Sunday, February 15, 2009

365 hari kasih sayang

Semalam 14 Februari, adalah hari kasih sayang atau lebih dikenali sebagai Valentine's day. Saya keluar untuk menghantar house-mate ke hospital kerana disyaki dijangkiti chikungunya. Saya ada nyatakan dalam blog semlm bahawa kawan saya dijangkiti virus itu. Suasana jalan penuh sesak. Saya tak sangka keadaan jalan begitu teruk. Mungkin kerana ramai orang keluar untuk menyambut valentine, atau mungkin kerana malam minggu, ramai yang keluar untuk berhibur. Waktu itu sekitar pukul 8.30 malam.

Pada saya, tak perlu menunggu 14 feb untuk menyambut hari kasih sayang. Putaran hari dalam setahun ialah 365 hari. Jadi selama 365 hari juga lah kita boleh meraikan kasih dan sayang kita bersama orang yang kita sayangi. Bagi muslim pula memang tidak digalakkan menyambut valentine's day kerana itu bukan budaya kita. Bagi sesiapa yang tahu siapakah Valentine yg sebenarnya, mereka tidak akan menyambut hari tersebut. Namun itu terserah pada hak individu. Cuma saya rasa kita boleh meraikan kasih sayang kita setiap hari tanpa batas. Kerana kita hidup memang memerlukan kasih sayang, baik dari ibubapa, teman-teman atau kekasih tercinta. Itu lumrah dan fitrah.

Kasih dan sayang harus disemai dalam jiwa setiap hari agar kita dapat merasakan hidup ini begitu bermakna dan berkualiti. Apakah maksud hidup yg berkualiti? Bagi saya hidup yg berkualiti ialah kehidupan yg lengkap. Maksudnya, ia lengkap dengan kasih sayang, wang ringgit, karier, riadah, hiburan, keagamaan dan keperhatinan kita terhadap alam sekitar dan orang yg berada di sekeliling kita. Tetapi tahukah anda bahawa teramat sukar untuk membina satu kehidupan yg lengkap. Kita tidak sempurna. Kerana itulah Allah menganugerahkan satu perasaan kasih sayang dalam diri setiap hambanya supaya kita dapat menemui insan yg dapat melengkapkan hidup ini. Kerana itulah juga Allah cuma memberi kita satu hati, kerana yg satu lagi kita akan dapat dari insan lain.

Selamat berkasih sayang!

No comments: