Showing posts with label hometown. Show all posts
Showing posts with label hometown. Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

Istana Flinstones - Sekakap, Mersing

Aku amek cuti straight seminggu sempena raya haji dan hari Malaysia. Masa dihabiskan di kampung, kebetulan adik ipar bertunang 17.09.2016. So alang-alang cuti teruslah seminggu.

Masa yang ada, menjelajah di kawasan sekitar Mersing. Teringat pasal Istana Flinstones yang orang selalu gembar gemburkan, milik Tuanku Sultan Johor. Lokasinya di Kem Iskandar, Sekakap, Mersing. Kalau naik kereta dari bandar Mersing dalam 10 minit je. Tapi aku dari Endau...so amek masa dalam 45 minit untuk sampai. Drive pun santai-santai.

Kawasan pembinaannya luas, masih banyak yang belum siap. Masa aku sampai, cuaca panas terik. Aku berhenti betul-betul depan pintu masuk, ada pekerja disitu. Oleh kerana ini istana sultan, kena lah mintak izin baik-baik untuk ambil gambar. Aku diberi keizinan tapi tak boleh lama-lama, kena pantas.

Masa berdezup-dezup lah menangkap gambar macam lipas kudung.

 tiang-tiang konkrit terpacak menyukarkan pandangan mata untuk melihat istana flinstones, tapi aku skodeng juga lah segagahnya

 hasil zoom, jadi lah daripada takde

pintu gerbang..
nampak tak pakcik yang berdiri terpacak tu...dia lah yang suruh aku amek gambar cepat-cepat


Then, meronda-ronda disepanjang jalan di Sekakap, lalu tepi sungai, nampak pulak air sungai yang saaaangat ohsem. Cantiknya warna hijau turqoise. Berhenti kereta, turun, berdezup lagi ambil gambar. 

Bukan senang nak tengok warna air sungai ohsem macam ni di Mersing. Dulu-dulu aku pernah melepak kat sungai ni tapi warna airnya tak secantik ini. Rugi kalau tak mengabadikan keindahan ini dalam sekeping gambar.

 panorama view

panorama view


Lepas ni kalau datang sini lagi belum tentu warna air sungai secantik ini.



Tuesday, August 4, 2015

Sawah padi Kg.Semaloi

Sawah padi di Kg.Semaloi, Endau.

Masa duduk Perlis dulu selalu tengok sawah, tapi sawah di kampung sendiri tak pernah nak ambil tahu. Jadi, dah alang-alang cuti lama, jom lah jalan-jalan tengok sawah, bawak Zhareef berkenalan dengan pokok yang menghasilkan padi ni.

sawah hijau terbentang luas, niat hati nak jalan sampai ke tengah sawah, tapi tak payah lah. Nanti kang Zhareef tak nak balik pulak...hahaa

haa...tu, muka dah start nak excited..
dia panaskan enjin dulu..

pastu bapak dia memperkenalkan dia dengan tali air..
makin panas la enjin turbo tu..

jeng...jeng...jeng...
ok, dia dah masuk dalam tu..
budak ni kalau nampak air memang hidup nyawa...kalau ada ikan lagi bertambah nyawanya

 tengok apa dia buat tu..
mak dia yang risau takut dia jatuh...
dia...selamba jek muka..
 lepak kat tali air..
main baling-baling batu

 melawat ke kampung sebelah...
uihh...ada pokok durian la...
buah durian meluyut-luyut macam memanggil-manggil je..

dia cuba menahan gelora dihati apabila melihat air..

 lepas tu mengeteh sekejap..
dan makan sup ekor sambil mengadap laut

gambar kucing ni Zhareef yang snap..aku dah wariskan kamera Canon G12 tu kat dia


Monday, August 3, 2015

Pokok kelapa

Obses aku sekarang...

Ambil gambar pokok kelapa.

Kenapa?

Sebab aku rasa pokok kelapa cantik dalam gambar.






 

Wednesday, March 18, 2015

family day 2015

Sabtu lepas, 14.03.15 - 16.03.15 akhirnya berlangsung lah acara family day yang sekian lama kami rancangkan. Plan nak buat family day ni dah lama jadi bualan dalam whatsApp group family aku, dari tahun lepas lagi. Tapi bualan hanya sekadar bualan sebab takde siapa nak mulakan dulu.

Sebenarnya plan asal nak buat di Fraser Hills, tapi ramai sangat yang membantah dengan alasan jauh, takde transport dan banyak kos membuatkan lokasinya berubah. Suara ramai nak buat di kampung saja, dengan harapan kos tak banyak. Tapi aku rasa kosnya sama je. Lagi penat ada la.

Cari punya cari, selidik punya selidik, bertekak, bergaduh, tak sependapat...akhirnya kami semua book sebuah resort baru di Penyabong, namanya Penyabong Warisan Resort. Lega. Dah setel satu masalah.

Masalah seterusnya.....makan dan aktiviti di sepanjang family day 3 hari 2 malam tu nanti.



Resort ini baru saja dibuka setelah agak lama proses pembinaannya tertangguh. Facilities di sini banyak yang belum siap, tapi sudah dibuka untuk orang ramai. In sha Allah, akan datang akan lebih baik lah keadaannya nanti. Walau apa pun, resort ni mempunyai view yang cantik walaupun panas berdenting.




Di resort ini ada mini tasik yang mana tuan tanah kedaung sediakan sampan untuk kita buat aktiviti. Tak perlu bayar, free aje. Kau dayung lah sampan tu dari pagi sampai subuh esok, free je dik.

Dan aku pun fefeeling romantik lah konon-kononnya berdayung sampan berdua-duaan dengan encik suami. Oh ya, lupa pulak...Zhareef tak join family day sebab dia kena chicken pox. Kesian dia kena tinggal dengan tokmak dan tokbak. Sorry sangat-sangat sayang...mama terpaksa tinggal awak kat rumah, lain kali mama bawak awak jalan-jalan lagi ok.

 jernih kan air mini tasik ni..

Selain dari sewa resort, ada juga ahli keluarga kami yang nak tidur dalam khemah. Sebenarnya kalau nak ikut peraturan, memang tak boleh pasang khemah sebab di sini takde camp site, tapi atas budi bicara tuan tanah kedaung, dia izinkan. Terima kasih tuan tanah.


Sekarang, cerita pasal makan pulak. Bincang punya bincang, pong pang pong pang dalam WhatsApp group family, kita masak sama-sama bihun goreng, ikan goreng, mee hailam, rojak buah, ayam masak kicap dan sayur kobis goreng.

Dan kami buat juga barbeque bersama-sama.

Gambar bihun goreng, sayur goreng dan mee hailam tak snap.

 rojak buah with home made petis, sedap.

 ikan goreng

 ayam masak kicap

 hari pertama belah malam, kami buat barbeque


Habis bab makan.

Sekarang, cerita bab aktiviti sukaneka pulak. Aktiviti ini dirancangkan oleh ahli jemaah menteri yang terdiri daripada aku dan 2 orang sepupu aku iaitu Deknor dan Aja.

Antara aktiviti yang dirancang ialah:

1. Makan epal sambil tutup mata dan tangan di belakang

 2. Bowling kelapa

 3. Cari gula dalam tepung

 4. Tiup belon sampai pecah

 5. Bawa bola dalam sudu

 6. Berebut kerusi

 7. Semakin jauh semakin sayang
8. Kotak beracun (aku tak join sebab ada hal yang tak dapat dielakkan)

Sebelum pertandingan dimulakan, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Tujuan pembahagian kumpulan adalah untuk memastikan semua ahli keluarga join, takde yang tipu-tipu tidur dalam bilik, atau merayap ke tempat lain. Semua wajib join. Dah kata family day, kena lah semua join untuk merapatkan tali silaturrahim.

Tu diaaaa....barisan pejuang-pejuang di medan pertempuran pertandingan makan epal. Family day kali ni siap buat t-shirt bagai.

Pada aku, acara paling best dan seronok ialah acara sukaneka ni lah. Semua bergelak ketawa. Best gila. Kalau takde sukaneka, memang agak hambar lah family day ni.


Belah malam, kami buat pertandingan karaoke. Sapa rasa suara sedap tu masuk lah.

 para juri yang adil lagi bijaksana

tu dia....husband aku rasa suara dia sedap, siap pakai seluar bunga-bunga hawai lagi....hehehe


"aku tak join family day.....ada aku kesahhhhh"

Kesian Zhareef muka dah comot kena chicken pox. Last day aku bawak dia sekejap ke Penyabong. Sebenarnya aku book resort juga, tapi sebab budak debab ni sakit, aku cancel tidur resort, tidur kat rumah aje. Mana boleh tinggalkan budak comel ni malam-malam. Tu pun dia dah merajuk sakan aku tinggalkan dia waktu siang. Susah nak pujuk budak ni tau.

.
.
.

Selesai sudah family day kami yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Penyabong Warisan Resort. Walau pun panas berdenting, bertekak, bergaduh, anak aku tak sihat, banyak ragam, banyak kerenah, suka duka, tangis ketawa.....akhirnya Allah makbulkan juga apa yang kami rancangkan sekian lama. Alhamdulillah.

Semoga ikatan kekeluargaan ini akan terus kekal selamanya. Jangan serik join lagi yer....


Last but not least....family photo

Tuesday, February 24, 2015

4 hari punya aktiviti

Cuti Chinese New Year aku balik kampung. Aktiviti memang padat sebab ada sedara kawen dan bertunang. Biasa lah...masa cuti panjang macam ni lah ramai orang mendirikan masjid.

Bermula dengan anak saudara sepupu kawen. Tema warna adalah hijau-pink. Aku pada mulanya macam pelik dengan tema hijau-pink, tapi layankan aje lah. Nasib baik aku dah ada baju hijau dan tudung pink, so pakai mana yang ada, jimat.

Ini lah pengantinnya, muda lagi, awal 20-an. Dah jodoh kan. Harap-harap tabah mengharungi kehidupan alam rumahtangga. Kawen memang senang dik, nak hadap kehidupan selepas kawen tu yang susah. Akak cuma nasihat...hehehe. Semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.

Siap ada kompang silat bagai. Dah lama aku tak tengok benda-benda ni semua. Seronok juga.

 Bersanding di pelamin.
baju pengapit lelaki tu spoil la...takde baju melayu ke dik? adoi laaa


Esoknya pula, sepupu aku pulak bertunang. Sepupu aku tu lelaki, perempuan yang pinang dia, bukan dia yang pinang perempuan. Haaa...ko ado?

 ahli jemaah menteri bersidang nak tentukan berapa lama bertunang, berapa wang hantaran, bla,bla,bla....


Sebagai anak yang mengikut kata mak bapak (hahahahaaa), maka bertunang lah sepupu aku itu dengan jayanya. Takpe...bercinta selepas nikah lebih afdhooool. Ini lah jodoh ketentuan Allah, dan mungkin ini lah yang terbaik untuk kau wahai sepupuku.

Selamat bertunang dan harap-harap ikatan ini kekal hingga ke perkahwinan.

 ini dia tunang sepupu aku tu...siap dengan dayang-dayang bagai.
meriah sungguh majlisnya.
makanan pun sedap-sedap nokkk...

Ini pulak majlis aqiqah dan cukur jambul Pak Alang (belah husband aku). Senak perut aku asik makan je cik bedah oi...nak buat macam mana, rezeki Allah. Gambar majlisnya takde, jadi aku letak lah gambar si kenit ni.

Muka kenit ni dah gelap sebab asik berjemur. Kemain lagi kan...dia bermaharajalela menggelapkan kulitnya di tengah panas terik.


Kami balik KL hari ahad, dan kena jem maha dasyat di Kuala Pilah...hahaha....2 jam setengah melanguk dalam kereta. Kematu punggung. Nasib baik ada bekalan makanan dan minuman yang mak mertua aku tapaukan.

Semasa di kampung sempat buat perbincangan dengan ahli jemaah majlis family day bulan Mac nanti. Bincang pasal makan, aktiviti dan baju. 

Fuhh..penat tapi gemuk. Sebabnya...balik kampung memang sah-sah diet ke laut. Rugi nok diet kat kampung.