Friday, March 20, 2015

Pusat Sains Negara



Dengar kata Pusat Sains Negara akan ditutup selama 1 tahun setengah untuk kerja-kerja renovation. Sebelum tempat tu tutup, aku buat rombongan bas sekolah ke sana. Lebih menarik, masuk adalah percuma. Percuma sebab dah nak tutup.


Tengok tu cik kiah begitu excited nak amek gambar. Tujuan datang ke sini nak bawak 2 orang anak saudara yang sedang cuti sekolah. Tapi mak sedara dia yang over.


Sebenarnya tempat ini menarik. Jangan compare lah teknologi dan kemajuan sains kita dengan barat sebab mereka jauh lebih maju, tapi di sini, banyak aktiviti kita boleh cuba. Semuanya berkaitan dengan sains.

 moh kita cuba buat angin puting beliung

zaman muda-muda dulu, tokbak tak jumpa benda-benda ni, jadi tokbak pun teruja lebih dari cucu-cucunya...hehehe

 main putar-putar air yer

Hap udara (Air Hurp)
layangkan tangan di tengah-tengah alat tu, nanti keluar bunyi-bunyian muzik

 learn how to handle the crane

magic mirror
kalau nak nampak kurus, berdiri depan cermin ni..
my fav mirror nih

which one is real?

bentuk mukabumi dari 200 juta tahun dahulu hingga ke hari ini

 ada rombongan sekolah tadika ke sini

dah habis jalan-jalan dalam pusat sains, lepas tu bawak budak-budak ni mandi kolam dalam kawasan Pusat Sains tu jugak

kalau Zhareef ikut mesti dia terkinja-kinja mandi dengan kakak dan abang dia ni

 rock music
setiap batu-batu itu mengeluarkan bunyi yang berbeza, menghasilkan alunan muzik yang ala-ala gamelan gitu
dah habis mandi...
daripada panas berdenting terus rintik-rintik hujan turun
jadi, mari lah kita pulang..

adik ipar aku kata...
kalau kita kaya, kita buat rumah yang ada bumbung under water macam ni..
heheeee...



3 comments:

Dr Singa said...

kesiannnnnnnnnnn dak zhareef!!

Dr Singa said...

nak kirim cermin kurus tu satu!!

julie shahril said...

kakizat: kalo boleh amek saya dah angkut dulu dah...haha