Tuesday, December 18, 2018

Tanjung Piai - Penghujung Benua Asia

05 Nov 2018.

Ke Tanjung Piai, Kukup, Pontian. Unplanned trip. Biasanya benda-benda yang unplanned ni memang menjadi. Kalau beria sangat plan, selalunya ke laut dalam.

Kebetulan aku ke JB sebab melawat mertua sakit, admitted HSA. Dah alang-alang ke JB, ada masa free, kami berjalan-jalan.

80km dari JB, 20km dari Pontian.

Tanjung Piai - Penghujung Benua Asia.



The Southernmost Tip of Mainland Asia. Sebelum menjadi taman negara, tempat ini dikenali sebagai Hutan Simpan Bakau Sg.Pulai.

Dikelilingi oleh 526 hektar kawasan bakau dan 400 hektar mudifals (tanah lembut dan berlumpur). Tempat ini digazetkan sebagai tapak RAMSAR.

RAMSAR bermaksud senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap yang diadakan di Ramsar, Iran pada tahun 1971. Konvensyen antarabangsa mengenai tanah lembap ini telah ditandatangani di Ramsar, Iran pada 2 Februari 1971 dan mula berkuatkuasa pada 21 Disember 1975. Ia menyediakan rangka kerja bagi tindakan peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa bagi penggunaan lestari dan pemuliharaan tanah lembap serta sumber-sumbernya. (sumber)

 Glob yang menunjukkan kita dah sampai ke Penghujung Benua Asia
Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur


 Penghujung Benua Asia


 Jom kita ke Jeti 3 negara

 Laju betul Zhareef berlari


 Dia sampai dulu, dah siap duduk

 Arah sini ke Pulau Karimun, Indonesia

 Arah sana ke Selat Melaka


 Tahukah anda Selat Melaka dulunya merupakan selat yang terpenting dalam aktiviti perdagangan, sama penting macam Terusan Suez yang terletak diantara Mesir dan Semenanjung Sinai.

 Tempat ini berdekatan dengan Singapura, Pulau Karimun Indonesia dan Malaysia
Sebab itu jeti ini dinamakan Jeti 3 negara


 Manusia paling penat sepanjang hari itu


Sijil menandakan kita dah sampai ke Penghujung Benua Asia. Kalau nak sijil ni kena bayar rm5 sekeping. Aku rasa dulu tak ada sijil ni, sebab ramai kawan-kawan tanya...."kenapa dulu aku tak dapat sijil?"

Hehehehe...








No comments: