Friday, May 3, 2013

adik kawasan


Ingat kakak Singa dengan CPL je boleh jadi kakak kawasan. Ni adik kawasan dah muncul. Kawasan hangat dan membara, depan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Semalam aku bawak budak 10.9kg pegi klinik Presint 3 untuk check-up. Dari pukul 8.30 pagi aku tunggu, pukul 12.30 tengahari baru setel. Lama nak mati.

Balik dari klinik, aku ikut husband pegi HQ opis dia untuk setelkan beberapa perkara. Selesai. Lepas tu singgah pulak kat pejabat apa ntah untuk setelkan beberapa perkara jugak. Oleh kerana parking penuh, kami parking kat tepi kalan, betul-betul berdepan dengan Istana Kehakiman. Dia pegi setelkan hal dia, aku dengan budak 10.9kg tunggu dalam kereta. Gila lama jugak lah kami menunggu, budak 10.9kg dah ngamuk-ngamuk.

Bila husband dah setel kerja dia (sebenarnya tak setel pun lagik), kitaorang pun nak gerak balik. Tiba-tiba kereta tak boleh gerak, jem terus. Aku tengok kat tayar belah kiri ada minyak bocor. Penuh minyak atas jalan.

Aku dah kaget. Kereta aku rosak!

Nasib baik rosak betul-betul depan bus stand. Aku bawak keluar budak 10.9kg sebab dia ngarok nak tido. Bukak stroller, baringkan dia. Aku lepak kat bus stand tu, sementara husband aku call kawan opis dia mintak tolong. What are friends for...thank you so much Abe (nama panggilan kawan husband aku tu) dan kawan dia sorang lagi aku lupa nak tanya nama dia apa sebab tolong hantar aku dua beranak balik dan tolong setelkan kereta aku yang rosak tu.

Rupa-rupanya tiub minyak gearbox aku bocor. Minyak dah kering memang jem la kereta.

On the way balik rumah tu Abe kata....budak kecik ni bakal jadi hakim nih...kete rosak depan mahkamah!

Kihkihkih...

Agaknya budak 10.9kg ni nak melawat kawasan dulu, sekali dia cop kawasan depan mahkamah cik jah....

Jadi aku istiharkan depan Istana Kehakiman sebagai tempat 'Adik Kawasan'!

Jangan berani kacau!




note: Aku nak balik mengundi, korang ngundi tak? Selamat pulang ke 'kawasan' masing-masing, dan selamat mengundi!


6 comments:

Dr Singa said...

hahahhaaaaaaaa!!!

hambik kau!! adik kawasan sesuka parking depan istana kehakiman!!

Julie Shahril said...

kakaksinga: biasa la adik kawasan kan gangster...hihi..

Dr K said...

errkkkk..Tiub minyak gearbox bocor? abis tu kereta kena tunda ke bengkel ke semalam?

SuzieLAWAti said...

alamak... lagi besar lah pangkat adek kaeasan nihhh.....hahahaa...

gua balik ngundi tapi .. bukan kawasan gua... canner... Dun sana pon gua tak kenal.. hahahaa...!!

Julie Shahril said...

daddyziyad: tak tarik, kwn husband tlg repair kt situ..nsib baik dia ada kwn yg reti repair kete

Julie Shahril said...

cpl: itu pusat ngundi bole kasi tukar juga..

kalo lalu dpn mahkamah tu ingat2 la kat adik kawasan yerrrr