Thursday, May 19, 2016

Family Trip : Krabi : Day 2

Hari ke-2 di Krabi.

Pagi itu, kami turun awal ke lobi untuk menunggu orang datang jemput untuk pergi Island tour. Semalam staf hotel janji tour start pukul 9.00 pagi. Tapi disebabkan makanan yang aku tempah lambat siap, pukul 9.30 pagi baru gerak.

Aku book makanan halal sebab tour aku ni tak provide food sebab aku amek private boat. Aku tempah 4 bungkus nasi goreng dengan harga 60 baht sebungkus.

Dari hotel, kami naik motor roda 4 (aku tak tau apa orang tempatan panggil kenderaan ni, yang pasti bukan tuk tuk) untuk ke tempat naik bot.


 atas motor, gambar gegar

 Ini lah Long Tail Boat yang kami naik. 
2 tahun lepas, aku naik speedboat yang laju gila tu, kali ni naik bot kayu yang rileks-rileks aje..

 Ini namanya Hasan, penduduk tempatan beragama Islam..
dia yang bawa bot untuk kami..

4 Island tour meliputi 4 buah pulau iaitu:
- Koh Poda
- Koh Gai (Chicken Island)
- Koh Tub
- Koh Mor

Tapi, masa hari kejadian, aku pun tak ingat yang mana Chicken Island, yang mana Koh Tub....hahaha. Yang aku betul-betul ingat masa berhenti di Railay Beach sebab ini persinggahan pertama.

 Railay Beach
Kami stop kat sini hampir 2 jam. Bila book private boat, kita bebas nak berhenti dan singgah di mana-mana tempat berapa lama yang kita suka.

Rupa-rupanya di pulau ini ada bot yang menjual pelbagai jenis makanan halal, pancake pun ada, jagung bakar, buah-buahan, air...kalau aku tahu, tak payah susah-susah aku tempah nasi goreng.

Railay Beach
Pantai di sini tak perlu dipersoalkan tentang keindahan dan kejernihan airnya..


Setelah hampir 2 jam membakar kulit sampai garing di Railay Beach, kami bergerak pula ke Koh Poda.

Di sini tempat semua pelancong singgah untuk makan. Siapa-siapa yang book tour sekali dengan lunch, disini lah tempat mereka akan stop untuk makan tengahari. Tetapi kami berlima yang bawa makanan sendiri, singgah sini hanya duduk lepak-lepak saja.

Tak menarik apa pun Koh Poda ni, kalau nak mandi pergi lah mandi, tapi kami dah puas mandi kat Railay Beach tadi, so dah malas nak bakar kulit lagi.

 Panasnya ya Rabbi..

 Ini adalah kesan tsunami yang berlaku pada tahun 2006.

Tak ada apa yang menarik pun

Kami stop di Poda Island dalam 15 minit saja, lepas tu terus gerak ke tempat lain untuk snorkeling pulak. Aku dan mak mertua duduk atas bot aje sambil snap-snap gambar husband dan adik aku. diaorang berdua aje yang snorkeling.

Menariknya, tempat yang Hasan berhenti untuk snorkeling ni tak ramai orang dan tempatnya pula agak jauh dari orang lain, so kami boleh snorkeling dengan aman tanpa bercampur dengan pelancong lain dan tanpa gangguan bot-bot lain yang lalu lalang.

 adik aku sibuk buat video

Husband dan adik aku snorkeling tak lama mana, so kami bergerak ke next destination. Aku tak ingat tempat ni nama apa...Koh apa benda pun tak ingat...hahaha. Nampak tak betapa aku tak amek kesah pun percutian kali ni...sebabnya, aku kepenatan.

Tapi, tempat ni ada gua. Nak panjat masuk dalam gua tu boleh.

itu Hasan

 aku dan adik aku mandi kat bawah batu

 tak banyak bot berhenti di sini, aku rasa yang mana book private tour saja akan stop disini

gambar gelap, dan aku takde mood langsung nak meng edit.

Lebih kurang pukul 2.00 petang, kami decide untuk balik. Aku pun dah tak larat nak melayan ombak laut Andaman ni. Dalam perjalanan balik, Zhareef dah terlentok tidur atas riba aku. Penat bebenor gayanya.


Sampai hotel, buat apa yang wajib, bersihkan diri dari segala pasir-pasir laut. Zhareef awal-awal dah tidur lepas aku mandikan dia. Mak mertua aku pun dah penat.

Aku penat tak?

Penat juga. Tapi bila husband aku ajak ronda-ronda dengan motor, wahh laju je aku setuju.

Sewa motor disini sangat murah. Motor yang kami sewa macam dalam gambar diatas tu baru 200 baht sehari. Tapi petrol kena isi sendiri lah. Hehe.

Bukti bawa motor di Krabi katanya...

Merata tempat juga kami meronda, best..aman damai dan yang penting takde polis kacau..kihkihkih. Kitaorang survey-survey kedai makan halal yang agak jauh dari pantai Ao Nang. Saja nak meredah kampung orang.

Petang tu kitaorang tapau makanan dari gerai tepi jalan, balik hotel kejap, makan. Pastu keluar semula. Merempit ni best tau tak...hahaha. Bila dapat jalan-jalan sendiri tanpa kawalan orang lain (baca: tour guide) memang sangat seronok. Masuk lorong kecik, bila sesat patah balik. Redah lagi jalan ikut suka kepala kitaorang. Jimat pun jimat, tak perlu bayar mahal untuk meronda-ronda sendiri.

Oh ya, dalam aktiviti merempit petang ini, Zhareef dan mak mertua aku tak join sebab diaorang lepak hotel aje. 

Belah malam, baru kami bawa Zhareef naik motor sebab nak pergi makan....dan apa riaksi budak kecik tu dapat naik motor?

"Fuyoooooo....!!!!..hebatnyaaaa..!!"

Itu lah ayat pertama yang keluar bila dia naik motor.

5 comments:

Zara Aida said...

Salam kak, ade kne ltak deposit ke untuk sewa motor? Tq :)

julie shahril said...

Zara: wslm. deposit takde, tapi diaorg akan pegang passport kita. sewa 200 baht tu selama 24 jam (1 hari), esok pulang motor diaorg akan pulangkan balik passport.

cinta said...

Nampak dh tanda2 kecil suka moto.

missbluefairy said...

Berapa harga private tour ye?

missbluefairy said...

Berapa harga private tour ye?