Showing posts with label outdoor activity. Show all posts
Showing posts with label outdoor activity. Show all posts

Friday, August 9, 2019

Petani

Dulu masa sekolah, kita wajib akan ditanya, bila dah besar nak jadi apa?

Doktor?
Engineer?
Pilot?
Cikgu?

How about farmer?

Mesti tak ada sorang pun yang jawab....saya nak jadi petani cikgu! Nak tanam sayur!

Mesti kena bantai gelak ramai-ramai dengan kawan, kawan pulak spesis biawak suka menganjing, haha.

Bila dah mencecah diusia sekarang (masih muda, ehemm) aku rasa macam seronok pulak bermain dengan alam. Korek tanah, cabut rumput, tangkap ikan. Tak stress langsung, malahan ianya release stress. Maka benarlah, yang menyebabkan kemurungan pada diri kita adalah kerana manusia itu sendiri. Tanah, pokok dan alam tak pernah menyebabkan manusia stress. Dunia ni pun stress dengan perangai manusia...global warming, bukit kena tarah, hutan kena tebang, pembakaran hutan, etc.

Sebab itu aku rasa macam nak jadi petani. Sound funny? sound weird?

It's ok. Hidup ini tak perlu nak fikir apa orang lain akan kata. Kita buat apa yang kita suka. Selagi tak melanggar hukum agama dan negara, kita teruskan. Yang penting hati kita rasa seronok.





Tapi, bekerja dengan alam ni kotor sikit lah. Berpeluh dan berdaki. Bau badan hangit semacam. Muka berminyak berkilau, kulit terbakar dengan panahan matahari.

Penat memang penat tapi aku tak mengeluh sebab aku suka. Berbeza dengan kerja dalam office sejuk berhawa dingin, bermekap berbedak berlipstik mengadap kertas kerja, mengadap bos dan perangai manusia yang annoying. Rimas. Kerja selesa sejuk tak berpanas, tapi keseronokan tu tak ada. Hanya kerja sebab nakkan gaji, hahaha. Pengakuan ikhlas lagi eksklusif.



Sekarang ni aku hadkan aktiviti anak aku dengan gajet. Tak elok lah ajar anak mengadap handphone je, sekali sekala tak apa. Kalau tak dedahkan langsung teknologi terkini pada anak, tak boleh jugak, takut nanti ketinggalan. Cuma, hadkan. Ada batas.

Nasib baik anak aku jenis sukakan binatang, suka air, suka dengan aktiviti dikebun. Diaorang enjoy bermain dengan ikan. Jumpa siput, main dengan siput. Jumpa belalang, main dengan belalang. Masa weekend aku banyak dihabiskan dikebun.




Rumah aku jenis apartment, jadi memang tak ada ruang nak bercucuk tanam. Nasib baik ada tanah kebun sekangkang kera ni. This place is my playground. Kalau lepas hujan, duduk diam-diam, akan dengar bunyi burung berkicau, bunyi cengkerik. Very calm. Bunyi alam adalah sangat menenangkan.



No high heel. Inilah kasut aku. Selesa. Kalis air, dan yang penting kalis pacat. Kalau kaki termasuk sikit dalam air, jangan terperanjat kalau ada pacat melekat kat kaki. Kolam ikan aku ni ada pacat yer. Sebab tu aku pakai boot ni. Safety is very important, hehe.

Dan juga kalis sunburn! Kalau pakai selipar je kat kebun ni alamatnya hitam la kaki terbakar.


Zhareef pun pakai boot aku, longgar sikit. Tak lama lagi sama lah saiz kaki kami


 So, nak tanam pokok apa? Ada timun, peria, petola, kacang botol, terung, asparagus


 Aku dan husband ajar Zhareef tanam pokok


 Dia pun berminat kerja-kerja hands on macam ni. Bagi arahan dan terus buat.

 Dua beradik ni memang suka sangat lah tanam pokok, sebabnya dapat main pasir

 Dari main ipad, baik tanam pokok kan abang...


 Ini lah hasil selepas beberapa hari benih dituai oleh Zhareef.
Ini pokok kacang panjang


 Green hand jugak dia ni, tanam pokok menjadi.


Happy tengok anak pokok hasil tuaian dia




Thursday, April 25, 2019

Berkebun - tanam rumput


Dulu aku pernah cerita pasal husband aku beli tanah di Mambau, Negeri Sembilan. Tanah 0.5 ekar je, tanah yang dah siap ada kolam. Tuan tanah asal dulu memang dah lama biarkan tanah ni sampai dah jadi hutan.





Ini lah dia rupa asal tanah dan kolam yang sedia ada. Dikelilingi oleh semak samun dan rumput liar.


Masa ni keadaan tanah dah ok sikit. Sebenarnya masa ni husband aku dah upah orang ratakan tanah, lepas tu lama juga tanah ni terbiar semula, kekangan masa sebenarnya. Berbulan jugak lah biarkan tanah sampai tumbuh semula rumput dan lalang.



Then, panggil semula orang upah tambak dan ratakan tanah, pasang pagar dan bersihkan kawasan kolam. Dalam kolam tu ada ikan talapia, haruan, belida, sepat siam....belut pun ada.


Ini ikan talapia hitam yang sedia ada dalam kolam. Kitaorang dah makan, ok tak hanyir. Maksud aku tak hanyir itu adalah selepas dicuci dan direndam sekejap dalam air asam jawa + tepung gandum. Ada setengah ikan talapia hitam yang husband aku mancing, rendam lama pon masih hanyir.

Oh ya, ada orang bagi tips kat aku, rendam ikan air tawar dengan asam jawa + tepung gandum. Kalau ada limau kasturi ke, limau nipis ke atau lemon, boleh jugak perah campur sekali untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Nak masak ikan air tawar ni renyah sebab kena rendam merendam.



  Kebun yang belum tanam apa-apa pokok


Haritu pergi jalan pasar. Husband aku beli 135 ekor anak ikan talapia merah untuk dilepaskan dalam kolam. Tak tau la berapa ekor yang berjaya hidup.


 Ni masa nak lepaskan anak ikan talapia ke dalam kolam
 

 Tenang dan damai je kat sini, tapi panas ya ampun...kena pakai sunblock tebal-tebal yer, kalau tak terbakor kulit hangus



Aktiviti seterusnya, pergi cari kebun rumput. Kitaorang beli rumput untuk ditanam ditanah yang nak jadikan kebun. Bukan setakat kebun, ada projek lain yang sedang kami rancangkan. In shaa Allah.



Macam ni rupanya cara rumput dipotong dan digulung. Macam cantik pulak aku tengok gulungan-gulungan rumput tu.

Untuk makluman, rumput yang aku beli ni jenis Cow Grass, alaa..macam rumput kat padang sekolah tu, kategori rumput paling murah.

Harga: 50 sen/sq ft




 Berat ok nak angkat segulung rumput ni, tanah tu yang membuatkan rumput jadi berat.



 Penuh 1 bonet kereta angkut rumput. Duduk dalam kereta memang bau tanah




Sebelum tanam rumput, kena buang dulu segala mak nenek lalang dan rumput-rumput liar yang tumbuh merata, lepas tu kena gemburkan tanah. Kalau nak jimat, potong-potong rumput tu kecik-kecik, susun jarak yang agak-agak ok la, tak rapat sangat, tak jauh sangat. Dah letak rumput atas tanah yang dah digemburkan tu, siram sikit dengan air supaya rumput melekat elok dan segar.

Bahagian yang takde rumput tu jangan risau, nanti rumput tu akan membiak sendiri dan menutupi semua bahagian tanah. Kalau misalkata ada rumput yang mati, jangan risau sangat, nanti rumput tu pandai tumbuh semula, janji kena rajin siram air.




  Jenuh jugak nak angkut semua rumput turun dari kereta.


Oleh kerana dah exhausted, kitaorang malas dah nak potong kecik-kecik, main letak je rumput ni panjang-panjang macam ni.

Letih ok buat kerja tengah panas.



 Kat bahagian ni aku yang tanam



Ini gambar masa awal-awal dulu tanah baru siap dibersihkan. Cantik juga sunset kat sini.


Sejak-sejak dah berkebun ni, baru aku tahu bukan mudah nak menjadi seorang petani. Kena guna segala kudrat yang ada, kena kerah tenaga. Aku dah mula respect para petani termasuk lah orang yang bekerja disawah padi.

Jadi betul lah orang kata, jangan membazir nasi, setiap butir beras adalah hasil keringat para petani yang bersusah payah menanam padi. Hargai makanan!




Tuesday, December 29, 2015

Water World I-City

Cuti Maulidur Rasul dan Krismas yang tak ke mana-mana, cuma bawa anak mandi manda di Water World I-City, Shah Alam.

Tiket masuk:

Weekend:
Dewasa: RM25
Kanak-kanak: RM15

Weekdays:
Dewasa: RM20
Kanak-kanak: RM10

Locker simpan barang: RM10

Masa operasi: 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Tak terlalu mahal pada aku, kalau nak compare dengan Desa Waterpark, baik datang sini. Oh ya, kalau beli tiket online lagi murah.

Kalau dah namanya cuti sekolah, semua tempat penuh sesak. Lagi-lagi minggu ni adalah minggu terakhir cuti sekolah, memang ramai lah manusia berpusu-pusu memenuhi segala ruang tempat percutian.

Kami sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi, ingatkan belum ramai orang, rupanya...mak datuk, dah ramai yang beratur nak beli tiket.


 Adalah dalam 20 minit beratur, kalau lewat lagi...lagi lama lah menunggu.

Etika pakaian, of course lah kena pakai baju mandi, tapi seluar track pun dibenarkan. Dalam waterworld ni tak ada jual apa-apa makanan atau minuman, jadi..outside food is allowed lah. Bawa la makanan siap-siap dari rumah. Nanti lapar susah pulak nak cari makanan.

 Ini pool khas untuk kanak-kanak, tapi mak-mak budak pun ramai yang berendam sebab layankan anak-anak, termasuk lah aku.

Masa baru sampai...blom ramai yang menyerbu sebab masing-masing tengah beratur beli tiket, nasib kami cepat jugak. Next time kalau datang lagi, better pakai baju mandi siap-siap dari rumah, senang tak payah nak salin-salin. 

 adik bongsu aku

 adik aku, zhareef dan my husband

Ini tornado. Kalau dari luar jalan besar pon boleh nampak benda alah ni. Siapa-siapa nak naik tornado ni, mengucap banyak-banyak dulu. Serammm...tapi best. Dalam pada nak tercabut jantung, dua kali jugak aku naik. Seriously, kalau datang sini, naik lah tornado ni. Hahahaa...rasai pengalaman badan rasa melayang-layang macam nak serah nyawa. 

Oh ya, bagi yang bertudung, nak naik tornado ni kena masukkan tudung dalam baju supaya tak tercabut melayang entah ke mana pulak, kang tak pasal-pasal sampai ke bawah, kepala dah togel...hehe.




Monday, December 14, 2015

Family bonding : Memancing

Aku bukannya kaki pancing, tapi aku telah berkahwin dengan kaki pancing...huahuahuaaa. Lepas tu pulak, makcik dan sepupu sepapat aku pun ramai yang suka mancing.

Last week, masa family aku ada di sini, kitaorang berjalan-jalan ke Hulu Langat rumah makcik aku. Dia ni pun kaki pancing, kemain handal memancing. Dia bawa kami memancing di sini...

Kolam Rekreasi Memancing Tepian Rimba.

Bayaran: 2 jam RM22

Aku tersuka pulak dengan tempat ini walaupun ia tak besar, tapi selesa, tak panas dan banyak kerusi untuk duduk.

Walaupun aku bukan kaki pancing, tapi aku suka ikut husband aku memancing, dan aku suka bawak Zhareef sebab DNA budak ni macam dah sama dengan DNA bapak dia. Pantang nampak air, pantang nampak ikan.

Aktiviti memancing sebenarnya bagus untuk perkembangan otak budak yang sedang membesar. Jangan takut bagi dia main air, pegang ikan, pegang rumput, pegang pasir, dan yang penting...pegang joran..haha. Cuma kita sebagai parents kena sentiasa awasi pergerakan anak, maklum la kan, salah langkah sikit mau terjun kolam budak tu.

Dan bagi aku yang bukan kaki pancing ni, suasana memancing kadangkala menenangkan fikiran, sesekali dengar bunyi kocakan air, ada tiupan angin sepoi-sepoi, dengan syarat bagi aku duduk ditempat redup, aku okay je. Oh ya, bagi juga aku bekalan air dan sedikit roti, aku akan jadi bertambah okayyy.

Tapi seriourly tempat ini sangat selesa bagi aku. Ada toilet, surau dan tempat budak-budak bermain.


(1) Kolam memancing Tepian Rimba, Langat.

(2) Mak, abah, makcik, sepupu dan adik-adik aku nak pergi memancing. Sebenarnya, mak dan abah aku, termasuk lah aku tak mancing pun. Kami tengok je, menyibuk-nyibukkan diri, hehe.

(3) Dia cari ikan dan dia excited dengan air, memang anak bapak betul lah.

(4) Yang rambut putih tu abah aku, sepanjang 3 jam mancing kat situ lah dia duduk sambil baca surat kabar...kehkehkeh. Tahan betul dia layan kerenah anak beranak ni semua.

(5) Cute design owner ni buat, ada small bridge, ada pokok-pokok tiruan

(6) Ada papan gelongsor untuk budak-budak. Nampak pakcik baju biru tu? dia terer gila mancing, berpuluh ekor ikan talapia dia sebat. Dia ada bagi 3 ekor ikan talapia kat sepupu aku.

(7) Husband aku, Zhareef dan Pika, anak sedara sepupu.

(8) Kalau taknak rasa berdosa, sila lah bayar sebelum memulakan aktiviti memancing.

(9) Tahap keluasan kolam ni tak besar mana, tapi suasana tu nyaman dan tenang.

(10) Ada fountain, suka dengar bunyi air

(11) Ini tempat simpanan ikan, ikan-ikan dalam ini lah yang akan dilepaskan dalam kolam.


Aktiviti macam ni nampak macam biasa-biasa, tapi bagi aku amat lah besar maknanya. Kami dapat berkumpul anak beranak, mancing bersama-sama, bila dapat ikan, bagi sorang sikit rasa, rezeki yang ada dikongsi bersama, merapatkan tali silaturahim.

Tak perlu pergi jauh-jauh untuk merapatkan hubungan keluarga. Memancing je cukup.