Friday, March 20, 2009

Bertunang - perlu ke tidak?

Perlukah kita bertunang sebelum melangsungkan perkahwinan?

Ada orang tertanya-tanya, bertunang itu pentingkah? atau ia sekadar adat orang melayu sebelum kedua pasangan di ijab kabulkan. Saya sendiri kurang pasti dengan persoalan itu. Zaman sekarang ini, kebanyakkan orang jarang bertunang. Mereka terus melangsungkan akad nikah, ringkas dan cepat katanya. Namum itu semua atas hak masing-masing. Ada juga yang mengikat tali pertunangan hingga bertahun-tahun tetapi akhirnya putus.

Saya mencari info mengenai pertunangan di dalam internet (sumber paling mudah) dan saya menjumpai web ini
dimana ia menerangkan secara detail mengenai pertunangan mengikut ajaran Islam. Seperti yang kita ketahui, sebagai seorang manusia yang beragama Islam, sudah semestinya kita harus merujuk pada fakta yang betul daripada kita membuat andaian yang bukan-bukan.

Bertunang (bahasa melayu) atau 'Khitbah' dalam bahasa arab adalah permulaan bagi az-zawaj iaitu nikah/kahwin. Ini bermakna bertunang itu umpama 'pra-kahwin' sebelum kedua pasangan benar-benar sudah bersedia untuk melangsungkan pernikahan, cuma semasa di alam pertunangan tidak dibenarkan tinggal sebumbung kerana mereka bukan muhrim. Pertunangan umpama satu situasi dimana kedua-dua pasangan memasuki proses 'berkenalan'. Itu sebenarnya yang dimaksudkan dalam Islam. Khitbah juga yang dimaksudkan dalam Islam ialah 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. Melamar juga bertujuan untuk mendapatkan persetujuan wanita untuk dijadikan isteri kepada pihak lelaki.

Bagi pendapat saya elok lah kiranya kita bertunang dahulu sebelum berkahwin kerana dalam tempoh bertunang itu kita dapat mengenali dan memahami pasangan kita (walaupun hakikatnya kita dah kenal pasangan kita). Jika ada sesuatu berlaku, sekurang-kurangnya kita masih sempat berpatah balik (maksudnya jika berlaku perselisihan faham dengan pasangan dan merasakan tidak sesuai berkahwin dengannya). Bayangkan jika ita terus berkahwin, jika berlaku sebarang pertengkaran, akan mudah terjadinya penceraian. Itulah yang hendak di elakkan.

Bertunang dan berkahwin adalah saat yang paling indah dalam carta kehidupan setiap insan. Saya rasa adalah lebih baik bertunang dahulu, kemudian baru berkahwin. Namun setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza. Bertunang tak perlu lama, sekurang-kurang 5-7 bulan atau paling lama pun setahun. Tak perlu menunggu sehingga 2 atau 3 tahun. Cuma saya tahu alasan bertunang lama-lama ialah belum cukup bajet. Saya melihat sekarang ibu bapa meletakkan wang hantaran yang terlalu tinggi sehingga membebankan pihak lelaki. Saya rasa majlis lebih afdal jika dibuat secara sederhana saja, tidak perlu terlalu meriah sehingga memaksa kita berhutang. Yang penting adalah ijab dan kabul. Fahami lah erti perkahwinan. InsyaAllah, kita akan diredhai dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

*Bagi keluarga yang mampu membuat majlis secara besar-besaran, itu hak masing-masing.

No comments: