Perjalanan pertama tahun 2015, Langkawi-Hatyai. Tahun lepas dah pergi, tahun ni pergi lagi. Tahun lepas pergi semata-mata nak jalan-jalan, tapi tahun ni pergi bukan nak jalan-jalan sangat, tapi ada urusan lain sebenarnya. Urusan masa depan.
Unplanned. Dapat panggilan suruh pergi Langkawi. Buat kira-kira kos perjalanan dulu. Check tiket MAS. Airasia mahal pada tarikh kami nak pergi tu. Maka kami ke sana pada hari khamis, 12.02.2015.
Di Langkawi kami stay rumah kawan, jimat. Lepas tu mereka ajak ke Hatyai sebab kebetulan memang mereka nak pergi Hatyai ada urusan, jadi kami pun setuju lah. Passport dah siap-siap bawak. Dua hari satu malam saja di Hatyai.
Di Langkawi, ada muzium seni baru bukak, baru saja di rasmikan oleh Tun M haritu. Apa lagi, aku memang dah cakap awal-awal dengan husband, aku nak pergi muzium tu. Mesti pegi.
Langkawi Interactive 3D Art Museum. Ini lah muzium yang dimaksudkan. Muzium 3D terbesar di asia, dan kedua terbesar di dunia.
Tiket masuk: rm30 (dewasa), rm20 (kanak-kanak dan senior citizen yang berusia 60 tahun ke atas).
Orang yang suka lukisan dan seni akan enjoy masuk dalam muzium ni. Aku suka!
Muzium ini terletak di Oriental Village (dekat cable car tu), mempunyai keluasan ruang hampir 2000 meter persegi didalam bangunan 3 tingkat. Muzium ini dibahagikan kepada 9 zon:
- Optical illusion zone
- Aquarium zone
- Safari zone
- Interactive 1 and 2 zone
- Fantacy zone
- Classic zone
- Egyptian theme zone
- Ancient palace zone
- Malaysia zone
Optical illusion zone
Di zon ni aku tak banyak amek gambar. Masuk aje pintu muzium memang terus jumpa gambar-gambar monalisa ni. Mereka lukis gambar monalisa dengan teknik dot dan line saja, tapi awesome. Sangat kreatif.
Aquarium zone
Safari zone
Interactive 1 and 2 zone
Fantacy dan Classic zone
Egyptian theme and Ancient palace zone
tu dia...
bos kecik keletihan berlari...baring minum susu kejap yer..
Dalam muzium ni semua pelawat kena bukak selipar/kasut. Jadi lantainya memang terjaga bersih. Kita boleh menghayati semua lukisan berapa lama pun kat dalam ni, takde had masa.
Malaysia zone
Masa aku datang orang tak ramai, jadi memang seronok nak amek gambar. Cuma si kecik tu aje yang buat perangai, mak bapak dia nak posing pun takde feel, hahaa.
Semua gambar aku snap menggunakan iphone aje, malas la nak usung kamera.
Nanti sambung cerita di Hatyai pula.
2 comments:
Salam. Hee guna iphone cap aiyam pon gmbr dh chantek. mengkagumkann.
lalat: kagum kannn....hebattt...kahkahkah
Post a Comment