Friday, November 25, 2011

Wedding Preparation #4: Hantaran & Goodybag

Bila dah selesai bab ke-3, saya harus memulakan langkah untuk meneruskan bab ke-4. Part ni lah yang paling banyak habis duit. Barang hantaran...salah satu adat resam perkahwinan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Benda ni sebenarnya hanya sekadar adat je, bukan perkara wajib. Tapi benda-benda ni lah yang paling banyak mengoyakkan poket saya.

Pada mulanya pihak lelaki akan beri 9 dulang, perempuan akan balas 11 dulang. Dah listkan barang-barang yg akan diberi atas kertas. Tak lama lepas tu saya bincang balik, saya rasa tak payah lah nak bagi 9 berbalas 11, cukup bagi 7 berbalas 9. Ada argument sket kat situ sebab Ma (mak Shahril) beria-ria nak suruh bagi 9 berbalas 11, tapi saya rasa macam banyak sangat, kita bagi apa yg penting saja lah. Mana lebih baik, kuantiti or kualiti? of course kualiti.

Biar bagi tak banyak asalkan barang tu berguna dan ada value tersendiri. Itu pendapat saya lah.

Untuk barang hantaran, kami mencari di merata tempat, KLCC, Alamanda, Low Yat dan mana-mana aje lah yang ada sale.

Untuk hiasan macam bakul, bunga-bunga, goodybag (spelling?) dan segala bagai untuk di isi dalam goodybag tu kami cari di Nilai 3. Ada cerita bongok dan tak best pasal 1 kedai di Nilai 3 ni. Meh la aku nak share.

Ada satu gedung perkahwinan yg besar bernama Gedung Perkahwinan Lia, konon itu lah pusat menjual barang-barang pengantin terbesar di Nilai 3, konon-konon-konon menawarkan harga yg murah dan berpatutan. Taik kucing semua tu. Aku tertipu cik jah. Macam haremmmm je kedai tu. Tak kira aku nak maki jugak ni...aku geram.

Saya masuk kedai tu, besar memang besar tapi pekerja cuma 2-3 orang. Macam mana pekerja yg cuma 2-3 orang tu mampu nak melayan pelanggan yg ramai setiap hari? Memang susah aku nak tanya itu ini, nak mintak itu ini sebab pekerjanya sikit. Kesian aku tengok kat pekerja dia terkejar kesana, terkejar kesini sebab ramai orang panggil dia. Saya pun bertanya lah pada salah sorang pekerja perempuan kat situ...

"Dik...apasal pekerja kat sini 2-3 orang je?kedai punya la besar". Budak tu jawab...
"Ntah la kak...tokei tak nak amek pekerja ramai-ramai...nak buat macam mana.."

Aku rasa tokei kedai tu kedekut tahap cipan. Kedekut nak hired pekerja, kedekut nak bayar gaji kot.

Yang membuatkan saya tertipu ialah harga paperbag. Konon-konon-konon harga paperbag kat situ murah la sangat, maka saya pun memborong la paperbag kat situ. Masa tu saya dah penat, penat berjalan...Nilai 3 tu besar cik jah. Kat kedai lain ada paperbag, tapi takde yang saya berkenan.

Minggu depannya saya pergi lagi ke Nilai, nak tambah paperbag, mak kata tak cukup. Saya try pegi kedai lain, ada 1 kedai tu nama dia VR...kalau tak silap lah. Aku rasa nak menjerit tengok harga paperbag kat situ...lagi murah cik jah. Paperbag jenis yg sama...yg lagi lawa pun ada, semua murah-murah. Puas jugak lah aku maki hamun dalam hati kat kedai Lia tu. Dah lah harga bunga pun mahal nak mampos....apa maknanya letak harga macam tu di Nilai yg kononnya pusat jualan murah seantero alam? Damn!

Aku benci kedai Lia, aku benci tokei dia yg beria-ria kata barang yg dia jual dah murah sangat dah. Aku beli tempat bunga pahar, dia bagi aku yg dah tercabut. Aku black list kedai tu sampai bila-bila.

Hari tu pergi Ampang Point dengan Kak Su, sekali lagi aku rasa nak menangis sebab aku tengok harga bunga yg sama jenis beli kat Lia...harganya 2x ganda lebih murah. Macam haram la kedai Lia tu. Aku tak kira, aku nak marah jugak. Who care....barang dia, tapi duit aku. Sebagai pembeli aku rasa tertipu. Dia gantung banner punya lah bapak besar kat jalan masuk Nilai 3 tu, memperdaya orang ramai suruh datang kedai dia. Padahal harga dia macam c*l*k*.


Ahh..penat marah.

So kat sini saya kira secara anggaran je jumlah duit saya yang lebur untuk membeli barang hantaran, perhiasan dan goodybag. Saya letak (+-) sebab ni anggaran, tak ingat lah harga yg sebetulnya, resit banyak dah hilang cik jah.
  • Hantaran (utk pihak lelaki) = (+-)RM550
  • Bakul hantaran = (+-)RM110
  • Perhiasan (bunga,manik,riben, gam etc) = (+-)RM500
  • Kain alas dulang = (+-)RM115
  • Bekas bunga pahar (2 biji) = RM60
  • Bunga telur = RM200
  • Paperbag = (+-)RM800
  • Cawan kecik = (+-)RM500
  • Lain-lain (barang2 lain yg tak cukup) = (+-)RM200
  • Teady bear kecik (7 ekor) = RM20
  • Coin pouch = (+-)RM160 (separuh di sponsor oleh makcikku)
Total = (+-)RM3215

Saya rasa total dia lebih banyak lagi, banyak perbelanjaan yg tak nampak...ada je benda yg tak cukup, duit keluar macam air...tak sedar dah banyak habis. Kalau nak kira lebih detail....tak terkira.


Habis bab 4...bab paling memenatkan. Sambung bab seterusnya....next entry..


7 comments:

mrs.ecam said...

uish dh nk kwin dh cik julie kt ni...heee tu la nk ckp ape pong bnde dh jadik kn...aku memahami perasaan dh bli tp x puasati sbb tmpt len lg murah...aku dl nk kawin sume brg aku borong kt air itam sne...x g pong nilai 3 sbb pnah g tmn member aku g bli brg kawin die n aku rs mhl la...huuuuuu

Kay said...

cepat kira habis... aku nak kira total ni...

arituh p wedding ko aku rasa cam mahal je budgetnya... ekekeke

Anonymous said...

ye ye kami nak total :)

i like the beg kecik letak duit syiling tuh. Kiut dan boleh diguna pakai ;)

Gerb said...

Pitam. Confirm aku buat jemputan 200 org je

Anonymous said...

gerbera, sebab limited, jangan lupa nama aku dlm list ye ;)

Julie Shahril said...

mrs.ecam: aku dh kawen dh pon...alhamdulillah..

kay:kejap eh...nti last aku kira total semua...tungguuuu.. :)
nmpk mahal ke bajet aku?

huz: suka eh...tu idea dari makcik aku....jgn risau,nti aku akan kira total..aku pon x sabar nk kira 'the grand total'nya...hehe

meeza: make sure nama aku ada dlm list bak kata huz... :)

Unknown said...

Gedung perkahwinan lia tu pun i pernah kena. Semua barang mahal gila. I nak beli ribbon saiz standard tu je, masa nak bayar trkejut harga ribbon (1pce je ok) RM39.00. Bila tanya kenapa mahal dia jawab ni meter panjang maa. Pff dalam hati i tu standard meter je selalu i beli dalam RM8.00. Terus kata kat dia cancel lah i tak jadi beli. Terus keluar kedai.