Friday, March 11, 2022

Taman Syurga


Gambar ihsan kawan aku semasa berada didalam Raudhah. Karpet hijau ini menandakan jemaah sudah berada didalam Raudhah. Alhamdulillah insan-insan terpilih yang berjaya masuk. Rezeki.


Orang lain pergi umrah, aku pulak yang seronok. Semalam kawan aku update dia berjaya masuk ke taman syurga, Raudhah. Rupanya sekarang nak masuk ke Raudhah kena book online menggunakan apps. Siapa cepat dia dapat, begitu konsepnya. Jadi semua jemaah kena bertempur dalam apps untuk mendapatkan slot dan selalunya slot memang akan cepat penuh. 

Semua perkara sudah jadi digital. Tekan-tekan dihujung jari saja. Cuma yang kesian untuk orang-orang tua yang kurang mahir menggunakan applikasi sebegini. Kena ada orang lain bantu dan buat tutorial.

Tak kira kau datang dengan pakej kayangan atau pakej biasa-biasa, nak masuk Raudhah kena booking online. Lelaki dan perempuan, sama. Nak buat umrah di Mekah nanti pun kena booking online dan buat permit sendiri. Wah, aku pulak tolong cerita. Hehe.

Raudhah, taman syurga yang diberi nama oleh Rasulullah sendiri. Tempat mustajab doa, tempat dimana terletaknya makam Nabi dan 2 orang sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As Sidiq r.a dan Khalifah Umar Al Khattab r.a.

Sebut pasal pakej, dulu aku pernah terfikir kenapa di Mekah ada hotel mahal ada hotel murah. Ada konsep siapa ambil pakej mahal, dapatlah hotel berdekatan dengan Masjidilharam. Bayaran pun bukan murah. Tapi lebih selesa dan tak perlu berjalan jauh menapak nak ke masjid. Yang mana marhaen ini ambil pakej biasa-biasa , hotel pun jauh dan kena gigih berjalan jauh sikit.

Tapi bila dah menyarung pakaian ihram semua manusia nampak sama. Cuma bila tanya awak duduk hotel mana? Pakej apa? Disitu ada jurang berbezaan. 

Lagi satu persoalan aku, macam mana di Mekah boleh ada Starbuck? Zaman Rasulullah dulu, baginda memang pernah berurusan dan bermuamalat dengan Yahudi. Tujuannya adalah untuk menarik mereka supaya memeluk agama Islam. Tetapi zaman sekarang, dengan membenarkan Starbuck dibuka di Mekah, adakah dengan tujuan untuk menarik minat mereka dengan Islam atau kerana menjaga hubungan dengan sekutu Israel tak lain tak bukan, Amerika Syarikat.

Sensitif ke soalan aku ni? Kalau di ajukan di media sosial lain agak-agak kena kecam tak? Haha.

Semoga Allah SWT terus memelihara kota suci Mekah dan Madinah daripada segala kejahatan manusia. Aku tak boleh nak cakap lebih-lebih berkenaan kota haramain sebab aku belum pernah kesana. Aku cuma banyak membaca dan mendengar kisah-kisah orang lain.



Buku travelog haji ini jujur. Apa yang bermain dalam kepala aku selama ini rupanya ada dalam buku ini. Aku suka cerita-cerita yang datang dari fikiran dan hati yang telus memberitahu apa yang benar, apa yang salah, apa yang patut dan apa yang tak sepatutnya berlaku. Ianya agak sukar untuk diterima bagi sesetengah pihak, tetapi memberitahu kebenaran itu lebih baik dari menyembunyikannya. 


The rarestory from rarecation to be read by rarepeople.





No comments: