Monday, July 1, 2013

kamera besar lebih baik dari kamera kecil?


Pinjam tajuk dari blog Noorizam .

Seni ada banyak cabang. Seni tari, seni lakonan, menyanyi, menulis, melukis dan seni fotografi. Kita tidak boleh menilai seni itu dari sudut mata kasar melalui luaran saja. Contoh, seorang penulis novel telah mencurahkan segala hasil karyanya dalam sebuah buku, kita kena baca dulu buku itu sampai habis then baru buat penilaian. Jangan nilaikan kulit buku itu tapi isinya.

Sama la juga macam kamera. Kecil atau besar, mahal atau murah, dslr atau compact, yang penting cara kita gunakan kamera itu. Bukan berapa harga kamera awak? Uihh...mahal, mesti gambar cantik. No. Tak semestinya kan.

Aku suka seni fotografi, cuma aku tidak punya masa untuk mempraktikkannya. Aku hanya sempat snap sekeping dua gambar Zhareef, itu pun setting ke laut. Takpe lah, kita belajar dari bawah, perlahan-perlahan, akhirnya akan pandai juga kan. 

Aku suka orang yang suka berkongsi ilmu. Bak kata Chef Wan, ilmu dunia ni bukan boleh bawak masuk kubur cik jah, buat apa nak kedekut-kedekut. Lagi banyak kita kongsi ilmu dengan orang, kita akan bertambah pandai. Percayalah.

Terima kasih yer kepada yang tolong ajar aku setting-setting kamera. Lain kali ajar la lagi. Hehe.


2 comments:

CiKPuaNLawA said...

anak ko fote gediks lah... hehehe


ko menonggeng time amek gambo nih... hehehe....

hutang budi ku bawa mati lah kiah... erkk tetiba...

Daddy Ziyyad said...

Orang kampung saya pernah berkata:

"Owning a DSLR doesn't make you a photographer. It makes you a DSLR owner"

:)

So, camane nak jadi photographer?
:)