Saturday, February 14, 2009

Chikungunya

Semakin dunia ini maju, semakin banyak lah penyakit yang pelik2 wujud. Mungkin penyakit2 itu wujud sejak zaman firaun, cuma kita yang tak begitu tahu. Selama ini kita hanya takut pada binatang2 buas seperti harimau, ular, kala jengking, singa dan pelbagai lagi. Memang kita patut takut pada binatang2 tersebut kerana binatang itu kategori liar. Tapi bagaimana pula dengan binatang sekecil nyamuk?



Nyamuk hanyalah binatang kecil yg terbang hinggap pada badan manusia lalu menghisap darah hingga kenyang. Tanpa kita sedari binatang sekecil itu mampu membunuh manusia dengan hanya menyebarkan virus semasa sedang menghisap darah. Antara penyakit berpunca daripada nyamuk ialah denggi dan chikungunya. Kita biasa mendengar denggi, namun mungkin kita kurang biasa mendengar chikungunya.


Chikungunya ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh alfavirus dari gigitan nyamuk aedes. Wabak chikungunya ini berpunca dari lautan Hindi dan sedang mengancam pantai Mediterranean ketika ini. Tapi kini ia sedang mengancam negara Malaysia kerana semakin ramai rakyat Malaysia dilaporkan diserang virus ini. Ia masih boleh diubati, namun ada juga yang menemui ajal.Sebenarnya penyakit ini dianggap sebagai penyakit yang membawa maut. Namun dengan adanya perubatan moden, ia boleh di selamatkan. Namun, bak kata pepatah inggeris, 'Prevention is better than cure', adalah lebih baik mencegah dahulu sebelum dah terkena baru nak mengubati.

Antara simptom2 penyakit chikungunya ialah:

1)Demam yg mencecah 39 darjah celcius.
2)Keradangan/petekia/makulopapular biasanya membabitkan tangan, kaki dan badan dan artralgia atau artritis menyerang sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk.
3)Sakit kepala

Untuk mengelakkan nyamuk aedes membiak, jangan biarkan pasu, tayar atau apa saja benda yg boleh menakung air, kerana nyamuk mudah membiak dalam bekas2 yg bertakung air. Saya rasa ramai daripada kita sudah sedia maklum dengan perkara ini, cuma kita kadangkala lupa atau malas nak membersihkan kawasan persekitaran. Oleh itu untuk mengelakkannya daripada terkena penyakit ini, kita harus berubah. Pihak2 tertentu juga harus memantau kawasan yang banyak dilaporkan diserang wabak ini seperti mengadakan semburan nyamuk atau forging 2 kali sebulan.

Kenapa tiba-tiba hari ini saya bercakap mengenai penyakit ini? Saya jarang berbincang atau bercakap mengenai penyakit. Kerana....................................................................

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Kawan saya sudah dijangkiti virus ini...
Saya doakan dia cepat sembuh....ketahuilah bahawa sesuatu penyakit itu ada penawarnya...
InsyaAllah...



No comments: