Monday, March 23, 2009

Saya degil

Saya rasa hari ini saya telah membuat satu kerja gila yang telah membuatkan seorang guard di Jabatan Pengangkutan Jalan marah gila kat saya. Pagi ini saya telah ke JPJ Padang Jawa, Klang untuk renew my driving license. Maklum lah orang baru habis P kena pergi JPJ untuk renew. Saya kurang familiar dengan jalan di sana kerana saya memang jarang ke Klang, kalau pergi pun mesti dengan kawan-kawan, dan pastinya bukan saya yang memandu. Saya tak tahu jalan masuk ke dalam pejabat JPJ itu one way, jadi semasa hendak keluar balik selepas membayar duit parking, saya dengan selambanya keluar semula ke jalan yang sepatutnya masuk. Ada dua kereta bagi signal lampu tanda marah. Saya kurang pasti siapakah manusia didalam kereta pacuan empat roda tersebut. Saya rasa mungkin orang besar ataupun pegawai yang bertugas disitu. Pakcik guard yang jaga kat situ pun marah gila kat saya. Saya mengaku saya memang salah kerana keluar dijalan yang one way, tetapi saya ada sebab mengapa saya buat begitu.

Sebabnya cuma satu, iaitu saya takut sesat. Jalan keluarnya ialah disebelah belakang. Semalam saya survey jalan itu, saya berfikir saya boleh keluar di jalan yang sama semasa kita masuk, rupanya saya silap. Jalan keluarnya di tempat lain. Saya bingung seketika lalu saya dengan selambanya keluar di jalan yang salah dan ini menyebabkan pakcik gurad kat situ marah gila tahap gajah mengamuk kat saya. Saya angkat tangan minta maaf, tapi saya tetap berdegil nak keluar di situ juga. Degil kan saya? saya degil sebab saya tak mahu sesat. Saya tahu jika saya keluar ikut jalan belakang, saya akan sesat. Saya jenis cepat gabra, saya tak boleh sesat, nanti saya akan masuk entah mana-mana jalan. Itu yang ingin saya elakkan. Saya tahu mesti pakcik guard tu menyumpah empat bakul kat saya, tapi biarlah dia. Saya rasa saya tidak akan ke JPJ Padang Jawa lagi kot. Ini lah kali pertama dan terakhir agaknya...(tapi kalau ditakdirkan saya pergi lagi lain kali saya akan keluar ikut jalan yang sepatutnya..hehe).

Pakcik guard, saya minta maaf ye, saya terpaksa melanggar peraturan kerana saya takut sesat jalan. Saya ini adalah spesis manusia buta jalan. Saya selalu sesat dan saya tak mahu sesat sorang-sorang. Kalau saya berdua atau bertiga mungkin saya berani. Saya minta maaf juga pada orang didalam kereta pacuan empat roda itu. Saya tahu mereka tak akan membaca blog ini, tapi saya harap hatinya akan lembut dengan izin Allah.

Komen: Saya rasa JPJ Padang Jawa tak patut buat jalan one way kerana itu menyusahkan orang untuk balik terutamanya orang yg buta jalan seperti saya.

Patutlah kawan saya kata dia sesat semasa balik dari JPJ Padang Jawa. Baru saya tahu kenapa dia sesat. Semasa pergi memang senang, dalam 15 minit dah sampai. Tapi semasa nak balik berpusing-pusing sebab tersalah masuk jalan. Kerana itulah saya telah berdegil untuk tidak mahu keluar ikut jalan belakang.

Mungkin lepas ini saya kena belajar selok-belok jalan di Shah Alam/Klang untuk tidak sesat lagi. Haha.

No comments: