Sunday, February 15, 2009

Hidup mesti terus

Jun, 2004 (5 tahun yang lalu).
  • Pada ketika ini saya membuat surat letak jawatan di pejabat yg sama saya sedang berkerja sekarang. Yang berbeza cuma jawatan ketika itu. Dulu, saya seorang pelukis pelan. Saya rasa ketika itu saya masih biul2 lagi, baru mengenal alam perkerjaan, baru berhijrah ke kuala lumpur dan baru rasa berjauhan dengan keluarga.Saya berhenti kerja kerana nak sambung belajar (degree).
  • Sebelum berkerja sebagai pelukis pelan, saya berkerja di sektor kerajaan. Kerja sementara kerana saya baru saja habis pengajian diploma. Apabila menjejakkan kaki ke kuala lumpur, saya merasa hidup dengan titik peluh sendiri walaupun keadaan ketika itu agak mencabar dan banyak dugaan terutama masalah kewangan.
  • Saya merasai pengalaman naik bas pukul 6.30 pagi, berebut2 sampai terpaksa berdiri di hujung tangga bas. Bayangkan lah...,terlalu naif ketika itu.
  • Saya juga merasai pengalaman berkerja selama sebulan tanpa cuti, termasuk sabtu dan ahad kerana waktu itu terlalu banyak kerja dan tidak dibenarkan cuti. Rasa nak pitam.
  • Saya merasai naik putra sama macam naik bas juga, berebut2 sehingga rasa nak termuntah dengan bau badan manusia. Saya juga pernah tertinggal diluar tren kerana kawan saya dah berebut2 naik dulu. Lawak.
  • Selama berkerja di kl ketika itu, 3 kali saya pindah rumah. Semuanya gara2 nak jimat duit. Dari tinggal di apartment, saya turun pangkat tinggal di flat biasa.
  • Saya juga pernah merasai pengalaman hampir2 nak diragut, tapi peragut itu tak dapat meragut handbag saya kerana dia bukan peragut profesional. Syukur kepada Allah.
Februari, 2009 (Sekarang).
  • Sudah hampir 2 tahun saya tamat belajar dalam jurusan Ijazah Kejuruteraan Bahan di sebuah universiti di utara tanah air. Alhamdulillah, dapat juga saya segulung ijazah.
  • Saya berkerja di sektor minyak dan gas (oil & gas industry), di salah sebuah syarikat milik bumiputera di tengah2 bandaraya kuala lumpur.
  • Saya gembira dengan kehidupan sekarang. Bohong lah jika saya kata saya tiada masalah langsung. Manusia yang hidup tanpa masalah adalah manusia yang tiada perasaan.
  • Sebelum saya berkerja di syarikat ini, saya terlebih dulu berkerja di Shah Alam, sektor yang sama (oil & gas), cuma jawatan yg berbeza.
  • Di sini, saya belajar banyak perkara, ramai kawan yang semuanya baik2. Saya memang mengimpikan untuk berkerja di sini kerana saya mahu belajar sesuatu sebelum saya bertukar ke tempat lain. Di pendekkan cerita, saya ingin mengumpul seberapa banyak pengalaman yang boleh. Walaupun ada beberapa perkara yang tidak menyenangkan hati, saya terpaksa lalui juga. Bak kata bekas bos saya; "Julie, every company have their own politic".
2014 (5 tahun akan datang).
  • Mungkin ketika ini saya sudah berkahwin, memiliki keluarga sendiri, ada komitmen yang banyak pada keluarga dan kerja.
  • Mungkin juga saya sudah tidak berkerja di sini lagi (MMC).
  • Saya ada anak (cuma tak pasti berapa orang).
  • Saya terkejar2 nak uruskan rumah, uruskan anak dan suami, uruskan kerja di pejabat.
  • Mungkin juga saya sudah memiliki rumah sendiri, hasil perkongsian dengan pasangan saya.
  • Saya akan pastikan ketika ini saya tetap kekal kurus walaupun sudah ada anak.
  • Pada ketika ini juga karier saya sudah mantap, ekonomi saya juga sudah stabil kerana saya sudah ada pasangan untuk berkongsi segala susah dan senang. Dia lah suami, dialah sahabat dan dialah bapa kepada anak-anak saya.
That's my dreams. Hopefully, my dreams will comes true. Saya percaya pada qada' dan qadar Allah. Angan-angan tidak semestinya jadi kenyataan. Cuma setiap manusia harus berusaha untuk merealisasikannya. Jika tak berjaya, anggap saja itu bukan rezeki kita. Kerana saya percaya, setiap apa yang kita rancang belum tentu baik untuk kita, tetapi setiap apa yang Allah tentukan, itulah yang terbaik untuk hambanya.

Saya akan membaca ruangan ini semula pada tahun 2014 nanti untuk melihat adakah apa yang saya impikan itu dapat saya realisasikan atau tidak. InsyaAllah.

No comments: