Monday, March 14, 2022

Tidak telus

Kau rasa bagaimana orang nak hormat institusi Islam kalau orang Islam sendiri tak mengamalkan ketelusan dalam berurusan dengan orang ramai?

Aku nak cerita pengalaman aku semasa aku cuba-cuba nak daftarkan anak aku di Tadika Maiwp Sulaimaniyah di Putrajaya. Masa tu umur Zhareef 5 tahun. Kalau ikutkan syarat-syarat kelayakan untuk masuk ke tadika itu, aku yakin anak aku layak. Antara syaratnya ialah tangga gaji ibubapa tak boleh lebih dari sekian-sekian amount. 

Tak lama kemudian pihak Maiwp menukar syarat tangga gaji pula. Aku macam pelik kenapa mereka sesuka hati nak menukar syarat? Kenapa tiba-tiba tangga gaji berubah? Aku positif lagi masa tu.

Tiba masa untuk tahu keputusan, akhirnya Zhareef gagal masuk ke tadika tersebut, alasannya tangga gaji dah melebihi dari syarat yang ditetapkan. Gaji marhaen aku dan husband bukan banyak mana pun, tapi bila pihak Maiwp dah ‘merendahkan’ lagi syarat tangga gaji, itu menjadikan aku kononnya tak layak menghantar anak bersekolah disitu. Ok baiklah, aku akur.

Beberapa bulan kemudian, aku ada berbual dengan jiran aku. Dia cerita dia pun pernah cuba-cuba nak daftarkan anak di tadika yang sama dulu. Keputusannya sama, anak dia tak layak disebabkan tangga gaji. Tapi, ada tapinya…

Bos dia yang berpangkat Pengarah berjaya memasukkan anaknya di tadika tersebut. Riaksi aku ketika itu memang macam nak menjerit…what?

Macam mana anak seorang pengarah layak untuk masuk tadika tersebut? Berapa gaji pengarah ini sebenarnya? Lebih rendah dari gaji aku kah? Atau dia menggunakan kuasa ‘pengarah’nya itu sebagai kabel besar untuk memasukkan anaknya ke sekolah yang ditubuhkan untuk rakyat marhaen. Kenapa berlaku macam ni? Kenapa ada sesetengah pihak yang sanggup merampas kuota yang sepatutnya bukan hak dia? Dan kenapa pihak Maiwp boleh meluluskan kemasukan anak pengarah ini?

Aku dah mula menyimpan rasa tidak percaya pada ketelusan institusi sebegini. Wahai pengarah, kau ada kemampuan untuk menghantar anak ke tadika lain, kenapa kau rampas hak rakyat marhaen? 

Aku cukup-cukup kecewa selepas mendengar cerita jiran aku. Dia pun kecewa dan rasa tak adil.

Ini baru isu kecil sahaja, isu tadika. Kau bayangkan ada banyak lagi isu-isu besar yang berlaku akibat ketidaktelusan orang kita bekerja. 

Betul lah orang kata, nak berjaya kena ada 3 syarat ini:

1. Usaha

2. Tawakal

3. KABEL

.

.

Muahahahaaaa…








No comments: