Aku tak sangka wujudnya tempat bernama Muzium Coklat. Hehe. Cuti hari buruh 1 Mei, aku tak tahu nak pegi mana. Aku pun try la google tempat-tempat menarik di sekitar KL dan Selangor, dan aku terjumpa satu tempat dalam blog sapa ntah, dia pegi Muzium Coklat. Dalam hati aku berkata....what? muzium coklat? It's sound interesting.
Aku bukan lah peminat muzium, tapi dalam situasi aku sekarang, tempat-tempat macam ni je yang mampu aku pegi. Nak panjat gunung dah takde tenaga. Nak melancong ke obersi terlepas tiket promo pulak. Sedih tak citer aku ni...hehe.
Muzium Coklat ini terletak di Jalan Teknologi 3/4, Seksyen 3, Kota Damansara. Tempatnya agak tersorok dan aku pun tak sangka ada muzium kat situ. Bayaran masuk adalah percuma. Muzium ni kecik je, tak besar mana pun. Banyak menceritakan tentang sejarah coklat. Kalau orang yang suka membaca boleh lah tahu tentang sejarah coklat ni.
di depan pintu masuk Muzium Coklat
mentang-mentang la muzium coklat, semua dinding warna coklat.
dalam blog yg aku baca semua bergambar dengan lembu ni.
aku pun nak jugak lah.
replika pokok koko
dinding-dinding dalam muzium ni penuh dengan bahan bacaan tentang sejarah coklat
aku tak baca pun, hehe. tak sempat nak baca lah, lagi sambil dukung si debab tu.
itu ialah bahan-bahan untuk membuat coklat
aku tak rajin nak baca
antara kebaikan coklat untuk tubuh badan manusia,
picit je button merah tu, akan keluar info pada skrin tu ok.
ntah aku lupa nama mesin ni mesin apa, tapi antara mesin untuk membancuh coklat gamaknya
mamat dalam tu tengah buat demontrasi membuat coklat
yg ramai-ramai tu budak-budak rombongan cik kiah
2013..
naga ini dibuat daripada coklat
dak debab
hehe..
ni kedai jual coklat
mereka kata mereka duty free, tapi aku rasa murah lagi kat Langkawi..
budak 10.9kg
Ini saja lah kesah aktiviti 1 Mei aku. Budak 10.9kg tu menjadi perhatian gadis-gadis rombongan cik kiah. Bukan main suka dia gadis-gadis tu duk agah-agah. Aku kata kat budak pompuan tu....dia memang suka pompuan yg agah...kihkihkih.
6 comments:
weh weh wehhhhh..
macamana kakak kawasan ni tak tau ada muzium cekelat ni!!??
10.9 ???
puff pufff pufffff
kakak singa: ni maknanya kakak kawasan x abes explore lagi...kena explore...
muzium tu xde apa sgt pun...tp bole la nk jalan2...
tak pernah tau wujud muzium coklat kat situ..
10.9 kg mmg penat woo dukung..:P
daddyziyyad: sy pun baru tau, tu pon dgn bantuan google!
paling lama tahan dukung budak 10.9kg ialah 15 minit :)
gua tak nak coklat..
gua nak bambam...
dia punya peha..
gua geram..!!
cpl: lu nak adik kawasan gua??? berani lu...hahaha..berani dtg ar amekkk...hihi
Post a Comment