Hari ke-2 di Cameron Highland, saya keluar seawal pukul 7 pagi untuk ke Gunung Brinchang. Saya hiking guna kereta...hihi. On the way ke sana, biasa lah, stop 3-4 kali sebab nak bergambar. Awal pagi mcm ni mana ada kenderaan sgt, org lain pun belum bangun tido, jadi sesuka hati nak bergambar mcm mana gaya. Yg best, dapat rasa kabus sejuk di Cameron, siap pakai glove lagi. Rasa mcm kat obersi pulak.
Nampak buah strawberry besar ni, stop dulu snap 2-3 keping gambar.
Perjalanan ke Gunung Brinchang pada mulanya smooth je, cuma tak tahan sebab jalan kecik bebenor, kalau bertembung dgn kereta lain, kena la mengelak ke tepi. Kalau bertembung dengan bas atau lori, hehe...pandai-pandai la nak elak. Di sini ramai orang main hon sebab nak bagitahu kenderaan lain yg kita wujud kat situ, so orang lain pun akan alert kat depan tu ada kereta, ada masa nak elak ke tepi sket. Lagi 2km nak sampai Brinchang...saya terpaksa park kereta tepi jalan sebab kereta saya tak mampu naik ke atas lagi. Adjust punya adjust...tetap tak boleh naik sebab jalan tu tinggi dan licin, tayar kereta tak lepas nak gerak ke depan. Tengok orang lain naik atas guna 4x4...macam smooth je. Jeles betul.
Kat sini la kereta saya terkandas, sedih. Jalan dah berlubang, dah teruk sangat dah. Ada 3-4 biji kereta lain pun park sini jugak sebab tak boleh naik.
Tapi alang-alang dah sampai, nak teruskan juga ke atas. Saya jalan kaki 2km untuk sampai atas, ala...bukan jauh pun 2km tu. Jalan sambil borak-borak, posing sana posing sini...lama-lama sampai atas.
View sangat cantik, hijau dan sejuk. Kena naik tangga dan jalan atas platform untuk tengok alam sekeliling. Memang super duper cantik. Keadaan cuaca yg sejuk membuatkan saya teringat Gunung Kinabalu. Macam tu la sejuknya. Kalau tak, buat apa pakai glove.
i love my pink glove.
kat sini dah takde tangga...kena hiking macam biasa la...
lawa kan....hijau dan sejuk mata memandang
cantik...view dari atas...on the way nak turun
pokok tu mengingatkan saya pada gunung kinabalu
ni la platform tu
buah hutan...tumbuh kat tepi jalan
berjaya juga turun bawah...jln slow2..
saya dan kambing
Balik dari Brinchang, singgah di Mountain Strawberry Farm. Rupanya kat atas ni pun ada farm. Singgah dulu. Orang lain kalau datang Cameron mesti interested dgn strawberry, but not me. Saya lebih interested kat tomato cherries!
Di farm ni boleh main petik-petik strawberry dan tomato cherries tu. Untuk tomato cherries, 1 kilo rm6 sahaja. Murah gila. Jadi saya pun memetik la sesuka hati dengan girangnya.
my tomato cherriesi love tomato so so so much
dah siap petik, nak pegi timbang
Pekerja bangla kat situ suruh saya makan baby carrot mentah-mentah mcm tu je. So dengan bangganya saya pun cuba la makan, rasa dia pahit-pahit kelat. Kalau arnab mesti suka...hehe
sayur kobis
Then, saya singgah di Kilang Teh Boh. Jalan nak masuk ke sini...masyaAllah...superduper sempit.
mesin apa ntah...dalam kilang ni kita boleh masuk dan amek gambar
masuk dalam kedai kat situ, beli teh.
gambar ni saya request suruh snap sebab nak compare ketinggian dengan mat saleh tu..hehehe
cafe dari jauh
saya suka itu purple socks..
and of course i love green...
- tea farm -
snap dari dalam kereta on the way turun dari BrinchangSaya gerak balik ke KL lebih kurang pukul 2.30pm lepas makan. Percutian yg singkat dan ringkas, tapi seronok.
4 comments:
Best je gunung brinchang nih.. brape lame ye nk sampai sana dr kl? Atas tu ada hotel ke etc..? Ni semua ko pegi ni kt area cameron ke?
blurr: best..cantik n sejukkkk...
dr kl ke cameron kalo x silap ada la dlm 3-4 jam,masa tu drive dlm hujan lebat, so x bleh laju,kalo kete turbo ko tu bleh laju la kot.
yup..smua area cameron, brinchang tu kt cameron ler..
chanteknyer view kat atas tewww kanns..
en me: cantik & sejuk...hijau,saujana mata memandang..
Post a Comment