Friday, March 7, 2014

Bali Trip : Pulau seribu patung

Hari pertama.

Pulau seribu patung, memang tepat lah dengan gelaran tu, keluar dari kapal terbang, masuk ke airport terus nampak patung. Di sepanjang jalanraya Bali dipenuhi dengan patung-patung dan pura yang pelbagai bentuk dan saiz.

Perayaan Nyepi

Aku pergi Bali bulan Mac, nasib baik tak bertembung dengan perayaan Nyepi. Actually masyarakat Bali ada satu perayaan yang dinamakan perayaan 'Nyepi' yang akan disambut pada bulan Mac setiap tahun, tetapi tarikh berbeza. Masyarakat Bali ada kalendar mereka sendiri dan perayaan nyepi itu kena rujuk kalendar mereka. Aku check online sebelum pergi, tahun 2014 perayaan nyepi jatuh pada 31 Mac. Pheww...syukur. 

Semasa perayaan nyepi, masyarakat Bali akan berpuasa, dan tidak dibenarkan keluar rumah. Hotel ditutup, kedai tutup, penerbangan dihentikan dan segala aktiviti luar adalah dilarang sama sekali. Kalau kita melanggar peraturan itu, kita akan di saman.

Kalau ada pelancong yang kebetulan ada di sana semasa perayaan nyepi, mereka tidak dibenarkan keluar dari hotel. Staf hotel akan menyediakan aktiviti untuk mereka lakukan di sepanjang 24 jam tempoh mereka berkurung.

Sadis kan. Nasib baik aku pergi awal, kalau aku pergi akhir bulan memang terperuk dalam hotel aje lah. So, kepada sesiapa yang nak melancong ke Bali bulan Mac, sila check dulu bila tarikh nyepi akan berlangsung.



Masa aku jalan-jalan tepi pantai Kuta, aku nampak ada macam 2 batang tiang terpacak depan hotel, ada bunga-bunga pada tiang tu. Itu adalah salah satu persiapan mereka untuk menyambut perayaan nyepi.

Back to our story for 1st day in Bali.

Flight kami pukul 10.30 pagi, delay sekejap aje sebab trafik udara sesak. Sampai di lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai Denpasar, Bali pukul 1.45 petang, amek luggage dan selesai berurusan dengan imigresen, aku terus menuju ke pick up zone. Pak Yadi dah tunggu kami di situ.

Mula-mula Pak Yadi bawa kami pergi makan di restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro. Husband aku sebenarnya nak makan di Wong Solo, tapi Pak Yadi kata Wong Solo jauh. Kami ni mati-mati percaya lah. Aku memang dah lapar tahap gaban sebab dari KL tak makan apa pun. Kepala dah pening.

Tekak aku tak boleh terima sangat food di Malioboro. Dah la mahal, kesedapan tu tak memenuhi selera kami. Aku ajak Pak Yadi makan sekali, tapi sebelum tu dia kata dia dah makan. Ok takpe lah, kami pelawa sekali dia makan.


Sebab dah lapar aku tak snap pun gambar food. Tak la sesedap mana. Habis dalam rm90++ jugak untuk makan di sini. Mahal pada aku. Macam nak mencekik duit aku je. Dah rasa sekali ok lah, tak nak dah.

Lepas tu Pak Yadi bawa kami check in hotel The Flora Kuta. Aku dah cerita pasal hotel ini di entry semalam.


Uluwatu.

Apa lagi daya penarik Bali kalau bukan dengan pura yang ada di sana. Destinasi pertama kami ialah Uluwatu. Perjalanan boleh tahan jauh, lebih kurang 1 jam. Pak Yadi tak bawa laju sebab aku tengah sakit kepala. Takde mood langsung nak berjalan kalau dah pening ni.

Bayaran masuk ke Uluwatu ni kalau tak silap IDR4000 (rm1.14) seorang. Aku lupa sebenarnya sebab bukan aku yang bayar, hehehe.




View kat sini kalau dihayati betul-betul memang cantik, tapi oleh kerana aku sakit kepala sampai tahap nak muntah memang tak dapat nak menghayati segala keindahan ciptaan Allah ini. Cuaca teramat panas terik menambahkan lagi sakit kepala aku berdenyut-denyut.


Masa di sini, Zhareef tidur. Dia dah mengantuk sangat sampai tahap melengkung tidur dalam dukungan papa dia. Aku pulak senyum terpaksa, sebenarnya nak senyum pun tak mampu sebab sakit sangat.


Kami tak naik pun ke atas sebelah sana sebab masing-masing dah penat. Aku sakit kepala, Zhareef tidur, husband aku pulak kena dukung Zhareef. Kalau nak naik jugak kena tahan lah dukung si debab tu.




Takpe lah, dah sampai sini pun dah bersyukur. Next time kalau datang lagi aku akan usahakan untuk naik kesana dan tengok view yang lebih cantik.


Bagi pelancong yang pakai seluar pendek atau skirt pendek atas paras lutut, mereka di wajibkan memakai kain labuh warna purple. Ini sebagai tanda menghormati agama mereka kalau nak masuk dalam Pura Luhur Uluwatu ni. 

Bagi yang tak berapa nak seksi..hihi, cukup hanya dengan melilit kain kuning di pinggang.



Kesian husband aku kena dukung Zhareef sepanjang di sini. Nak bawa stroller memang susah sebab kawasan ni banyak tangga.


Aku pun tak tau apa benda ni, just snap the picture randomly. Husband aku dah kepenatan, dia duduk menunggu aku snap-snap gambar.


Menurut kepercayaan masyarakat Bali, pintu pagar rumah atau Pura di bina dengan saiz kecik supaya dewa jahat tak dapat masuk. Sebab itu kalau tengok pintu-pintu pagar di rumah-rumah atau pura mereka, saiznya kecik. Aku agak, mungkin dewa jahat tu bersaiz besar macam hulk kot, kot la..


Patung-patung kecik macam ni bersepah kat sana, memang ini lah budaya Bali, sebab itu Bali diberi gelaran pulau seribu patung.



Masa ni dah nak balik, Zhareef baru bangun tidur. Dia kan sesuka hati nak bangun, sesuka hati nak tidur..haha. Letih tau berjalan dengan anak yang aktif ni. Muka aku dah macam rumah tak siap.


Di Uluwatu banyak monyet. Terkejut aku tgk monyet dia kategori obesiti. Yang ni tak gemuk sangat, ada yang lagi debab. Aku risau takut dia terkam Zhareef je. Berhati-hati lah kalau bawa anak sebab ada kes monyet ni menggigit budak dan rampas makanan orang.


Mat saleh rajin la bagi monyet ni makan, siap pegang belai-belai. Tak koser mak....hehehe.


Balik dari Uluwatu, Pak Yadi tanya nak pegi Jimbaran tak? dalam itinerary memang kami akan ke Jimbaran. Tapi oleh kerana aku dah tak larat sangat, kami batalkan aje aktiviti ke Jimbaran, maka terlepas lah peluang nak tangkap gambar sunset yang cantik di sana.

Jadinya, untuk hari pertama kami cuma pergi Uluwatu...muahahahaa.

Sepatutnya dalam itinerary, supir akan bawa kami tengok Kecak Fire Dance, tapi kami berdua tak nak tengok segala dance ni, memang tak nak tengok. Aku dapat rasa Zhareef akan meraung kalau tengok benda-benda macam tu, so aku decide memang tak nak tengok Kecak, Barong Dance pun sama. Di tanah air sendiri, kami nak tengok tarian Zapin pun budak debab tu menangis, jadi bayangkan kalau dia tengok Kecak atau Barong? hahahaa.

Dalam perjalanan balik hotel, aku muntah dalam kereta. Nasib baik ada plastik. Lepas muntah baru rasa lega sikit. So kena ingat la lepas ni aku kena amek sarapan, macam ni lah akibat kalau tak makan dari pagi dan biarkan perut kosong.



Sampai hotel aku memang lepak gila, husband aku lah yang melayan Zhareef mandi kolam. Tapi aku gagahkan juga bangun untuk snap gambar.



Belah malam, kami tak jadi tourist, kami jadi traveller sekejap, hihi. Kepala aku pun dah ok tak ting tong, kami tiga beranak keluar jalan-jalan cari makan. Ini deretan kedai-kedai yang berdekatan dengan hotel tempat kami menginap.



Di Bali macam takde sistem undang-undang jalanraya. Mereka bawa motor atau kereta ikut sesuka hati, kalau keluar simpang terus laju tak tengok kiri kanan dah. Sakit jantung aku tengok cara diaorang memandu. Menurut Pak Yadi, bukan takde undang-undang dikuat kuasakan, tapi rakyat mereka sendiri yang tak nak ikut peraturan. Rasuah pun berleluasa, bukan cakap kosong...tapi memang depan mata aku sendiri tengok polis mintak duit. Tak heran lah negara mereka adalah antara negara korupsi yang tinggi.

Kenapa polis suka mintak duit (rasuah?)

Menurut Pak Yadi, gaji mereka kecik, hanya IDR1,200,000 (rm343.02). Bayangkan lah gaji banyak tu, macam mana mereka nak hidup? sebab itu rasuah berleluasa. Kalau polis tahan, keluarkan aje duit, dalam IDR10,000 pun cukup, polis amek dan lepaskan kita.

Aku pun pelik kenapa gaji polis hanya banyak tu?


Itik gantung, aku lupa diaorang panggil itik tu apa


 Sekolah yang ada di Kuta


  Jalan-jalan jumpa lobster besar.



 Buntut itu ialah ekor lembu


Oleh kerana siang tadi kecewa tak puas makan di Malioboro, belah malam ni husband aku ajak makan pizza. Fastfood di sini semua halalal toiyyiban. Kalau nak senang dan selamat, makan fastfood aje lah.


 our dinner, simple je sebab aku tak lapar sangat, so tak payah order banyak-banyak.



Dah siap makan, tengok live band kejap. Suara mereka menyanyi sedap. Layan kejap aje lah, pastu balik.

 Masuk Discovery Shopping Centre just untuk cuci mata

 Ada juga pengemis di sini


 Antara resort yang ada di sepanjang jalan di Kuta

 Singgah kedai yang jual barang-barang spa, Bali ni kan terkenal dengan spa

dan juga patung...of course, ini lah trade mark Bali, pulau seribu patung


Santai kan hari pertama percutian kami? biasa lah bercuti dengan anak kecik, kalau aku berdua dengan husband dah lama aku menjelajah satu Bali ni.
Hari pertama ni belum start lagi aktiviti shopping. Hari kedua baru kami dibawa ke tempat shopping.



Bersambung next entry.


8 comments:

CiKPuaNLawA said...

ishhkkk... lupa lak nak komen ape td... ;p

Dr Singa said...

kahkahkahhh!!
buntut penyek!!


makan tak lobster tu?!

Daddy Ziyyad said...

Saya rasa, awak hilang mood/sakit kepala sebab sebaik sampai, awak terus buat trip ke Uluwatu yg agak jauh...Takpa, neext time pergi lagi, jgn lupa tgk sunset kat situ...dan kalau boleh, tgk la Kecak Dance kat situ...saya & wife suka...mana tau masa tu zharef dah besar & tak takut..:)

Bagi guling pun melambak kat sana! hahaha

t.a.t.a said...

CPL, itu pun dah kira komen la jugak tu. Hahahah.


Julie, awat Zhareef tido macam tu. Kelakar nya.

gerbera said...

Ko duduk kat hotel ada penyu tu ke? Masa aku pegi 2012 tengah renovate. Penyu tu pun suci lagi.

julie shahril said...

cpl: ngengada..!!

kakizat: in sha Allah, kalau pegi lagi memang nak cover aktiviti yg tak tercover masa pegi haritu.

bkn stakat babi guling, sate babi pun ada.hihi

tata: sbb dia dh mengantuk sangat2...gegar la mcm mne pun, keras je tido.

boboi: tak lah, hotel aku tersorok sket, hotel yg ada penyu tu saja nak posing2.

LeeZ said...
This comment has been removed by the author.
LeeZ said...

itik = bebek
buntut = ekor
punggung = belakang
pantat = punggung (melayu)

hehehe...nice blog anyways..