Terjah pegi Melaka. Decide petang dalam pukul 6, lalu jalan dalam, hambek kau...sampai Melaka pukul 9 malam. Nak sangat lalu jalan dalam kan. Adventure la kononnya.
Pegi dinner dulu. Lepas tu terus cari Jonker Walk (Malay: Persiaran Jonker). Nak merasai macam mana Melaka pada waktu malam. Dan nak tau....Jonker Walk tu macam mana, jual apa, apa ada kat sekelilingnya.
Dengar kata Jonker Walk adalah syurga bagi penggemar barang-barang antik. Memang aku ada nampak banyak kedai menjual barang antik, tapi aku tak masuk pun. Di sekeliling persiaran ini masih berdiri teguh bangunan lama yang berusia beratus tahun, masih utuh dan unik.
ini lah Jonker Walk atau Jonker Street
macam pasar malam, atau macam uptown
kopitiam
mostly disini semua peniaga cina..
salah sebuah kedai antik yang ada di sini
fridge magnet
aku berjalan sambil mendongak sebab suka tengok bangunan-bangunan lama disini..
cantik!
terompah buatan tangan, masih ada lagi
Aku tak pasti ini kedai jual apa, tapi design kedai ini unik, bercirikan baba nyonya. Di deretan kedai-kedai disini terdapat galeri lukisan, kedai kraftangan, kedai antik, rumah tumpangan dan restoran yang masih mengekalkan keaslian rekabentuknya.
Semasa aku berjalan seolah-olah aku telah kembali ke zaman dulu-dulu.
kedai ni macam pub...ada orang nyanyi-nyanyi, ala-ala live band..
ada pompuan melayu nyanyi...sedap juga suaranya..
mat saleh suka la lepak kedai macam ni..
dan aku secara tak sengaja terjumpa....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
makam Hang Kasturi!
Aku sedang jalan-jalan, nampak sorang pompuan ni amek gambar ke arah ini, aku tengok lah apa benda yang dia syok sangat amek gambar....rupanya ada makam disitu. Makam Hang Kasturi.
Aku macam tak percaya di tengah-tengah kesibukan Jonker Walk ada makam pahlawan disitu. Tapi tak boleh masuk. Ada sekumpulan budak lelaki cuba-cuba nak buka pintu pagar tu, tapi tak boleh. Dikunci!
Aku hulurkan telefon dari celah-celah pintu pagar untuk snap sekeping dua gambar makamnya. Ok, sekarang aku dah tau dimana makam Hang Kasturi, terjumpa secara tak sengaja. Aku ada dapat info makam Hang Jebat berada di bandar Melaka, next time aku cari.
kawasan luar makam, macam cantik pulak dengan lampu-lampu
Siapa peminat kumpul gambar-gambar lama, disini ada jual..gambar-gambar rare zaman penjajah Belanda, gambar keadaan Melaka beratus tahun dahulu..
persoalan: siapa yang amek gambar ini? dan kamera jenis apa yang dia guna? hikhikhik
ini aiskrim pasu, yang katanya pencetus asal idea memulakan perniagaan aiskrim ini adalah di Jonker Walk...entah betul entah tidak.
nama jalan dah jumpa, agak-agak makam nya dimana?
nak jugak bergambar depan Hard Rock Cafe
Muara sungai Melaka...
dahulunya tempat pelabuhan dan perdagangan terkenal..,sekarang dah jadi tempat orang ramai bersantai sambil tengok bot lalu lalang..
best lepak sini..
sejarah muara sungai melaka
tak sah tak masukkan gambar beca warna warni...
budak kecik tu excited tengok beca...hahaha
Dah malam dah...moh la kita balik. Balik lalu highway plus, ngeri mak nak lalu jalan dalam malam-malam buta. Sampai rumah pukul 2.30 pagi. Hambek kau.
Nak sangat tengok Melaka waktu malam, hahaha.
3 comments:
wow!!
" kerja gila" macam ni macam best..saya nak try la...petang2 dari Shah Alam, turun ke Melaka semata mata nak gi tgk Jonker Walk ( yg saya mmg tak pernah sampai)....dan balik semula, malam yg sama! hahahaha
DZ: ini husband saya punya idea,dia yg tetiba ajak gi melaka,saya layan je...tapi tak puas sbb sekejap sgt. next time kalo pegi nak lepak lama sket kat muara sungai tu, mlm2 best.lagi best kalo dpt naik bot.
Hi, I am a final year student of Town and Regional Planning course from University of Technology Malaysia Johor Bahru (UTMJB). I’m doing a research about Jonker Walk Melaka. I would like to ask a favor from you on completing this survey for my final year project.
Your support and cooperation are most appreciated. Thank you very much for your precious time. All information provided is confidential and is used only for research purposes.
https://goo.gl/forms/jMBiNGDag2uKpodG2
Post a Comment