Thursday, January 22, 2009

Hidup sihat

Kadang2 saya rasa mcm berada di kutub utara, sebab tahap sejuk kat ofis dah melampau sehingga kulit muka saya jadi kering dan menggelupas teruk. Kulit ni memang cukup sensitif dengan cuaca, dengan masalah pimple lagi, ditambah dengan menggelupas. Jadi saya terpaksa guna moisturiser utk mengelak kulit kering. Actually I hate moisturiser because it can makes my face skin oily. Tapi kalau tak pakai jadi kering gila dan menggelupas sebab kulit saya kalah dengan aircond. My office building use centralize aircondition system, so sekali on saja dah sejuk membeku satu bangunan.

Sebenarnya saya bukan jenis org yg rajin sangat nk jaga muka, apatah lagi nak membelek muka tiap2 hari depan cermin. Saya takde masa utk itu. Saya cuma memerlukan satu ubat yg dibeli di farmasi utk mengelakkan jerawat timbul. Utk pencuci saya tak kisah pakai apa pun sebab ianya sekadar pembersih luaran. Cuma skrg saya mengamalkan minum Innershine Pati Prune.


My office mate was introduced me InnerShine Pati Prune, bagus utk kulit katanya. Saya pun mencubanya tapi bukan lah mengharapkan kulit saya jadi cantik bersinar mcm pak
ai botox. Ianya bagus utk kesihatan dalaman kerana pati prune kaya dengan kandungan serat yg tinggi dan boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Ianya juga merupakan antioxsidants, iaitu melindungi sel2 dalam badan daripada rosak dan mengawal sistem imunisasi dalam tubuh untuk melambatkan proses penuaan. InnerShine Pati Prune diminum sehari 1 botol pada waktu malam sahaja. Untuk siang, boleh minum Innershine Pati Beri, ianya baik untuk kesihatan mata.

Bagi sapa2 yg suka makan sunsweet buah prune pun bagus untuk tubuh badan kerana buah prune kaya dengan kandungan serat yg tinggi. Kepada sapa2 yg mempunyai masalah susah membuang air besar, saya cadangkan makan lah buah prune sunsweet tu. Ianya berkesan untuk sistem penghadaman dan memudahkan proses membuang air besar.



Saya juga mengamalkan minum Liquid Chlorophyll daripada produk cosway. Ianya bagus untuk menghilang kan letih akibat kekurangan oksigen dalam badan. Ia juga bagus untuk membuang toksin dan menghilangkan bau badan. Toksin yg byk dalam badan boleh menyebabkan badan berbau, jerawat, sukar membuang air besar dan mcm2 lagi lah. Jadi minuman kesihatan yg mcm ni amat bagus bagi mereka2 yg mempunyai masalah dalaman.



Anda mempunyai masalah berat badan yg serius? Tak tau mcm mana nak turunkan berat badan walaupun dah kontrol makan? Saya ada cadangan. Produk herbalife dapat membantu bagi mereka yg mempunyai masalah obesiti. Saya tak pandai nak menerengkan secara detail, apa yg boleh saya bagitahu ialah herbalife adalah sejenis makanan berbentuk liquid yg kaya dengan segala nutrition yg diperlukan dalam tubuh badan. Ia bukan ubat kurus, tapi makanan gantian untuk mengurangkan dan menurunkan kadar kolestrol dan membakar lemak. Ia boleh di minum dengan soya atau susu, atau apa2 saja minuman seperti air perisa oren untuk menambahkan lagi rasa sedap. Cara pengambilan: boleh ambil waktu pagi sebagai pengganti sarapan. Lunch boleh makan mcm biasa tapi dengan kuantiti yg sikit, lebihkan makan sayur dan buah-buahan segar. Waktu malam pula boleh ambil herbalife sebagai ganti makan malam. Kalau masih lapar, boleh makan oats atau nestum dimana makanan seperti itu kaya dengan serat dan boleh menurunkan kadar kolestrol.



Ada satu lagi produk pelangsingan badan yg berkesan kepada mereka yg mengalami masalah obesiti. Jus Mate 5 dari produk herba prima, hasil formula Dr. Che Rozmey Che Din. Jus Diet Mate 5 mengawal selera makan, menghalang pembentukkan lemak, mengurangkan pengambilan gula, meningkatkan kadar metabolisma dan menukarkan kabohidrat kepada tenaga yang merupakan 5 faktor utama di dalam pengurusan berat badan. Antara kebaikan jus Mate 5 ialah:

1)Mudah
2)Berkesan
3)Semulajadi
4)Tanpa rasa lapar
5)Tanpa rasa sakit
6)Tanpa perlu bersenam
7)Menyihatkan jantung
8)Membantu kesuburan wanita
9)Mengawal kencing manis
10)Mengawal masalah gastrik dan migrain

Jadi bagi anda yg ingin mencuba, rasanya tak salah melaburkan sedikit duit untuk mendapatkan bentuk badan yg menawan. Tapi satu pesanan saya yg paling penting dalam keghairahan kita nak menurunkan berat badan ialah....kawal lah kuantiti pengambilan makanan anda. Walau kita ambil apa2 produk diet pun tapi kalau tak jaga pemakanan, maka badan tak akan kurus juga. Pemakanan lah faktor utama dalam proses menguruskan badan. Di ikuti dengan senaman untuk mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak. Bagi mereka yg malas bersenam pun takpe (seperti saya), yg penting ialah kawal jumlah makanan yg di ambil. Dan yg penting, kurangkan makanan berlemak dan berminyak. Lebihkan kepada sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

1 comment:

Julie Shahril said...

mberenis, thanks for read my blog.