Friday, April 14, 2017

Mossy Forest - Gunung Brinchang, CH



Memperkenalkan anak kepada bauan alam pula. Mula-mula takut juga nak bawa dia masuk hutan, sebab dia masih bayi yang baru nak masuk usia 4 bulan.

Tapi bak kata seorang kawan, baca jer doa, tak ada kuasa lain yang lebih hebat dari kuasa Allah. Daripada bawa berjalan dalam mall jer, baik bawa dia tengok nature.

Betul juga tu. Tiada kuasa lain yang lebih hebat melainkan kuasa Allah. Yang penting baca doa.

Alhamdulillah, memang tak ada apa yang berlaku, cuma Rayqal berak. Hahahahaa. Jenuh aku nak mencuci pancake dia sebab dah kena baju. Nasib baik husband aku ada simpan air dalam botol, boleh guna air tu untuk cuci dia. Dan nasib baik juga aku bawa baju spare banyak.

Rindu betul nak datang sini. Kali terakhir datang sini ialah 6 tahun yang lepas. Ada sedikit perubahan. Dah ada signboard cantik kat bawah, dan semakin ramai pelancong datang ke sini. Rimas juga naik tangga bersempit-sempit dengan orang ramai, tapi bagusnya kita tak rasa sunyi dan takut sebab orang sentiasa ada. Yang baru turun mendaki pun ada. Bila nampak diaorang yang baru balik hiking, terus rasa rindu nostalgia lama.

Takpe lah, dapat jejak sekejap pun jadi lah. Dapat hidu bau tanah sekejap pun dah suka sangat dah.


Keupayaan aku naik anak tangga memang ke laut. Macam mana nak mendaki kalau naik tangga pun dah lelah. Ketara sangat stamina aku menurun. Ketara sangat berat badan aku naik.

Lamanya tak tengok pemandangan macam ni. Harap-harap kehijauan ini akan kekal lama.

Thank you my husband sebab sudi melayan kerenah bini mu ini yang nak sangat datang sini.


2 comments:

whooz said...

bestnya..rindu jugak :)

julie shahril said...

huz: ko rajin bawak hanan joging kan, tu lg bagus