Friday, March 25, 2022

Covid day#01



Setelah adik demam 2 hari, pagi tadi abang pula tiba-tiba demam. Sebelum ini dah buat self test dirumah dan resultnya negatif. Mereka demam on/off. Dua malam juga tidur aku tak lena sebab kena pantau adik, dia pulak kerap terjaga waktu malam.

Dan petang tadi aku dan husband bawa mereka berdua ke klinik. Di klinik kena buat RTK saliva test. Resultnya…ya dua-dua POSITIF.

Ianya bermula dengan si adik yang menjadi close contact dengan pembantu tadikanya. Pembantu tadika dia positif dan setakat hari ini dah 3 orang murid positif. 

Simptom dua beradik ini:

- Demam on/off
- Sakit kepala
- Sakit tekak
- Batuk
- Selesema
- Badan letih

Adik dah getting better sebab dia dah demam 2 hari, abang melepek tidur sebab dia baru demam pagi tadi. Makan pun kurang selera.

Setakat hari ini aku dan husband masih ok. Esok lusa entahlah. Esok kena bawa adik dengan abang ke CAC Presint 8 untuk buat assessment. 


Permudahkan lah urusan kami Ya Allah.







No comments: