Wednesday, June 11, 2014

Bukit Tinggi, Pahang


Perjalanan dari Putrajaya ke Bukit Tinggi, Pahang hanya 1 jam. Kami bergerak awal pagi untuk mengelak kesesakan melampau, maklumlah sekarang musim cuti sekolah. Kebetulan adik bongsu aku ada kat rumah, boleh lah bawak dia berjalan-jalan.

Dalam perjalanan, mata aku dihiburkan dengan sekumpulan geng-geng kereta Lamborghini yang bawak kereta macam nak bunuh diri.



Colmar Tropicale adalah bangunan bercirikan sebuah kampung di utara-timur Perancis abad ke-16. Resort bertemakan Perancis ini dibuka pada Julai, 2000. Suasana alami disekeliling resort ini sesuai untuk mereka yang ingin bersantai dan berehat bukan saja pada musim cuti sekolah, tapi pada bila-bila masa saja.


Bersantai diwaktu pagi sambil minum secawan kopi dan makan roti Perancis memang menenangkan.  Masa aku sampai orang belum ramai, mereka yang stay di resort ini mungkin baru bangun tidur, memudahkan aku nak amek gambar. Aku suka dengan senibina bangunan ini, sangat klasik dan nampak legend.

Orang kata hanya ini tarikan di Bukit Tinggi.

Yup, but it's ok.

Untuk masuk ke sini, bayar rm12 (dewasa), kanak-kanak bawah 2 tahun percuma. 


rm12 tu dah termasuk sekali untuk masuk ke Japanese Village.  Actually kampung jepun ini jauh kena menapak mendaki bukit sikit, hanya aku dan adik aku yang naik ke sini, Zhareef dan papanya hanya tunggu dalam kereta.

Untuk aku yang dah 2 tahun tak mendaki rasa macam jauhnya nak naik ke atas. Haha.

Kalau aku angkut sekali budak bulat tu mau pitam aku.


Satu-satunya japanse village di Malaysia yang berada diatas bukit

 rumah jepun yang kecik comel
ada lagi ke rumah jepun macam ni di negara jepun?

 we have to pay rm20 for rent the kimono

Aku nak tahu macam mana orang jepun berjalan didalam rumah kerana aku tidak boleh berdiri dalam rumah ini, nak berjalan pun kena tundukkan badan.

Orang-orang jepun membina rumah mereka menggunakan kayu dan buluh kerana negara mereka sering dilanda gempa bumi, tapi aku tak tau orang jepun moden sekarang macam mana keadaan rumah mereka, aku belum pernah ke Jepun lagi, hihi.


Keluar Colmar Tropicale, kami pegi Animal Park. Bayaran untuk masuk rm3 sahaja. Animal Park ni kena bayar lain, tak termasuk dalam bayaran rm12 tadi, kecuali kalau kita check-in resort di sini, tiket akan jadi all inclusive.

Niat dihati nak suruh Zhareef main-main dengan animal especially dengan rabbit, tapi dan-dan tu lah dia pegi bantai tidur. Aku kejut langsung dia tak nak bangun, kategori mengantuk tahap dewa dewi dah tu.

Rusa disini jinak

Arnab pun banyak, boleh bagi arnab tu makan.


Aku cakap dengan adik aku, kuda pun ada.

Adik aku balas balik, tu bukan kuda, tu keldai.

Owhh, ye ke..

Haha.

Aku tak pernah tengok keldai. Tengok dalam tv cerita-cerita omputih dan tengok keldai dalam kartun Shrek je.

Kesian aku kan.


dan ini Zhareef lena tidur tak hiraukan apa dah.



Kalau nak bersantai-santai dengan keluarga menggunakan bajet yang sedikit dan tak jauh dari ibu kota, pergi lah ke Bukit Tinggi.





6 comments:

Gerb said...

Boleh geng ngan Amy, kat Bromo dia nak naik keldai. Keldai takde pun, cuma kudanya kecik2. Amy ingat kuda kecik tu keldai. :P

Julie Shahril said...

boboi: kesian aku dan amy, haha.

wan norulkhamisa said...

akk bukit tinggi ni kat pahang ke...xtau pun..hehe...die mcm nk gi cameron highland ke...nnti kite usha..

Julie Shahril said...

lisa: ye kat pahang, atas sket dari genting highland, bukan cameron highland.

Unknown said...

Nice story ,,, I hope I can be there as soon as possible ,, :D wish me luck ..

Regards, Jeffrey Bromo guide on paket wisata malang

Rosmawani♥ said...

Boleh pergi nnt.. Cntik bntuk2 bgunan dia.. :)