Thursday, September 13, 2018

Penang trip - day 1

Sabtu lepas pergi Penang 4 beranak. Dah lama tak ke Penang, last time jejak Penang rasanya 8 tahun yang lepas, pergi wedding kawan. Lepas tu takde jejak Penang dah. Pertama kali ke Penang masa study kat Perlis dulu, tahun 2005 ke 2006, aku lupa dah.

Hari pertama tidur di Seberang Perai. Saja nak stay mainland 1 hari. Aku book Ixora Hotel. Biasa la kan bila bercuti dengan anak, aku akan cari hotel yang ada swimming pool. Aku bukan cerewet sangat pasal hotel, yang penting katil besar...hahaha, dan clean. Takde breakfast pun takpe, alah...kat Penang je pun, bukan susah sangat nak cari makan.






 Nampak macam kecik katil ni dalam gambar
tapi king size ni...bergolek lah kami 4 beranak atas katil ni



Ini hotel sediakan. The Handy smartphone includes free unlimited local call, international call to 6 countries and free unlimited data. Tapi yang anehnya....aku tak guna pun...muahahaha




 Ni pun hotel dah sediakan..
haa..makan lah

 View dari tingkap bilik

Dah cukup rehat, dah makan....petang tu tukar uniform lah aku dengan budak berdua ni. Terjun kolam.

 Kolam ni ok, cuma saiznya kecik sangat nak menampung guest yang ramai
lagi-lagi musim cuti umum...

 Zhareef enjoy main sliding terus terjun dalam pool

 Kali ni aku entertain budak berdua ni, husband aku tukang amek gambar je


Malam, masa untuk keluar cari makan. Aku memang dah niat, pergi Penang aku nak makan makanan originality Penang, bukan fastfood, bukan western, bukan makanan yang biasa jumpa di KL. Aku nak makan nasi kandar original Penang mari.

Jom pergi Restoran Hameediyah Nasi Kandar. Dari hotel ke restoran ni dekat sangat, dalam 10 minit gitu dah sampai. 

Restoran Hameediyah Nasi Kandar adalah restoran nasi kandar yang pertama wujud di Malaysia.

Ada 3 jenis nasi di restoran ini. 

Nasi putih biasa
Nasi baryani
Nasi dalca

Aku pilih nasi dalca sebab aku tak pernah makan nasi dalca. Lauk pauk pulak ada ayam masak merah, ayam rendang, kambing rendang, err....ok..lupa dah sebab tak snap gambar. 

Aku ambil nasi dalca bersama kambing rendang dan sayur kobis goreng, dan yang paling penting kalau makan nasi kandar ialah....kuah campur. Make sure letak kuah campur-campur....baru lah nasi kandar namanya.

The taste of nasi dalca dengan lauk itu.....sedap sangat!. Kena dengan tekak aku. I'm not a fan of nasi kandar, tapi yang ni...aku suka.

Harga...setiap lauk dah terpampang tanda harga pada periuk dikaunter makanan, so kita boleh bajet harga macam mana. Contohnya, seketul kambing rendang rm7. Senangkan dah ada harga. Kau amek banyak lauk, mahal la jadinya. Tapi pada aku harga tu standard, tak mahal sangat, tak murah sangat. Nasi kandar kennss....

Yang penting....SEDAP!. Highly recommended!


 Yg seketul ni tak nak makan nasi..
nak makan kek dengan aiskrim malam-malam...

Adik ok...adik makan nasi baryani kosong je..
abes bersepah lantai...kihkihkih

Lepas makan, kami masuk island kejap. Sebab tak idea nak jalan mana kat Seberang Perai ni. Masuk lalu jambatan, keluar naik ferry.

Dari mainland nak ke island tak kira lalu jambatan atau ferry, kena bayar.
Dari island nak ke mainland tak kira lalu jambatan atau ferry, free.

Jadinya, kita bayar sekali aje.

Seperti yang aku ramal, island sesak, tak macam mainland. Maklumlah, semua benda tertumpu di island, lagi-lagi George Town.

Jadi, mari lah pusing-pusing bandar je, niat dihati nak lepak-lepak tepi laut kat Padang Kota Lama tu, tapi jemmmmm yang amat, ada jalan tutup pulak.

Jadi, mari kita pulang....hahaha. Balik naik ferry. Beratur panjang jugak nak tunggu turn naik ferry nih.


Ini di tingkat atas

Kami lepak tingkat bawah je


Ini saja aktiviti dihari pertama. Esok, kita tidur island pulak.

Owh ya. Saja nak komen pasal hotel Ixora.

Aku puas hati dengan hotel ni. Actually masa book thru agoda, aku book standard room je. Tapi masa check-in, staf hotel upgrade kan bilik aku kepada bilik yang lebih luas dan selesa, reasonnya sebab aku bawak anak kecik 2 orang. Upgrade tu without additional charge, free. 

Thank you Ixora hotel. Lokasinya pun strategik, sebelah hotel ada Pacific Mall, nak access ke jambatan pun dekat, nak ke terminal ferry pun dekat. Jalan depan sikit ada shopping mall lagi. Cumanya aku takde idea nak berjalan ke mana area Seberang Perai, lagipun sampai dah petang, hujan lebat pulak tu.

Takpe, next time kita explore lagi.



2 comments:

Kay said...

pergi Parit Buntar la dah dekat dgn SP. hahahaa tak pun p tgk USMKKj...

Julie Shahril said...

Takde masa, smpai dh ptg dgn hujan lebat gila, penat lgpun. Later2 la nanti explore pulak