, lokasi dkt highway seremban lepas hentian rehat

j.u.l.i.e said...

anon: syukur lah awk slmt. masa kena tu hari hujan ke?hati2 ye lepas ni (utk diri sy jugak..)

samsudinismail Samsudin1980 said...

Nsib bek slmat
..

samsudinismail Samsudin1980 said...

Nsib bek slmat
..