Showing posts with label Vietnam. Show all posts
Showing posts with label Vietnam. Show all posts

Tuesday, March 22, 2016

Vietnam : Day 6 : Ho Chi Minh City : Back to Malaysia

Hari ke Enam

Bila berkunjung ke satu-satu tempat, waktu yang paling tak best ialah hari terakhir nak balik. Rasa macam nak menjerit tak nak balik, tak nak balik, tak nak balik.

Walaupun HCMC cuacanya panas dan Mui Ne yang berdebu dengan padang pasirnya, keseronokan itu tak dapat aku jelaskan. Bila dah nak balik ni, dah mula terbayang aku akan mengharungi liku-liku kehidupan harian di rumah (bangun pagi-pegi keje-balik keje-makan-layan anak/suami-tidur). Ulang-ulang setiap hari.

Namun, kita harus pulang ke pangkal jalan. Harungi hidup harianmu seperti biasa.

Back to reality.


 Awal pagi yang sunyi. Sangat tak best perasaan nak kena balik ni.

 Kami naik teksi Vinasun yang memang hari-hari ada di depan hotel, tak perlu risau pasal teksi. Teksi bermeter yang boleh dipercayai.

 Urusan di airport yang smooth walaupun beratur agak panjang. 

Tetap nak tayang gambar makanan. Dalam flight, kami berdua kebulur. Asik kebulur je kan...hahaha. Nak order makanan lain semua dah habis, yang ada nasi lemak dan nasi dagang. Aku beli nasi dagang. Sedap juga nasi dagang ni. 


Selamat tinggal HCMC. Panjang umur aku datang lagi, shopping lagi. Orang Vietnam semua baik-baik pada aku. Mungkin ada yang sedikit kasar, biasa lah manusia. Peniaga-peniaga di Ben Thanh dan pasar malam pun semua baik-baik, ada jugak yang kerek...itu pun perkara biasa. Di Malaysia laaaagiiii ramai orang kerek kan, kan.

Even aku jumpa Malaysian kat Vietnam pun ada yang kerek susah nak senyum. Ermmm...

Ok. Dari hasil membeli belah di HCMC, ini yang aku bawak balik....ini pun puas bertapis bagai, kalau ikutkan nafsu, mungkin lebih lagi kot, tapi sebab memikirkan beg dah padat tak muat, risau terlebih berat luggage...aku kawal juga mental masa membeli. 

Biasa lah...bila shopping, mental boleh mereng sikit.

 Sutera Vietnam untuk diri sendiri, keluarga aku dan keluarga mentua

 Vietnam Cotton untuk aku dan mak

 Baju kemeja untuk abah

 5 helai jeans untuk aku...hihi. Best pakai jeans ni. Dalam gambar cuma ada 4 helai sebab aku dah pakai selai.

 5 helai jeans juga untuk husband aku, haha.

 T-shirt untuk diri sendiri

 Baju husband aku, ada selai t-shirt untuk bapak mertua aku

 Baju dan seluar Zhareef. Aku rasa shopping baju budak kat Malaysia lagi seronok kot

Beg Deuter untuk adik-adik lelaki aku, husband aku punya pun ada jugak. Yup, memang Deuter di sana tak ori. Kitaorang bukan nak pakai buat lasak pun, bukan nak buat aktiviti yang berat sangat, sekadar letak barang atau baju je, so tak kisah lah ori ke tak ori kan.

2 biji beg kecik (merah dan biru) tu untuk Zhareef, warna pink untuk Dhia, anak saudara aku.

Ada cerita kelakar masa beli beg Zhareef yang warna merah dan biru tu. Ceritanya begini..

Masa aku survey beg ini, aku macam biasa lah, mintak harga murah. Tokei kedai kata ok boleh. Tapi aku cakap balik, tapi saya bukan nak beli sekarang, kalau esok saya datang balik, boleh dapat harga macam ni lagi tak? Tokei tu kata boleh, takde masalah. Ok, kami pun beredar.

Esoknya, kami datang semula nak beli sebab tempat lain kami tak berkenan. Aku tanya tokei tu lagi, saya mahu harga semalam, kenal kami kan yang datang semalam? Tokei tu angguk, memang dia kenal pun tapi...yang tak bestnya dia tak nak bagi harga semalam. Tak tepati janji betul la dia ni. Kami pujuk-pujuk pun dia tak nak bagi. Ok la...kami pun redha, beli aje lah, sebab dah berkenan, lagipun untuk anak sendiri, bukan untuk orang lain.

Tengah malam, masa aku sibuk berkemas barang-barang nak masuk beg, aku buka la zip beg tu. Haaaa...kau tau bedah apa yang ada dalam beg biru tu? Dalam beg biru itu ada beg yang warna merah. Kiranya, dalam beg ada beg.

Berdekah-dekah aku gelak. Tak pasal-pasal si Zhareef dapat beg free, buy one free one. Sebab itu, dia ada 2 beg, satu biru, satu merah. Rezeki kau la nakkk...

Yang kitaorang pulak, memang tak check pun beg tu masa beli, tak tau la kenapa. Selalunya kalau beli beg mesti nak check zip, zip ok ke tak, ada koyak ke tak. Ni..langsung tak check, agaknya dah bengang dengan tokei kedai tu, bayar...terus blah.


Pengajaran: Kalau berniaga, dah berjanji dengan customer, jangan mungkiri.


 Tak lupa juga, kopi vietnam yang ohsem
aku beli dengan Soleh

 Dan...penapis kopi, pun aku suruh Soleh carikan, padahal banyak aje jual kat kedai area hotel aku tidur tu.
 
 Terus test buat kopi Vietnam..
yeayyy menjadi...maknanya ikhlas si Soleh tu ajar aku...hahahaha


.
.
.
.


Maka, tamatlah kisah percutian Vietnam yang memenatkan tapi super seronok. Masa mula-mula nak pergi Vietnam, rasa takut-takut, rasa was-was, tapi bila dah sampai sana, segala ketakutan hilang. Mungkin sebab kat sana ramai Malaysian, mungkin juga kot...tapi, yang sebenarnya bandar HCM bukan lah teruk sangat, orangnya baik-baik, kalau ada yang sewel sikit tu anggap aje itu dugaan.

Cuma semasa berada di Mui Ne, aku agak risau juga sebab hanya kami bertiga Malaysian yang berada disitu ketika itu. Aku cuma jumpa sorang aje budak lelaki Singapore. Dia tegur aku cakap Melayu masa aku turun dari ATV di White Sand Dunes. Ok la kan...at least jumpa juga dengan manusia yang boleh cakap Melayu. Hehehe.


In case la anything happen to us masa di HCMC, aku siap-siap cari contact no. Malaysian Consulate kat sana. Aku rasa siapa-siapa yang nak bercuti ke luar negara memang patut simpan nombor telefon Malaysia Consulate, benda ni penting untuk kita bila kita tengah hadapai kesusahan. Kalau tak terjadi apa-apa, alhamdulillah. Tips ni aku dapat dari traveler lain dan aku rasa ianya berguna.  

Tapi, kalau korang ada saudara mara atau family members kat sana, takpe lah, senang lah nak mintak tolong apa-apa kan.



Gigih tak aku buat exchange rate ni, VND to RM. Kertas ni sentiasa ada dalam poket aku masa shopping kat sana, tapi sebab kat sana banyak guna RM, takde lah aku guna sangat benda ni. Cuma, masa nak book pakej ke Cu Chi dan Mui Ne, benda ni berguna nak compare harga. 

Tapi masa di Ben Thanh, peniaga kat sana ada yang tak suka bila dia tengok aku keluarkan kertas ni untuk check rate duit kita, haha. Agaknya dia tahu aku mesti nak mintak harga murah tak masuk akal. Hehe. Kalau setakat duit USD, boleh lah nak congak-congak, tapi duit VND yang main angka ribu-ribu ni, letih nak mencongak.


------------------------------------habis cerita------------------------------------------





Monday, March 21, 2016

Vietnam : Day 5 : Ho Chi Minh City : Shopping dan jalan-jalan

Hari Ke Lima

Hari ini memang diperuntukkan khas untuk shopping di Ben Thanh, dan kalau sempat nak berjalan-jalan sekitar bandar HCMC. Aku belum jelajah pun Bent Thanh, cuma masuk sekejap je tengok-tengok keadaan dalam pasar ni sewaktu hari pertama sampai.

So, let's go!

Aku pergi bahagian pakaian kanak-kanak dulu. Tapi aku rasa harga baju budak kat sini macam sama je kat Pasaraya Borong Kenanga kat KL. Haha. Harga pulak fix price, tak boleh tawar menawar. Menyampah.

Tapi aku beli jugak seluar untuk Zhareef 2 helai.

 Bahagian buah dan kekacang

 Kacang gajus, pistachio, badam dan kacang hijau ada dijual disini

 ini bahagian belakang, pasar basah

Aku geram tengok buah avocado kat sana, besar-besar.

 Bahagian yang menjadi kegilaan perempuan....kain pasang!
Pandai-pandai lah tawar harga yang kita nak sampai dapat.
Berbaloi-baloi sebab murah.

Minah baju hitam seksi tu jual t-shirt, dia ni baik tau. Dia yang tolong aku dapatkan harga murah untuk Vietnam Silk. Budak perempuan baju oren tu, kalau korang dengar dia cakap melayu, pergghhh...nak nanges. Tak ada pelat langsung, sebijik macam orang Melayu.

Aku tanya dia, dari mana belajar cakap Melayu?

"Dari orang Melayu lah"..dia jawab.

Rupanya dia ni jual souvenir macam keychain, penanda buku, apa entah lagi. Tiap-tiap malam dia duk lepak area hotel aku tu, mana tak terer cakap melayu. Memang dah boleh jadi orang melayu dah.

Aku beli Vietnam Silk (sebut: Sutera Vietnam) dengan auntie ni. Auntie ni beritahu aku, ramai orang kena tipu pasal Vietnam Silk ni.

Sutera Vietnam ada 3 jenis:

Sutera Vietnam No.1
Sutera Vietnam No.2
Sutera Vietnam No.3

Sutera Vietnam No.3 paling murah sebab kainnya kasar, keras dan panas. Yang ramai tertipu ialah antara No.2 dan No.1.

Yang auntie tu pegang adalah sutera No.2, tapi ramai peniaga cakap itu sutera No.1. Yang No.1 aku lupa pulak nak snap gambar, harga mahal sikit je dari yang No.2. Tapi aku kurang berkenan design No.1, so aku beli yang No.2.

Dalam banyak kedai yang jual sutera vietnam, dengan auntie ni je boleh bagi murah sikit kat aku, yang lain tak nak bagi kurang walau seringgit pun. Yang kerek pun ada.

Dah penat survey kain bagai, pukul 1 lebih kitaorang balik hotel kejap sebab Zhareef nak tidur. Masa dalam Ben Thanh lagi dia memang dah tertidur dalam stroller. Kesian pulak aku tengok, dah la panas dalam Ben Thanh ni.

Sambil-sambil tu, kitaorang pun boleh rehatkan badan jugak dan buat lah apa yang wajib. Lepas tu, aku turun merayap sorang-sorang dalam Ben Thanh. Husband aku dan Zhareef lepak dalam bilik. So, aku boleh shopping dengan aman...hahaha.

Belah petang sikit, kami merayap cari:

- Independence Palace
- Central Post Office
- Notre Dame Cathedral


Independence Palace

Independence Palace juga dikenali dengan nama Reunification Palace. Ia adalah mercu tanda Ho Chi Minh City. Ia merupakan rumah yang merangkap pejabat Presiden Vietnam semasa perang dahulu. Masa kami sampai, gate dah tutup sebab dah petang. Nak masuk kena bayar dalam 20,000VND kalau tak silap.

 Notre Dame Cathedral


Nama macam gempak, tapi ianya sebuah gereja aje pun. Tempat ni antara tarikan pelancong disebabkan senibina bangunannya yang ada ciri-ciri Perancis. Memang lah bercirikan Perancis sebab yang tukang design bangunan ni ialah orang Perancis. Ianya dibina antara tahun 1863 hingga 1880.

Bersebelahan dengan Notre Dame Cathedral ini ialah Central Post Office.

 Central Post Office


Jam besar dipintu masuk post office

Bangunan Central Post Office ini juga ada bercirikan Perancis


Bangunan pejabat pos ini dibina antara tahun 1886 hingga 1891, direka oleh Auguste Henri Vildieu dan Alfred Foulhoux, tetapi ada yang kata rekaannya dibuat oleh Gustave Eiffel. Entah yang mana satu betul aku tak pasti.

 Yang menjadikan bahagian dalam bangunan ini cantik ialah kerana silingnya.

 Gambar peta Vietnam Selatan 

 Pekerja pejabat pos
Aku rasa macam kelakar pulak masuk pejabat pos semata-mata nak bergambar, bukan nak buat urusan lain...haha



Hari dah kian gelap, kami bergegas pula ke Hard Rock Cafe. Dah jadi macam trend kalau pergi ke satu-satu tempat, mesti nak amek gambar kat Hard Rock Cafe, padahal bukan ada apa pun kat situ. Hehehe.


Masa kami sampai, ada 2 orang lelaki tengah lepak kat sini. Sorang dah awal-awal bangun sebab dia nampak kami nak ambil gambar. Mamat baju hitam ni je yang macam tak faham atau buat-buat tak faham. Takkan nak halau pulak kan, so apa yang kami buat ialah......

"Excuse me, can you please take our picture?" hahaha.

Dia pun tolonglah ambilkan gambar kami bertiga.

 Ini lah gambar yang mamat tu tolong snapkan

Dah lepas ambilkan gambar kami, mamat tu terus beredar. Hehehe. Berjaya juga aku halau dia secara sopan. Kehkehkeh.

Destinasi terakhir kami untuk malam terakahir sebelum balik ke Malaysia esok

Lepas tu kami gigih mencari jalan pulang semula ke hotel. Bab nak melintas jalan memang mencabar gila, tapi alhamdulillah...boleh layan lagi. Masa ni hari dah makin gelap.

 Kami lalu kawasan kedai yang banyak menjual buku.

 Ada patung sedang membaca buku disini, mungkin untuk menggalakkan orang ramai membaca


Malamnya pula, kami buat last minutes shopping. Maklum lah, esok dah nak balik. Ada saki baki waktu, cari lah apa yang nak dibeli. Aku beli buah mata kucing, besar gila. Diaorang ni tanam buah guna baja apa eh?

Buah mata kucing agak mahal, sekilo RM19. Hahaha. Oleh sebab teringin nak rasa, aku beli setengah kilo aje, dekat RM10. Manis gila, tapi isinya tak tebal, harapkan biji je besar.

1/2 kilo mata kucing hanya dapat banyak ini..

 Buah avocado yang besar. Pada asalnya aku nak beli bawak balik, tapi memikirkan takut terlebih berat luggage, tak jadi lah nak beli

 Buah durian pun besar-besar....harga sebijik hampir RM200

 Ni kat area hotel aku. Tengah syok pilih-pilih barang, tiba-tiba peniaga lari sorokkan barang. Rupa-rupanya ada polis ronda-ronda naik motor. Tu ha...2 orang polis atas motor.
Aku curi-curi ambil gambar.

Aku rasa polis ni saja je nak acah-acah...ingatkan dia nak rampas barang-barang yang peniaga tu jual, tapi dia terus blah. Ok, sebenarnya kalau nak ikutkan undang-undang, peniaga tak dibenarkan berniaga di kaki lima jalan. Memang sah-sah salah sebab takde lesen.

 Entah motor siapa dia naik...takpe lah asalkan dia tak merengek. Mama pilih baju, dia main motor.

 Baju untuk anak buah di Malaysia


Ok, setel shopping. Setel semua plan yang dirancang lama, cuma aku ada cancel satu trip iaitu trip ke Mekong. Aku terpaksa cancel sebab tak sempat, dah tak cukup masa. 2 hari aku dah habiskan di Mui Ne, kalau aku pergi Mekong, tak dapat lah nak shopping barang.

Aku rasa tak rugi mana pun skip Mekong trip sebab trip tu cuma tengok sungai je kan (ececehhhh...ayat nak sedapkan hati). Dan aku bertambah gembira bila ada kawan kata...bukan ada apa pun kat Mekong..sungai aje....damai sikit rasa hati ini walaupun sebenarnya agak kecewa juga tak dapat pergi Mekong.

Next time kalau ada rezeki, panjang umur, sampai lah aku ke Mekong tu.

.
.
.

Esok, balik Malaysia :(