Saturday, March 5, 2022

Peranan kerengga dalam pertanian



Aku dapat hadiah dari Tuhan selepas tanah kebun aku di Seremban kena banjir hujung tahun 2020. Tanah itu tak pernah banjir kata jiran yang dah 29 tahun bermastautin disitu. Pada hari kejadian banjir, hujan terlalu lebat dan kebetulan sungai Linggi mengalami air pasang besar. Maka, bila air pasang besar bertemu hujan lebat, banjirlah jawabnya. 

Apa hadiah Tuhan bagi pada aku setelah banjir berlaku?

Tuhan hadiahkan aku koloni kerengga yang bersarang di pokok-pokok buah yang husband aku tanam. Kebun aku tak pernah ada kerengga sebelum banjir. Entah dari mana kerengga itu datang bersama arus banjir lalu singgah dikebun aku dan terus saja mereka tinggal dipokok-pokok buah dengan bahagianya.

Pada mulanya aku marah betul dengan kerengga sebab semasa aku menebas pokok-pokok liar yang dah bersemak samun, satu kumpulan kerengga menyerang aku dengan amat ganas. Mereka marah aku tebas pokok-pokok liar kerana disitu ada sarang mereka. Dari kepala sampai ke kaki mereka menyerang dan menggigit aku. Masa tu aku tak sangka banyak betul kerengga disitu.

“Macam mana nak halau kerengga ni?” Aku membebel geram.

“Kenapa nak halau? Biar jelah. Kerengga ni bagus untuk jaga pokok-pokok ni tau” balas husband aku.

Mendengar jawapan husband aku tu aku macam fikir, ye ye jelah kerengga bagus untuk tanaman. Betul ke kerengga ada peranan yang baik untuk menjaga tanaman?

Ya memang betul kerengga ada peranan yang baik dalam pertanian. Lepas aku tahu peranan kerengga, aku dah tak marah kerengga dah. Cuma aku pesan pada anak aku jangan dekat sangat dengan pokok yang banyak kerengga.

Panjang betul muqadimah aku kan, padahal nak cerita peranan kerengga jer. Jadi, apa peranan kerengga dalam pertanian?

Kerengga berfungsi sebagai PENGAWAL SERANGGA PEROSAK pada tanaman kita. Kerengga akan makan serangga perosak yang hinggap pada pokok, hama atau kulat. Jadi, kita tak perlu menggunakan racun serangga untuk membunuh serangga perosak dan secara tak langsung sebenarnya kerengga ini umpama pengawal serangga perosak semulajadi.

Bukan saja kerengga, semut pun berperanan sama seperti itu. Sebenarnya atok nenek kita dulu dah lama menggunakan kaedah ini. Mereka saja biarkan semut atau kerengga bersarang pada pokok-pokok buah sebab mereka tahu pokok yang ada kerengga atau semut, insya Allah pokok itu molek dan jauh lebih baik dari pokok yang tak ada kerengga. Kau tak payah susah-susah nak sembur racun untuk bunuh serangga perosak. Penggunaan racun kimia kan tak elok. Jadi, sebab itulah Allah ciptakan semut dan kerengga. Kau ingat Allah ciptakan haiwan itu sia-sia dan tak ada fungsi ke?

Hasil pembacaan, rupa-rupanya manusia telah menggunakan khidmat dan jasa kerengga ini sejak berkurun lamanya. Kaedah semulajadi untuk mengawal serangga perosak pada tanaman ini telah diamalkan di China pada tahun 300 masihi lagi. 

Kerengga juga sukakan persekitaran udara yang bersih. Mereka tak sukakan asap pembakaran, malahan asap kenderaan pun mereka tak suka. Kau pernah nampak pokok-pokok ditepi jalan sekitar KL dan Selangor ada kerengga? Kerengga tak suka hidup dibandar yang udara tak bersih. Kau nampak tak kerengga pun memilih untuk hidup diruang udara yang bersih. Sebab itu hampir mustahil kau nak jumpa kerengga pada pokok-pokok ditepi jalan bandar-bandar besar.

Jadi, inilah peranan kerengga dalam pertanian. Barulah aku faham kalau aku beli seikat rambutan yang penuh dengan semut hitam, rupanya semut-semut itu berfungsi untuk mengawal serangga perosak pada pokok rambutan itu. 

Tuhan tidak mencipta sesuatu itu sia-sia tanpa ada fungsinya. Inilah yang dinamakan ekosistem kehidupan semulajadi. Setiap makhluk (manusia dan haiwan) ada fungsi masing-masing. 

Jadi, dikebun aku ada kerengga, semut, mengkarung, cicak, anak ular dan anjing jiran. Aku tak pasti haiwan apa lagi akan singgah. Aku ok saja. Cuma anak ular tu aku geli sikit. Anak takpa, aku risau mak bapak ular jer menjengah.

Oh ya, husband aku dah pindahkan sikit-sikit kerengga pada pokok-pokok lain. Dia kata biar kerengga tu tolong kontrol serangga perosak tanaman. Fahamlah aku sekarang, banjir yang Allah takdirkan melanda kebun aku, rupanya DIA hantar kerengga untuk tolong jagakan pokok-pokok disitu. Aku memang jarang sangat menjengah kebun disebabkan faktor kekangan masa dan jarak. 

Jadi, aku bergantung harap pada sang kerengga sajalah. Sekurang-kurangnya kerengga-kerengga itu dapat mengawal serangan serangga perosak, hama, kutu daun atau kulat dari merosakkan tanaman. Terima kasih lah kerengga.
















No comments: