Wednesday, April 8, 2015

cacar air

Aku kembali dengan wajah baru. Wajah penuh parut! Hahahaaa....best kan.

2 minggu aku terbelenggu dalam rumah gara-gara virus chicken pox di mana tok dalangnya yang asal ialah anak aku sendiri, Zhareef. Dia lah mula-mula yang kena penyakit berjangkit ini. Lepas tu berjangkit pada aku, lepas tu husband aku, dan yang terakhir menerima nasib malang ialah adik ipar aku. Hikhikhik.

Nak tergelak aku baca ayat adik ipar aku dengan penuh bangga:

"Antibodi keluarga kita kuat, mesti tak berjangkit"

Aku nak gelak guling-guling. Akhirnya dia pasrah bila disuatu hari dapat wassap group family mengatakan ada beberapa biji bintik-bintik merah di badannya. Wakakakaaa....aku dan husband gelak jahat.

Ok sekarang adalah masa untuk memikirkan bagaimana nak hilangkan parut-parut yang melekat di muka dan badan ni...nak mengembalikan semula wajah jelitaku ini...miahaaahahaaa.


Tapi untungnya adik ipar aku dia dapat ubat ni dari doktor di hospital. Aku tanya doktor di klinik Putrajaya pasal ubat ni, doktor kata di sini takde ubat ni sebab mahal. What? Ok fine.

Oleh kerana adik ipar aku dapat ubat ni, maka dia tak lah kena teruk sangat sebab ubat ini berfungsi untuk mematikan virus-virus dalam badan. Apa tak matinya kalau sekali makan dah 4 biji, 5 kali sehari pulak tu. 20 biji sehari....kalau tak mati jugak virus aku tak tau lah.

Sengsara rupanya kena chicken pox nih.




6 comments:

Gerb said...

AKu kena chicken pox masa umur 17. Dekat nak trial SPM masa tu. Lepas aku kena ramai berjangkit sampai ada yg kena jawap periksa kat asrama. Sampai sekarang aku rasa puncanya sebab parut belum kering aku dah balik asrama. Hihihi

Julie Shahril said...

miza: parut blom kering mmg bole jangkit...aku jumpe doktor dlu sblm msuk keje hari ni, doktor kata dah bole keje...maknanya aku dah baik la tu.

cinta said...

Baru hari ni tau chicken pox ada ubat. Ilmu baru ni.

Julie Shahril said...

siti: a'ah ada tapi susah nak dpt, kita anak beranak bertahan tanpa ubat pon

Dr Singa said...

apesalllaaaa depa tak bagi ubat tu!!
akak mesti akan bagi..

cakap la kat depa dulu .. mahal sikit ubat ni..
karang terkejut lak..

Julie Shahril said...

kakizat: ntah la kak...kitaorg bertahan x mkn ubat pon, doktor just bg panadol ngn ubat tahan gatak jek..ermmm