Thursday, May 14, 2015

sakit kepala

Lepas melahirkan anak, aku mengalami sakit kepala yang kerap. Tiap-tiap bulan sebelum period memang aku akan terbaring menangung kesakitan. Panadol tu dah macam makan kacang, haha. Sampai aku tak larat nak telan panadol. Ditambah lagi dengan tidak cukup tidur dan masalah-masalah lain yang menghantui fikiran. Bila kepala sakit, emosi pon terganggu.

Gangguan emosi itu datangnya daripada hormon estrogen dan progesteron yang memang ada pada setiap wanita. Ketidakseimbangan hormon-hormon ini akan menyebabkan perubahan mood kita, kita akan stress, cepat marah, mudah sensitif dan mengalami kemurungan.

So, kalau tengok pompuan marah-marah, tu semua hormon yang salah..hahahaha.

Aku duk fikir-fikir, apa solution nak mengurangkan sakit kepala. Dalam fikir-fikir tu, aku buat beberapa perkara ni:

Solution pertama: Potong rambut

2 minggu lepas, husband aku request suruh aku potong rambut pendek. Dia rimas tengok rambut aku yang banyak gugur atas lantai rumah. Aku pon rimas dengan rambut-rambut yang gugur bertaburan bak bunga sakura tu, kalau bunga sakura lawa la jugak kan.

Maka sebagai isteri mithali, hahahaa...aku pon potong la rambut. Ringan sikit rasa kepala batu ni. Bila rambut pendek, aku rasa senang nak basuh rambut pagi-pagi, tak payah tunggu lama nak keringkan rambut. Pakai tudung pun senang, tak payah nak ikat rambut bagai. Dan bila aku rajin basuh rambut pagi-pagi sebelum pegi keje, kepala aku rasa selesa dan fresh. Bila kepala rasa fresh, aku tak la sakit kepala.

Owhh...so, one of the solution untuk mengurangkan sakit kepala ialah potong rambut dan basuh rambut pagi-pagi. Hehe.

Solution kedua: Qaseh Gold Adinda



Dah 3 botol aku minum Qaseh Gold Adinda ni. Minuman kesihatan ini mengandungi campuran makanan-makanan sunnah yang terdiri daripada:

- Madu
- Kurma
- Tiin
- Minyak zaitun
- Habbatus Sauda
- Buah delima
- Arabic Gum
- Air Zam Zam
- Manjakani
- Pegaga
- Garam bukit

Haa..banyakkan campuran makanan-makanan yang hebat, hanya 1 botol je boleh makan semua sunnah foods tu.

Apa bagusnya Qaseh Gold Adinda ni? Khasiatnya ialah:

1- Membekalkan tenaga
2- Menstabilkan hormon
3- Awet muda
4- Mengatasi masalah keputihan dan haid tak teratur
5- Mengurangkan stress dan migrain
6- Membantu tumbesaran bayi dalam kandungan
7- Merangsang penghasilan susu ibu, in sha Allah


Bila aku baca khasiat no. 2 dan 5 tu, tak cakap banyak, terus aku order.  So far, alhamdulillah, aku suka Qaseh Gold Adinda ni. Kalau kita makan supplement, jangan mengharapkan hari ni makan, esok terus baik migrain. Wah..wah wah, banyak cantik. Ubat dari langit pun tak macam tu. Kena konsisten la, jangan miss makan setiap hari. In sha Allah, berkesan.

Solution ketiga: Position tidur yang betul


Aku kena tidur dalam keadaan bantal yang boleh support leher, macam dalam gambar tu. Aku tak boleh tidur dengan bantal yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Bila bantal tinggi atau rendah sangat, leher akan sakit, bila leher sakit of course kepala aku pun akan menyusul sakit.



Solution ke empat: Kurangkan minuman kafein dan minum air masak banyak

Yang ni aku liat sikit nak buat. Tapi aku sedang usahakan lah. Aku ni peminat kopi. Aku cuba kurangkan minum kopi, kalau dulu tiap-tiap hari aku minum kopi, sekarang aku kurangkan seminggu 2 atau 3 kali. Nak buang terus kopi...ermmm...nehi, nehi. Dan aku sedang belajar minum air kosong banyak, susah nak telan air masak bodoh-bodoh macam tu aje...tapi aku usahakan jugak lah. Untuk menyenangkan aku telan air masak, aku kena sejukkan dulu air masak tu dalam peti pejuk. Bukan letak ais tau, tapi sejukkan aje.


Solution ke lima: Kawal perasaan dan kemarahan


Aku ada beli satu buku ni (tapi belum habis baca lagi) bertajuk 'Trying To Be Muslim'. Ok, bukan aku yang beli buku ni, tapi kawan aku yang belikan as a 'sedekah' pada aku katanya. Buku ini sangat bagus, ditulis oleh Norhafsah Hamid, kisah kehidupannya sendiri. Ditulis tanpa ragu dengan ikhlas menceritakan bagaimana cara dia mengawal kemarahan. Apabila usia semakin meningkat, tiba masanya untuk kita muhasabah diri dan cuba sebaik mungkin bagaimana nak mengawal perasaan marah. Perasaan ini lah yang menyebabkan kita cepat stress dan mudah sakit kepala.

Bunyi macam senang je kan nak kawal marah, tapi susah sebenarnya. Aku mengaku, bukan senang nak kawal perasaan ni, lagi-lagi ada setan duk hasut. We shall try it slowly, not drastically.


Solution ke enam: Panadol

Of course lah, aku tak menolak terus panadol, means aku tetap ada bekalan panadol dalam beg, tapi panadol ni aku makan untuk jalan terakhir lah. Kalau dah sakit sangat sampai nak meletup kepala ni, baru aku telan panadol.


Macam ni lah kehidupan seorang penghidap sakit kepala. Tak ramai orang yang faham sakit kepala yang aku alami ni macam mana. Hanya orang-orang yang mengalaminya saja yang tahu macam mana nak pecahnya kepala bila penyakit tu datang.





5 comments:

cinta said...

Sangat membantu.
Terima kasih byk2.
Banyak2.
Er, qaseh tu kak julie order kat mana?

julie shahril said...

siti: order dgn afdhal..ada kat sebelah ni haa...kalau nak boleh bgtau dia.

tiga lalat said...

salam. hee pinjam minyak qaseh nk buat minyak pengasehh ;p

julie shahril said...

lalat: hamboi wak...nak sapu kat sapa mnyak pengaseh tu...hehehehe

maizatul munira said...

Sy penghidap sakit kepala..almost everyday..tuhan je tahu..