Saturday, February 21, 2009

Come on, we jogg!

My broadband connection speed is too slow. I cannot upload the pics of farewell party at Thaharah Restaurant. Maybe I'll try to upload it again next time. I don't know and really really don't understand why the internet connection is too bad when I was at home. Dulu ok je. Skrg nak upload 1 gambar pun kena tunggu berkurun. Leceh betul.

I woke up pretty early this morning. Basuh muka, gosok gigi dan bersiap untuk jogging. Saya tak tahu kenapa pagi ni saya rajin untuk jogging. Selalunya saya jogging atas katil saja.Haha. Mungkin saya dah ada kesedaran dalam diri bahawa exercise itu penting untuk menjaga kesihatan tubuh disamping meningkatkan stamina. Dah agak lama saya tak jogging, tapi selepas mula masuk gym, saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk mencergaskan badan dan melapangkan fikiran.

So kepada mereka2 yang belum sedar atau sedar tapi buat2 tak sedar bahawa exercise tu penting, mari lah kita bersama2 menjaga kesihatan tubuh badan. Sebenarnya exercise ini bukan semata2 untuk kurus, tetapi untuk menjaga kesihatan dalaman seperti jantung. Sebab itu kita selalu dengar orang2 tua selalu sakit bila usia mereka meningkat. Ini bukan sahaja faktor pemakanan, tetapi juga faktor kurangnya melakukan senaman. Sebab itu saya suka melihat kaum cina, terutama yang sudah agak berumur. Mereka rajin melakukan taichi (I don't know the spelling is correct or not). Semasa saya jogging pagi tadi ramai orang2 cina melakukan taichi bertemankan alunan muzik. Saya seronok melihat mereka rajin menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Saya jarang nampak orang melayu buat macam itu. At least, berjalan pun satu aktiviti sihat.

Mulakan senaman perlahan2 jika belum biasa. Jangan terburu2 terus melakukan aktiviti berat. Ini akan membuatkan tubuh kita terkejut dan kita akan pengsan, otot mudah jadi kejang. Lakukan senaman ringan dahulu, baru di ikuti dengan aktiviti lain seperti jogging atau berbasikal. Lama kelamaan kita akan dapat rasa tubuh kita jadi ringan, tak lesu dan lebih bertenaga untuk berkerja. Di samping itu kita boleh membakar kalori dan segala lemak2 tepu dalam tubuh badan yang dah lama terkumpul. Just remember: tak semestinya orang yang kurus itu staminanya kuat. Jangan ingat anda kurus, bermakna anda sihat. Kita tak tahu apa masalah dalam tubuh kita, sebab itu kita harus menjalani gaya hidup sihat, jaga pemakanan dan lakukan lah senaman. Bagi yang bertubuh besar, mereka masih belum terlewat untuk mengurangkan berat badan. Seperti yang saya katakan tadi, do it slowly, not drastically.

So come on frens, change our lifestyle and we jogg!




No comments: