Showing posts with label Satun. Show all posts
Showing posts with label Satun. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Thailand Road Tour episod 5: Satun-Langkawi-KL

Destinasi ke lima : Kembali ke Satun-Langkawi-Kuala Lumpur.

Kami balik ke Satun pada hari selasa, 06 May. Kami cari hotel yang aku sendiri lupa apa nama hotel ni, semua Kiddy yang arrange, aku tinggal bayar aje. Dah penat sangat, dah tak larat aku nak amek tau pasal nama hotel, janji aku boleh tidur. Harga lebih kurang 70-80 gitu.



 boleh baca tulisan siam tu?
aku rasa tu nama hotel ni


Ini kuih 'telur abang' namanya. Macam lucah sikit, haha.

Kuih ini popular di Satun. Bahan utama kuih ini ialah telur masin, telur kuning tu. Sebab itu namanya kuih telur, dalam bahasa siam aku lupa namanya. Aku ni semuanya lupa. Kalau makan fresh2 sedap la. Ini bukan aku yang beli, ni Aida punya, dia bagi aku rasa sikit.

Kami balik ke Langkawi menaiki ferry pukul 9.00 pagi. Sampai di Langkawi 1 jam kemudian, terus pergi makan. Kemudian balik rumah Kiddy sekejap amek barang-barang yang aku tinggalkan di sana.

Aku lupa 1 benda lagi, benda yang amat penting.

Flight aku ke Kuala Lumpur sepatutnya berlepas pukul 2.30pm, tapi aku mati-mati ingat flight aku pukul 5.20pm.

Aku ni dah kenapa?

Masa tiba di airport, staf MAS check nama aku, dia kata mana ada flight pukul 5.20pm, MAS tak ada flight waktu macam tu.

.
.
.
.

Aku dah tertinggal flight!

Arghhhhh...nak menjerit kuat-kuat.

...dan kami terpaksa membeli tiket baru.

Nak marah? 

Aku nak marah siapa? marah diri sendiri lah.

Aku teringat balik, duk pikir-pikir...flight apa yang pukul 5.20pm tuh?

.
.
.
.
.
.
Pikir...pikir...pikir.

Yes, memang ada flight pukul 5.20pm tuh.

Uwarggg...nak menjerit lagi.

Flight pukul 5.20pm tu ke satu destinasi lain.


Macam mana aku boleh terbayang flight tu?

Sebab..

Beberapa hari sebelum aku ke Thailand, aku dengan Kak Izat duk bincang berdua pasal destinasi tu lah. Kami bincang macam-macam...bla,bla,bla,bla...

Terus melekat flight tu sampai sekarang.

Ya Tuhan...ini lah akibat kalau dah bercampur aduk, semua benda nak pikir.


OK, benda dah jadi, dah lepas dah pun.

Macam-macam terjadi dalam trip aku kali ni.

Tertinggal passport.
Hatyai kena bom.
Tertinggal kapal terbang.

Doktor-doktor sekalian, apa ubat nak kuatkan ingatan?


Ingatan aku semakin hilang.

.
.
.
.
.

Tamat lah sudah kembara aku ke Thailand.

Thailand mempunyai laut dan pantai yang cantik.

dan...


aku suka Thai food.





Wednesday, May 14, 2014

Thailand Road Tour episod 1: Langkawi - Satun

02 May - 07 May 2014

Percutian yang dirancang dalam masa yang singkat, dan tanpa membooking hotel awal-awal seperti yang biasa aku buat sebelum ni. Percutian ini berkonsepkan 'redah'.

Aku dipelawa oleh seorang kawan lama yang menetap di Langkawi untuk melawat Thailand selama 5 hari pada mulanya, tetapi bertukar menjadi 6 hari kerana sebab-sebab yang akan aku ceritakan kemudian. Percutian ini bukan saja berkonsepkan redah, tetapi juga berkonsepkan 'roadtour' kerana kami menaiki kereta.

Bermula dari KL, aku naik flight ke Langkawi, dari Langkawi, kami menaiki ferry ke Satun, Thailand, dari Satun bermulalah road tour kami.

the circle of our journey

kami pergi ke 4 buah negeri di Thailand


Perjalanan dari KL ke Langkawi sangat smooth. Flight kami pukul 8.15pm, no delay. Di langkawi kami disambut oleh kawan lama saya, Kiddy. Kami tidur 1 malam di rumahnya. Esok pagi-pagi dah kena bangun kerana kami akan naik ferry pukul 9.00am ke Satun.

Hoorey, perjalanan pun bermula.

Cabaran pun bermula.

Destinasi pertama: Satun

Satun adalah salah sebuah negeri dalam negara Thailand yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam (67.8%), Buddha (31.9%). Penduduk Satun terdiri daripada orang Melayu.

Kalau baca sejarah, Satun dulunya adalah sebuah mukim dalam negeri Kedah. Sebelum ini Satun dikenali sebagai mukim Satul. Akibat perjanjian antara Siam dan British, Satul diserahkan kepada Siam kerana majoriti penduduknya adalah bangsa Thai.

Perjalanan dari Langkawi ke Satun dengan ferry memakan masa selama 1 jam. Tiket berharga rm30 (dewasa), kanak-kanak dibawah 2 tahun adalah percuma, tetapi boleh beli seat kalau nak, just bayar rm12 untuk insuran.

 Terminal ferry Tammalang, Satun.

di terminal ferry, kami disambut dengan patung ketam batu ini

 gerai makan yang jual teh ais sedap

Di Satun, driver kami dah sedia menunggu, namanya Sahak. Aku akan ceritakan pasal driver dan sewa kereta kemudian. Cuma, aku nak cakap, Sahak ni best!

Kami terus menaiki kereta untuk ke Krabi. Dalam perjalanan, kami singgah ke beberapa buah tempat. First, singgah beli air teh ais yang sedap. Kiddy dah biasa ke Thailand, so dia rekomenkan kami mencuba teh ais thailand ni.

 teh ais yang memang sedap


Lepas tu singgah di kedai telefon untuk beli simcard. Aku beli simcard dengan harga rm20 (200 baht), ada kredit rm5 dan percuma internet selama 7 hari. Ok la tu, aku berada kat Thailand pun 6 hari, cukup sangat internet percuma tu.

Kemudian, masa untuk makan..! Kami singgah untuk makan tengahari di Rim Le' Kitchen, terletak di Pakbara, Satun.

 Suasana restoran ini sangat best kerana dia berhadapan dengan laut.

 ada buai, boleh berangan kat situ sekejap.

 sekarang, masa untuk memperkenalkan menu.
ini namanya Kerabu Belangkas.
weird kan?
dia punya rasa aku tak gemar sangat, tak boleh nak telan tapi ok la untuk just nak rasa something yang unik, yang tak ada di Malaysia.

 Ini pula Kensom. Kensom ini ialah asam pedas Thai, memang popular kat sana. Rasa dia memang pedas, kita boleh request nak pedas banyak atau nak pedas sikit. Kalau tak request, diaorang akan masak yang memang pedas kaw-kaw punya.

 ikan goreng, ikan apa ntah aku lupa, hihi.
tapi sedap.

 sayur kailan

Lepas makan, kami meneruskan perjalanan yang memakan masa selama 3 jam untuk sampai ke Krabi.


air botol kat sana besarrr

4 keping gambar dibawah yang aku snap dari dalam kereta aje. 





Ini susu segar cap beruang. Tinnya kecik comel macam tin ikan tuna mayonis. Rasanya sedap. 

Kami sampai ke Krabi lewat petang.

Next entry, aku sambung episod 2 kisah di Krabi.