Sunday, February 1, 2009

Perfumania

Saya adalah pencinta minyak wangi atau dengan kata lain, I am perfumania! Saya suka sentiasa wangi sehingga kadangkala terlebih wangi. Tapi saya kena pandai memilih wangian yg bersesuaian dengan diri dan personaliti saya. Saya tidak sukakan wangian yg keras kerana wangian sebegitu akan memeningkan kepala saya. Saya adalah penghidap migraine. Sudah tentu saya memerlukan wangian yg lembut tapi segar agar ia tidak mendatangkan mudarat.

Melalui bacaan yg saya perolehi dari sumber-sumber tertentu, perfume terbahagi kepada 4 jenis yg utama iaitu:

1) Perfume
Dikenali sebagai ekstrak perfume yg memiliki konsentrasi bahan dasar minyak wangi terbesar iaitu antara 22-40%. Ia paling tahan lama dan sudah tentu paling mahal!

2) Eau De Perfume (EDP)
Ia cukup popular dipasaran dan harganya agak mahal. Memiliki kadar essence antara 15-22% dan tahan antara 4-6 jam.

3) Eau De Toilette (EDT)
Tidak kurang popular dipasaran walaupun ia tergolong dalam kategori wangian ringan. Memiliki kadar essence 12% dan sesuai dipakai dalam apa jua suasana.

4) Eau De Cologne (EDC)
Ia adalah wangian paling ringan kerana memiliki kadar essence paling rendah iaitu sekitar 5%, dan kandungan alkoholnya paling tinggi. Tidak hairan jika baunya cepat hilang dan hanya bertahan sekitar 2-3 jam. Namun ia sesuai di sembur pada tubuh selepas mandi utk menyegarkan badan.

Untuk itu saya ingin berkongsi antara wangian yg pernah saya gunakan dahulu dan kini. Mungkin orang lain tak suka pada apa yg saya suka, itu hak individu. So I have attached all perfumes that I ever used before and currently.



*Pleasure dari Estee Lauder*
Seingat saya inilah wangian pertama yg saya pakai. Saya sukakan baunya,walau ia agak keras semasa awal semburan,namun selepas 2-3 jam,baunya beru
bah menjadi lembut. Long Lasting.


*Pure White Linen dari Estee Lauder*
Percayalah, baunya sangat sangat sweet dan segar. Maaf,saya belum pernah memakainya tapi saya hadiahkan perfume ini kepada kawan baik saya pada harijadinya tahun lepas. I like it so much. Dan pastinya kawan baik saya juga menyukainya.



*Miracle dari Lancome*
It's fruity opening. Saya sukakan wangiannya yg lembut dan segar.




*Hypnose dari Lancome*
Maaf jika saya katakan yg saya kurang suka dengan baunya. Saya tak tahu kenapa saya membeli perfume ini. Mungkin semasa mencubanya dikaunter saya rasakan baunya begitu sedap,tapi bila sudah membelinya, saya rasa menyesal. Walau bagaimana pun saya berjaya menghabiskannya. Ia adalah campuran bunga jasmine, magnolia, ginger dan pelbagai jenis bunya lagi yg saya tak ingat.



*Dior Addict 2 dari Dior*
Saya baru membelinya tapi belum pernah cuba untuk memakainya. Saya hanya membeli botol kecil sahaja sebagai langkah berjaga2 kerana ditakuti menyesal. Bijak kan?Namun saya sukakan baunya.




*Hugo Boss for Woman dari Hugo*
Saya sukakan baunya yg lembut dan riang. The most important thing is it's long lasting.




*Echo for Woman dari Davidoff*
I feel like I am the sweetest woman when I use this perfume. Baunya sangat sweet, lebih sweet dan kekal lama jika dipakai satu set dengan lotion dan body wash.




*Cool Water dari Davidoff*
Baunya teramat segar dan terasa fresh bila disembur di badan selepas mandi. But it's not long lasting. Tapi saya sukakannya.




*Envy Me dari Gucci*
This is perfume that I am using currently. Baunya seperti bunga ros yg sedang mekar semerbak di halaman rumah. But it's not long lasting too. Ohh..

No comments: