Thursday, March 5, 2009

Song, a message to tell our feeling to others

Sejak kebelakangan ini saya selalu terdengar lagu-lagu lama diputarkan di corong-corong radio. Saya rasa itu mungkin di atas permintaan para pendengar, ataupun itu satu strategik pihak pengurusan radio untuk menarik perhatian pendengar dari golongan veteran. Tapi lagu-lagu tersebut bukan lah lagu yang terlalu lama atau evergreen. Ianya lagu-lagu era 80-an seperti lagu-lagu wings, search dan lefthanded.

Saya ada menonton satu drama, tapi saya lupa tajuk drama tersebut. Diakhir cerita (semasa cerita dah habis), keluar lah satu lagu lama dari kumpulan lefthanded bertajuk 'Ku Di halaman Rindu'. Saya tertarik mendengar lagu tersebut, kerana halwa telinga saya dah agak lama tak diperdengarkan dengan lagu-lagu lama. Saya bukanlah seorang yang gilakan lagu-lagu lama yang agak jiwang, tapi ada setengah lagu era 80-an yang memang kekal sedap hingga ke hari ini. Kredit kepada search, wings dan lefthanded kerana lagu-lagu mereka masih boleh diterima oleh masyarakat moden zaman sekarang. Saya rasa, lagu-lagu mereka tidak dapat menandingi lagu-lagu moden zaman sekarang. Melodi dan liriknya begitu enak didengar walaupun lagu tersebut sudah berusia lebih 20 tahun. Walaupun banyak lagu sekarang yang sedap didengar, tapi tidak semua lagu sekarang mampu menjadi evergreen pada masa akan datang.

Saya bukan lah seorang yang jiwang, bukan juga seorang yang kental hati. Saya boleh terima lagu-lagu rancak seperti lagu bunkface dan Stacy. Saya meminati dua penyanyi ini, terutama Stacy kerana pada pandangan saya Stacy seorang yang very talented. Saya menonton persembahan Stacy semasa malam anugerah juara lagu yang lalu dan saya suka dengan gaya persembahannya. Mungkin orang lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan saya kerana citarsa manusia tidak sama. Stacy boleh menyanyi dan menari serentak tanpa tercungap-cungap dan suaranya maintain sehingga lagu selesai. Cuma sayangnya dia tak menang.

Saya juga boleh menerima lagu-lagu berentak slow seperti lagu siti, search, wings, lefthanded dan lagu-lagu indonesia. Cuma saya tak boleh terima lagu-lagu yang memeningkan kepala dan boleh membuatkan saya gila seperti black metal dan seumpamanya. Saya tolak tepi lagu-lagu seperti itu kerana itu bukan jiwa saya.

Sebagai manusia kita memang memerlukan hiburan, cuma jangan keterlaluan. Saya rasa hiburan yang paling mudah diperolehi ialah mendengar lagu. Kita boleh mendengar lagu dari mana-mana sahaja;radio,telefon bimbit,mp3 dan komputer. Saya adalah salah seorang manusia yang suka mendengar lagu, dan saya suka dengar lagu kuat-kuat menggunakan headphone. Saya tahu itu tidak bagus untuk kesihatan telinga, tapi itu saja cara saya lepaskan tekanan.

Ada orang menjadikan lagu-lagu tertentu sebagai kenangan dalam hidup mereka, contohnya semasa muda dan sedang hangat bercinta, pastinya akan ada lagu yang akan membawa kenangan manis untuk dikenang pada masa akan datang. Tapi jujurnya saya tidak ada lagu kenangan. Cuma bila ada kawan yang memberitahu lagu kegemarannya, saya pasti akan terkenangkan kawan saya setiap kali mendengar lagu itu. Contohnya, dia memberitahu saya bahawa dia sukakan lagu Aizat, oleh itu setiap kali lagu Aizat diputarkan, saya akan mengingatinya. Itu saja.

Fungsi lagu bukan sahaja sebagai hiburan, tetapi juga sebagai mesej untuk disampaikan kepada orang lain. Lagu-lagu cinta ditujukan kepada mereka yang sedang bercinta, begitu juga lagu-lagu untuk orang-orang di Palestine. Kita boleh menyampaikan pelbagai mesej melalui lagu untuk orang lain memahami isi hati kita. Ada setengah orang yang malu atau kurang berkeyakinan untuk berbicara dengan orang yang mereka suka, jadi mereka tujukan lagu-lagu tertentu untuk memberitahu apa yang tersirat di hati. Oleh itu pada pandangan saya, lagu dicipta untuk menyampaikan mesej tertentu, bukan hanya sebagai satu melodi yang mendayu atau rancak untuk diperdengarkan ditelinga.

Herewith, I have attached the lefthanded song titled 'Ku Di halaman Rindu' lyric, and also 'Tiada Lagi Kidungmu'. I do not know what is the meaning of 'kidung'. Kena tengok kamus dewan ni.


Ku Di halaman Rindu

Di tengah kepekatan malam
Berdiri aku di halaman rindu
Dihembus kenangan lalu
Menjelmalah seraut wajah
Sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya

Ingin ku tembus tembok silam
Dan membaiki kesilapan kita
Yang tiada kita rasa
Dahulu maaf tak bererti
Darah muda menguasai diri
Begitu mudah membenci

Ku di halaman rindu
Hanya berteman
Bunga yang layu
Ku di halaman rindu
Tiada harum
Tiada madu
Oh kesalku membeku di kalbu ( 2X )

Oh kasihku hanyalah untukmu
Oh sayangku penawar rinduku

******

Tiada Lagi Kidungmu


Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan

Sedangkan kau yang ku sayang
Telah pergi dari ku
Dengan cinta dan harapan hidupku
Oh sayang

Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesepian yang kian
Mencengkam jiwaku

Malam malam dingin membeku
Hari hari kian kelabu
Dalam doa kudus ku sebut nama mu
Cintaku... Oh sayang
Damailah kau di sana
Di sisi Tuhan yang Esa

No comments: