Wednesday, May 14, 2014

Thailand Road Tour episod 1: Langkawi - Satun

02 May - 07 May 2014

Percutian yang dirancang dalam masa yang singkat, dan tanpa membooking hotel awal-awal seperti yang biasa aku buat sebelum ni. Percutian ini berkonsepkan 'redah'.

Aku dipelawa oleh seorang kawan lama yang menetap di Langkawi untuk melawat Thailand selama 5 hari pada mulanya, tetapi bertukar menjadi 6 hari kerana sebab-sebab yang akan aku ceritakan kemudian. Percutian ini bukan saja berkonsepkan redah, tetapi juga berkonsepkan 'roadtour' kerana kami menaiki kereta.

Bermula dari KL, aku naik flight ke Langkawi, dari Langkawi, kami menaiki ferry ke Satun, Thailand, dari Satun bermulalah road tour kami.

the circle of our journey

kami pergi ke 4 buah negeri di Thailand


Perjalanan dari KL ke Langkawi sangat smooth. Flight kami pukul 8.15pm, no delay. Di langkawi kami disambut oleh kawan lama saya, Kiddy. Kami tidur 1 malam di rumahnya. Esok pagi-pagi dah kena bangun kerana kami akan naik ferry pukul 9.00am ke Satun.

Hoorey, perjalanan pun bermula.

Cabaran pun bermula.

Destinasi pertama: Satun

Satun adalah salah sebuah negeri dalam negara Thailand yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam (67.8%), Buddha (31.9%). Penduduk Satun terdiri daripada orang Melayu.

Kalau baca sejarah, Satun dulunya adalah sebuah mukim dalam negeri Kedah. Sebelum ini Satun dikenali sebagai mukim Satul. Akibat perjanjian antara Siam dan British, Satul diserahkan kepada Siam kerana majoriti penduduknya adalah bangsa Thai.

Perjalanan dari Langkawi ke Satun dengan ferry memakan masa selama 1 jam. Tiket berharga rm30 (dewasa), kanak-kanak dibawah 2 tahun adalah percuma, tetapi boleh beli seat kalau nak, just bayar rm12 untuk insuran.

 Terminal ferry Tammalang, Satun.

di terminal ferry, kami disambut dengan patung ketam batu ini

 gerai makan yang jual teh ais sedap

Di Satun, driver kami dah sedia menunggu, namanya Sahak. Aku akan ceritakan pasal driver dan sewa kereta kemudian. Cuma, aku nak cakap, Sahak ni best!

Kami terus menaiki kereta untuk ke Krabi. Dalam perjalanan, kami singgah ke beberapa buah tempat. First, singgah beli air teh ais yang sedap. Kiddy dah biasa ke Thailand, so dia rekomenkan kami mencuba teh ais thailand ni.

 teh ais yang memang sedap


Lepas tu singgah di kedai telefon untuk beli simcard. Aku beli simcard dengan harga rm20 (200 baht), ada kredit rm5 dan percuma internet selama 7 hari. Ok la tu, aku berada kat Thailand pun 6 hari, cukup sangat internet percuma tu.

Kemudian, masa untuk makan..! Kami singgah untuk makan tengahari di Rim Le' Kitchen, terletak di Pakbara, Satun.

 Suasana restoran ini sangat best kerana dia berhadapan dengan laut.

 ada buai, boleh berangan kat situ sekejap.

 sekarang, masa untuk memperkenalkan menu.
ini namanya Kerabu Belangkas.
weird kan?
dia punya rasa aku tak gemar sangat, tak boleh nak telan tapi ok la untuk just nak rasa something yang unik, yang tak ada di Malaysia.

 Ini pula Kensom. Kensom ini ialah asam pedas Thai, memang popular kat sana. Rasa dia memang pedas, kita boleh request nak pedas banyak atau nak pedas sikit. Kalau tak request, diaorang akan masak yang memang pedas kaw-kaw punya.

 ikan goreng, ikan apa ntah aku lupa, hihi.
tapi sedap.

 sayur kailan

Lepas makan, kami meneruskan perjalanan yang memakan masa selama 3 jam untuk sampai ke Krabi.


air botol kat sana besarrr

4 keping gambar dibawah yang aku snap dari dalam kereta aje. 





Ini susu segar cap beruang. Tinnya kecik comel macam tin ikan tuna mayonis. Rasanya sedap. 

Kami sampai ke Krabi lewat petang.

Next entry, aku sambung episod 2 kisah di Krabi.




16 comments:

Dr Singa said...

hehehheee!!
rasa macan tak percaya je hari tu bila terserempak kat ERL hari tu!!
en abdul saya sungguh kagum kan korang sebab berjalan bawak budak kecik berstroller !!

suka.. suka..
gambar bertambah besar-besar sekarang!!

Julie Shahril said...

Kakizat: tak takpe! saya pun tak caya, dari jauh nampak akak..dalam hati terdetik, macam aku kenal dia ni, rupanya akakkkk!

penat jejalan bawak budak kecik, tapi sebab suka berjln, angkut jelah dia dgn stroller. Nanti bulan 11..akak tgk lah macam mne kitaorg berangkut stroller lagi eh...hehe

Time Traveller said...

Percuma internet untuk 7 hari.. memang terbaik la huhuhuu :D

Menarik la journey ni.. boleh la try nanti.. tunggu habiskan semua entry untuk trip ni dulu nak baca huhu :D

http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/sehari-di-kawasan-pendalaman-termeloh.html

Julie Shahril said...

TT: yes percuma 7 hari, penting tu internet nk upload gmba..hihi. saya suka journey mcm ni, tapi letih bwk anak, tak dpt nak menikmati sgt alam sekeliling, tp tetap enjoy.

t.a.t.a said...

Sempoi aje KFC depa tu. Hahaha. Ada macam tu di Mesia, memang kena kutuk. Siap masuk paper lagi tu.

Julie Shahril said...

tata: pengurusan kfc kat sana tak kesah psl penampilan kedai kot..kalo kat sini sure org tak masuk sbb x konfiden

wan norulkhamisa said...

kak, tgk peta akk lukis tu , rase mengah plk...jauhnye perjalanan kan...(cik abg ckp, kidy sll post gmbr thailand kat wechat, lps ni nk g thailand leh la tanye kidy, berangan n ckp aje, nk g langkawi tgk tmpt abg kidy pun x lepas)..hehe

Budak Letrik said...

Layan makan kat Pak Bara !
Btw asam pedas tu nampak menarik !

Unknown said...

Berapa harga dari satun ke krabi

Unknown said...

Berapa harga dari satun ke krabi

Shidakhafiz said...

Ada no fon driver

Shidakhafiz said...

Sis..klu dr langkawi nk ke Satun naik fery kat mana... jeti langkawi atau jeti pearl harbour...

Shidakhafiz said...

Sis..klu dr langkawi nk ke Satun naik fery kat mana... jeti langkawi atau jeti pearl harbour...

Shidakhafiz said...

Ada no fon driver

Unknown said...

Ada tak no fon driver tu?

Masz Mohamed said...

Masih ada simpan no fon driver tak? emelkan pada saya kalau ada (mazsher@gmail.com). tq