Tuesday, June 23, 2015

Online games : COC

Aku dah lama pencen daripada bermain game-game online. Dulu aku gila main farmville, masa tu zaman kegemilangan farmville di facebook. Kegilaan bermain game online dizaman belum matang dulu memang menyeronokkan, sampai aku sanggup bagi password facebook aku pada kawan yang boleh dipercayai sebab nak mintak tolong dia petikkan segala tanaman aku, kalau lambat petik nanti tanaman busuk, rugi la.

Ok, zaman tu dah berlalu.

Sekarang zaman COC (Clash of Clans).

Aku tak tau apa benda kisah game ini tapi menurut adik aku yang salah seorang peminat tegar COC berkata game ini game pasal perang-perang.


Tahap dasyat pemain-pemain COC ni lagi teruk dari main farmville. Sepupu aku cerita, housemate dia tiba-tiba bangun pukul 3 pagi, ketuk pintu bilik kawan dia, kawan dia bangun dengan mata kuyu mamai dan blur.

"Serang sekaranggggg" kata housemate sepupu aku kepada kawannya.

What?

Dia maksudkan, bukak COC sekarang dan serang, musuh sedang attack diaorang.

Pukul 3 pagi???

Ya.

Kenapa pukul 3 pagi?

Sebab game ini dimainkan secara online di seluruh dunia dari pelbagai negara. Jadi, kalau negara lain yang zon masanya berbeza dengan zon masa di Malaysia, tak kira lah pukul berapa pun, kau kena serang balas pihak musuh tu semula.

Dan adik aku kata lagi, paling best serang musuh dari Israel....seronok gila menyerang!

Adoilaaaaa.....COC punya pasal, pukul 3 pagi pintu bilik kau kena ketuk sebab nak menyerang.

Naib baik adik bongsu aku yang bakal ambil SPM tahun ni tak gila main COC, kalau tak teruk dia kena ceramah dengan aku.

7 comments:

cinta said...

Kot bangun qiam kan free-free dpt pahala lebih kan kan kan..

Esok ada anak elok ni dah berlatih bangun malam buat susu. haha.

Dr K said...

game yg viral yg pernah saya main, ialah candy crush.. tu pun xde la nak addicted...main sekadar nak isi masa lapang ja masa tunggu makanan kat kedai..or tengah berak ( pernah la sekali dua)..hahaha

Gerb said...

Aku tau COC ni sebab adik aku tah macam mana sebut perkataan COC. Then aku tanya apa tu? Dia kata clash of clan. Apa tu?Game mcm farmville .Tak penah terjebak main game. Game aku terjebak dulu2 is SIM

Julie Shahril said...

siti: dah mmg takde alasan tak bole bangun kalo ada anak nanti, mmg kena sembur la ngn bini jwbnya...hahaha

Julie Shahril said...

DZ: dulu penah try2 main candy crush, masa tu org lain dh rmai main, kita baru nk terkial2, pastu stop...nanti dapur tak berasap, anak lintang pukang la jwbnya..hihi

Julie Shahril said...

miza: mostly yg suka game ni budak lelaki, no wonder la adik2 lelaki kita smua suka.

Unknown said...

If you wanna Clash of Clans advantage for your clan go to http://maxclashgems.com - you receive free C-o-C gems instantly! Best clans use this!! (LRFFtru76T)