Aku suka mendesign photobook, tapi malas tang nak pilih gambar. Kalau rajin aku edit sikit gambar tu, kalau malas aku tak edit pun. Aku rasa dengan cara membeli voucher photobook dari Groupon lebih jimat. Cuma antara rajin dengan tak rajin je nak design sendiri. Setakat hari ini aku dah ada 4 buah photobook.
2nd photobook from Uprint, Karangkraf.
and my 3rd photobook from Photobook Malaysia
Aku puas hati dengan kualiti kertas dan warna untuk semua photobook yang aku tempah. Servicenya cepat, tak perlu aku tunggu lama.
Aku suka photobook sebab ianya boleh menyimpan banyak memori dan yang penting, aku boleh design sendiri mengikut citarasa aku serta harganya murah sebab beli dengan Groupon. Aku boleh simpan lama photobook ni untuk tatapan sendiri serta anak cucu aku nanti. Kalau ada sedara mara datang pun senang nak tunjuk.
Aku ada beli voucher photobook ke-4....hehehe...tapi belum start design lagi.



