Tuesday, August 5, 2014

boikot




Isu boikot produk Israel adalah hak individu. Ada orang yang memang pukul canang 1 malaya bahawa dia boikot barang itu, barang ini, dan sama-sama mengajak orang lain pun boikot bersama-sama. Itu tak kisah lah.

Tapi, ada orang yang terlalu obses sehingga memandang sinis bila nampak orang lain makan Mc.D, snap gambar dan upload dalam facebook, mengutuk mengata bagai. Dia lupa ke facebook tu pun milik Mark Zuckerberg yang berketurunan Yahudi, cuma aku kurang pasti lah facebook ada hantar dana pada negara Israel ke tak.

Ada juga yang obses, terus buang segala minuman dan makanan, barang mekap yang datangnya dari produk Yahudi atas alasan nak boikot.

Bukan macam tu caranya.

Yang mana dah terbeli tu, habiskan aje, tak perlu nak buang. Membazir itu kan amalan syaiton. Lepas tu jangan beli lagi. Kalau dulu-dulu pakai mekap Mac, tukar aje kepada SimplySiti, atau Rona Sutra atau Sendayu Tinggi.

Boikot ikut kemampuan, bukan ikut perasaan. Terlalu banyak produk Yahudi yang kita dah telan dari kecik, tepek kat muka, pakai di badan. Memang terlalu banyak sampai tak terboikot rasanya. Jadi, kita boikot ikut kemampuan dan produk yang mana paling besar sumbangannya kepada Israel. At least...kita cuba, kita boikot juga walau bukan semua. Kalau dapat boikot semua lagi bagus, alhamdulillah.

Masa ni lah aku rasa kita boleh follow saranan Tun M mengenai dasar pandang ke Timur, dan barangan buatan Malaysia. Tapi barangan buatan Malaysia jangan lah jual melampau-lampau mahalnya, contohnya kereta buatan kita sendiri, macam tak berbaloi harga dengan kualiti. Nak suruh orang support produk sendiri, kena lah jaga kualiti, baru orang puas hati...kan,kan.






3 comments:

SuzieLAWAti said...

kan..kan..kan...

ko nak kopi tak... ade bawak ni..?!

Izwa Kamaruddin said...

betul.

SalbiahM said...

hehe..betul tu julie, setuju sangat..yang penting jangan rasa diri tu lebih hebat sebab boikot lagi banyak dari orang lain.sama-sama spread awareness dan berdoa, tu lagi baik