Tuesday, June 4, 2013

innalillah untuk kameraku


Aku kecik hati dengan kamera ni. Tengah-tengah nak guna masa tu la dia rosak. Tak guna! Dah 2 kali benda yg sama jahanam. Lens! Pertama kali masa aku jatuh kat Jelawang. Jahanam terus lens. Hantar service center tukar lens baru, melayang rm680. Pejam mata je aku bayar sebab masa tu aku sayang gila kat kamera ni, dan lagi lepas tu nak pegi memanjat di Kinabalu, of kos kena ada kamera.

Kali ni aku tak jatuh tapi tiba-tiba je dia rosak. Tengah elok-elok aku zoom menara KLCC, terus jem tak bergerak dah. Mati kering kat situ. Aku berlari masuk klcc cari kedai Canon, diaorang cakap kadang-kadang dalam lens tu banyak habuk, sebab tu dia jem. Diaorang pun buat la operasi meniup-niup habuk guna alat dia, haram takde ifek pun. Tetap kena hantar service center, dan macam biasa la kalo saspek lens rosak aku kena terbangkan rm600-rm700 untuk ganti lens baru.

Puiiii....

Malas lah.


Budak ni tolong meng'ekspresi'kan muka aku yang dah bercantum macam rumah tak siap sebab kamera rosak. Kalau aku tayang muka aku tengah marah hodoh bebenor....jadi aku tayang la gamba budak dedebab ni...at least comei la jugak walaupun tengah marah....kahkahkah.



Pada mulanya aku nak pegi Cameron, tapi tak jadi. Konon nak berjimba-jimba dengan kaum kerabat yang datang dari Sarawak. Sekali tak jadi pegi pulak sebab ada customer dari Pahang datang nak beli pampers. Uhhh...kena la utamakan bisnes ye dak. Duit tu...duit. Berjimba-jimba tu buang duit...bisnes ni orang nak bagi duit....huhuuu..

So pagi dalam pukul 10 aku dan kaum kerabat gerak pegi Lowyat, si Adib nak beli lappy baru, lappy lama dah pecah. What..?? pecah..?? dasat budak belajar Medic ni...study sampai lappy pecah. Kihkihkih...gelak besar aku. Kakak Dr.Singa dengan DaddyZiyyad dulu belajar Medic tak pecah ke lappy korang?

Tu baru persediaan 2 tahun, belum terbang pegi India lagi, kalo si Adib dah terbang pegi India agaknya meletop lappy dia, kuat sangat study....hehehehe....kidding!

Frustrated aku tengok keadaan jalan sekitar Lowyat. Semua takde parking. Last2 blah pegi klcc, dan di klcc tu lah kamera aku arwah di situ. 

Malam, melayan kaum kerabat nak tengok lampu-lampu kelip-kelip di I-City. Budak-budak kecik nak masuk rumah salji. Masuk la nak...aku tunggu kat luar je. Dahtu tangan gatal nak amek gamba tapi kamera dah arwah....amek la pakai henpon je. Nasib baik jugak la ada henpon kannn...


Mungkin aku kena bersara dari dunia kamera...

Kihkihkih...





4 comments:

Dr Singa said...

hahhahahaaa!
zaman saya belajar.. tak ada lappy-lappy ni.. tak mampu.. tenet pun tak berapa ada.. baca buku je..

gerbera said...

Masanya utk beli DSLR.

Daddy Ziyyad said...

Tapi body camera tu still okay kan? Lens boleh tukar, takpe...
Tapi kalau dah fed-up, beli aja DSLR baru..keh keh keh

Zaman saya student dulu, mmg barai laptop saya...hahaha

♥ ROS ♥ said...

Kna tukar kamera tu sebenarnya..hhahah.. Tembamnyer anak kak... Semangat :)