Showing posts with label Feeling/Opinion. Show all posts
Showing posts with label Feeling/Opinion. Show all posts

Monday, August 19, 2019

Body shaming



Pic google


Aku selalu jer kena body shaming ni.

Actually body shaming is not good. Selalunya kalau kena body shaming, aku sengih-sengih je lah, walaupun dalam hati ni rasa ringan je mulut nak balas balik. Tapi kejadian minggu lepas di ofis membuatkan aku nak tergelak. Nak marah pun ada.

Aku di pantry. Ada sorang colleague bersama aku masa tu. Hanya berdua. Borak-borak pasal tudung. Tiba-tiba masuk sorang kakak yang tak rapat pun, bertegur sapa pun setahun sekali sebab lain department. Masuk-masuk je pantry terus dia cakap macam ni:

"Apasal aku tengok badan korang berdua ni dah nak sama saiz je.."

Aku rasa macam ada halilintar melintas terkena telinga, berdesing. Panas. Tapi macam biasa, cool, pretent to be cool. Aku cuma jawab:

"Jangan cakap macam tu kak, sensitif kak.."

Akak tu sambung lagi..

"Ye la dulu korang (merujuk kepada aku dan colleague aku) kurus, slim, comel"

Kali ni aku buat-buat pekak je. Tapi colleague aku pulak buka mulut.

"Akak ni memang mulut tak boleh tutup ke? Body shaming orang tak bagus tau. Saya tak pernah pun tegur orang kurus ke, gemuk ke, lawa ke, tak lawa ke, hodoh ke, cantik ke....tak pernah ok, tak pernah!"

Macam drama siot, kehkehkehkeh.

And yes, kakak tu terkedu sekejap. Dalam hati aku melompat-lompat suka. Padan muka ko kak. Dalam hati je la aku mampu gelakkan.

Colleague aku ni agaknya dah selalu jugak kena body shaming, sebab tu dia tak mampu bersabar lagi.

So, guys, jaga mulut, jaga lidah. Tak kelakar pun tegur bentuk fizikal orang. Aku tak kisah kalau yang menegur tu kawan rapat aku, kawan yang hari-hari bergurau kasar, i dont mind. Tapi kalau orang yang jarang jumpa, sekali jumpa nak compare badan orang, nak bezakan bentuk badan sekarang dengan 10 tahun lepas, aku rasa macam tak adil. 

And for your info, body shaming is part of bullying. Dia umpama macam budak-budak sekolah yang suka mengejek kawan dia hitam. Tapi tu budak sekolah, akal pendek lagi. Yang dah dewasa ni pun ramai jer pendek akal menegur benda yang tak perlu ditegur pun.


Dan satu lagi...

Hanya mak je boleh body shaming anak dia. 

"Apasal ko masa kecik gemuk sangat Zhareef?" Hahaha.

Pastu Zhareef pernah cakap macam ni:

"Mama, kenapa mama ni macam makcik?"


Pedih telinga aku dengar. Nasib baik ko anak aku...hihi


Throwback masa holiday kat Bali. Rindu Bali...
Jenuh masa ni kena dukung Zhareef kalau dia buat perangai..
bukan senang nak amek gambar dgn dia masa ni
Dah la GEMOK...hehe



Last but not least..

Gemuk atau kurus, tinggi atau rendah, hitam atau putih...apa saja bentuk fizikal seseorang itu is none of our business. Yang penting, kita tak pernah susahkan hidup orang lain.



Monday, August 6, 2018

06.08.18

I just want to write a short notes today, on my birthday.

Bila usia bertambah, bermakna masa kita diatas dunia semakin berkurang. Begitu juga masa kita bersama keluarga. Penuhi hidup ini dengan sesuatu yang bermakna, walaupun ianya nampak simple, tapi memberi kesan mendalam terhadap hidup dan perasaan orang lain.

Contoh paling simple bila anak kau panggil nak cerita sesuatu, cuba lah pandang muka dan mata dia, dengar dia cerita. Anak kau happy, kau pun happy. Simple kan. Mana tahu, usia tak panjang, benda simple macam tu tak boleh buat dah.

Ibu juga patut dirai sempena hari kelahiran ini kerana ibu lah yang menanggung sakit bersalin tu. Terima kasih mak kerana melahirkan anakmu ini.

Terima kasih suami dan anak-anak, kasih sayang yang tak ternilai selama 7 tahun hidup bersama. Semoga tidak ada orang ke tiga, ke empat atau ke lapan belas diantara kita. 


Keep calm and happy birthday to me.

Monday, April 11, 2016

Permainan dunia


Aku dah lama tak membaca. Buku-buku yang aku beli di pesta buku kebanyakan jadi tukun kat rumah. Bulan lepas, tiba-tiba mood membaca datang. Hormon kot. Lantas aku mencapai buku ini yang terperuk lama diatas rak buku, dah berabuk. Aku pun dah tak ingat dimana aku beli buku ni, dasyat kan? Jadi, boleh bayangkan tak betapa lamanya buku ini terperuk disitu.

Buku ini sangat menarik (bagi yang menggemari genre sebegini). Ia mengisahkan seorang manusia bernama Rothschild.

Siapa Rothschild? Kalau nak diceritakan, panjang lebar sebab keturunan Rothschild ini ramai dan mereka sudah membiak sejak 300 tahun yang lalu. 

Aku katakan macam ni ajelah, Rothschild inilah manusia pertama yang membuka BANK, dan semua bank-bank dalam dunia ini adalah dibawah kawalannya. Dia juga yang mencipta WANG KERTAS dan mewujudkan sistem KAPITALIS.

Keturunan mereka lah yang mewujudkan semua PEPERANGAN dalam dunia ini sejak dulu lagi, dari zaman NAPOLEON  BONAPARTE, zaman ADOLF HILTER, zaman kerajaan ISLAM TURKI UTHMANIYAH, peperangan di PALESTINE dan terkini, peperangan di SYRIA.

Mereka jugalah yang menyebabkan pepecahan negara-negara ARAB, dan jangan terkejut kalau negara ARAB tu sebenarnya bersengkongkol dengan Rothschild.

Rothschild jugalah manusia yang menghalau rakyat Palestine keluar untuk mewujudkan negara mereka sendiri iaitu ISRAEL. Ya, Rothschild adalah berketurunan Yahudi. Perdana Menteri Israel dulu dan kini hanyalah boneka semata-mata, termasuklah Presiden US. Segala apa tindakan yang mereka lakukan terhadap masyarakat dunia datangnya dari arahan Rothschild.

Siapa pula yang memberi arahan kepada Rothschild?

Dajjal.

Selesai membaca buku ini, kau akan faham apa yang berlaku sejak dulu dan kini dan kau tak heran lagi dah dengan suasana politik di Malaysia sebab permainannya lebih kurang sama. Siapa yang tak ikut arahan si Dajjal, bersiap sedia lah untuk menerima akibatnya.

Ini yang aku faham lepas membaca buku ini. 

Kesimpulan, semua yang terjadi didunia ini sejak perang dunia pertama hinggalah ke hari ini bukanlah secara kebetulan, tetapi sudah dirancang. Perancangan yang sangat teliti dan tidak terjangkau dek akal.

Apa yang Nabi cakap itu semua benar. Nabi dah tahu kewujudan Dajjal, baginda sendiri menangis sebelum wafat kerana sangat risaukan keadaan umatnya, kerana baginda tahu serangan Dajjal sangat halus tetapi berbisa dan boleh meranapkan akidah kita.

Ini lah tajuk bukunya.


Minda kau pasti akan terbuka sedikit selepas baca buku ini. Mungkin kau akan kata, lantaklah apa nak jadi, nak perang ke, nak bunuh ke, bukan mengganggu hidup kau pun. Tapi jangan lupa, mungkin nasib kau baik, tapi macam mana pula dengan nasib anak-anak kita akan datang? Mereka dijamin selamat ke?

Aku bukanlah peminat politik dan permainan orang-orang atasan, tetapi tak dapat banyak, sikit pun aku kena ambil tahu jugak. Baca dan faham, lepas tu fikir. Tapi jangan kau jadi keyboard warrior di media sosial pulak, sibuk nak berdebat itu ini. Tak kemana pun jadi keyboard warrior. Buang masa je. Cukup sekadar kita ambil tahu, sekurang-kurangnya kita tak mudah untuk diperbodohkan.


Just my 2 cents.




Thursday, February 18, 2016

Hati



 image: google

Kuasa media sosial seperti facebook memang dasyat. Di facebook, kita boleh tengok macam-macam gambar. Gambar orang pergi bercuti, gambar makanan, gambar anak-anak....dan segala apa saja gambar yang orang ramai share. 

Tapi, ada satu artikel yang entah siapa penulisnya aku pun tak tahu. Pesanan si penulis jika dibaca dari sudut positif, ada betulnya. Antara pesannya:

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"

"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"

"Sembunyikanlah  kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"

"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"

"Sesungguhnya perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalam yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan"


Seringkali aku dengar rungutan dan ayat-ayat berbaur 'cemburu' bila ada orang upload gambar makanan sedap-sedap atau gambar orang pergi bercuti ke satu tempat yang indah...ayatnya berbunyi seperti ini:

"Nak menunjuk lah tu...pegi jalan-jalan sana sini, tau lah banyak duit"

"Macam dia sorang ada anak, sikit-sikit upload gambar anak, sikit-sikit letak gambar anak"

"Tunjuk gambar makan kat tempat mahal, macam dia sorang ada duit...macam dia sorang yang mampu"


Aku selalu dengar dan terbaca komen-komen berbaur seperti itu. Dari kenyataan diatas, ada sorang hamba Allah pulak memberi kenyataan balas, yang mana aku rasa aku setuju dengan beliau.

"Sebenarnya orang kita ni ramai ada penyakit 'hati'. Sebelum nak kata orang lain menunjuk-nunjuk atau berlagak, sila baiki hati masing-masing. Kalau semua gambar yang diupload dimedia sosial dikategorikan sebagai riak dan menunjuk-nunjuk, habis tu apa fungsi media sosial itu sebenarnya? Jika begitu, padam saja akaun facebook anda, tak payah nak ber-facebook"

Apa niat seseorang semasa dia berkongsi gambar bukan masalah kita sebenarnya, jika dia nak riak atau nak menunjuk-nunjuk, itu urusan dia dengan Allah. Pada aku, aku lagi suka tengok gambar-gambar orang lain yang pergi bercuti, atau pergi makan....sekurang-kurangnya kita dapat merasai kegembiraan itu dan dapat bersama-sama berkongsi info tentang sesuatu perkara.

Contoh 1, ada kawan pergi melancong ke Europe. Setidak-tidaknya kita boleh tanya dia tips-tips nak ke sana, apa persediaan, apa kelengkapan dan berapa banyak kos yang perlu disediakan. Kalau kau selalu fikir negatif pasal orang, memang sampai bila-bila lah kau akan sentiasa negatif dan suka berprasangka buruk pada orang. Padahal niat orang tu hanya nak berkongsi, tapi disalah erti nak menunjuk.

Contoh2, ada kawan upload gambar makanan yang nampak menyelerakan. Dari sudut positifnya, kita boleh mintak pendapat dia sedap tak makanan tu, harga berpatutan tak, highly recommended or not, lokasi dimana. Kalau orang yang negatif, akan terus berkata-kata...nak riak, nak menunjuk-nunjuk atau berlagak.

Sebenarnya kau ada masalah HATI.

Pengalaman aku pula, pernah lah aku terbaca status seseorang di FB pasal anak. Dia komplen pasal orang duk upload gambar anak macam dia sorang ada anak. Masa tu, dia ni belum ada anak lagi, tapi dah berkahwin lah. Lepas baca status dia yang macam tu, aku agak sentap juga lah, tapi aku biarkan aje. Nak dijadikan cerita, Allah bagi dia rezeki seorang cahayamata yang comel. Lepas ada anak, hahh ambik kau...dia pulak duk upload gambar anak, duk cerita pasal anak. Hari-hari duk mengomel pasal anak dia.

Kihkihkih...aku ketawa sorang-sorang. Kesimpulan, jangan mengata orang, nanti terkena kat batang hidung sendiri, baru tahu.

Berpesan-pesan itu tak salah, at least kita sentiasa beringat dan muhasabah diri. Fungsi FB dan IG itu memang untuk kita berkongsi gambar dan apa saja yang baik, jangan mudah sangat nak tuduh orang yang bukan-bukan. Sebab tu lah sekarang ni, aku sedang cuba menjauhi mereka-mereka yang negatif. Tak payah jadi kawan pun takpe.

Dan tiba-tiba aku terfikir, habis tu...yang blogger-blogger duk share kisah diaorang travel sana sini tu....menunjuk-nunjuk ke?


Sila lah bersihkan HATI anda. Berlapang dadalah dalam memberi atau menerima pendapat.




Monday, October 26, 2015

doktor lelaki vs doktor perempuan

Banyak pertikaian berlaku dikalangan wanita-wanita diluar sana (yang aku baca lah) mengenai penglibatan doktor lelaki dalam bidang O&G. Ada yang boleh menerima, ada yang memang langsung tak boleh terima. Aku sesekali tidak menafikan betapa pentingnya menjaga aurat, terutamanya ketika nak bersalin. Wanita mana rela tempat yang sepatutnya hanya suami berhak melihat tetapi lelaki lain pula terpaksa tengok.

Aku bukan pakar dalam soal jawab agama, tapi aku ada membaca beberapa artikel yang 'mengharuskan' wanita dirawat oleh doktor lelaki, cari dan baca lah. Seboleh-bolehnya, semua wanita mahukan doktor perempuan yang merawat mereka ketika melahirkan anak. Dalam Islam pun, kita diwajibkan memilih doktor perempuan (Islam), jika tiada, doktor perempuan (bukan Islam), kemudian jika tiada juga, baru lah dengan doktor lelaki. Betulkan apa yang aku tulis ini jika aku salah.

Pengalaman aku bersalin 3 tahun lepas, aku ditemani oleh 2 orang doktor, sorang doktor lelaki dan sorang doktor perempuan. Memang itu prosedur wajib yang mereka mesti patuhi ketika mengendalikan wanita bersalin. Kalau doktor lelaki yang ditugaskan, mesti ada doktor perempuan sekali. Di hospital Putrajaya, suami dibenarkan masuk ke dalam labour room, jadi waktu itu husband aku memang ada sekali dengan aku, dia tengok semua apa yang doktor buat.

Malu?

Sudah semestinya malu. Itu belum lagi labour room dipenuhi dengan doktor-doktor pelatih. Dah macam tayangan tiger show aku rasa. Malu jangan cakap lah. Tapi itu lah prosedur doktor-doktor pelatih yang mereka kena buat. Mereka bukan saja-saja masuk nak tengok kau punya, mereka bukan gatal-gatal nak tengok kau kangkang. Mereka nak jadi doktor, kena lah belajar. Cuma, perasaan malu itu memang ada, tapi bila difikirkan balik, aku ni tengah sakit, anytime boleh terberanak, dalam keadaan sakit macam tu, perasaan malu itu hilang sikit demi sikit.

Apa bezanya dirawat dengan doktor lelaki dan doktor perempuan?

Ok, ini based on my own experience lah. Lain orang, lain pengalaman bersalinnya. 

Doktor lelaki yang merawat aku begitu lembut, setiap apa yang dia nak buat, dia akan bagitau aku dulu. Aku tak rasa sakit pun masa dia check, aku boleh rilek lagi. Tapi...bila datang je doktor perempuan, bermula lah mimpi ngeri dalam hidup aku. Doktor perempuan tu ganas, kasar dan garang. Dia check bukaan aku dengan penuh emosi sampai aku hampir menjerit kuat dalam labour room. Adakah dia sedang mengalami period pain? atau baru bergaduh dengan suami dia dalam telefon? atau dia sebenarnya dah terlalu penat sebab tak cukup rehat lalu melepaskan kesemua kepenatan itu kepada patient?

Husband aku yang tengok apa yang dia buat pun jadi geram, tapi masih bersabar sebab dia doktor, takkan lah husband aku nak cakap lebih-lebih. 

Perempuan, adalah makhluk yang Allah ciptakan penuh dengan emosi. Aku kan perempuan, aku faham sangat perempuan ni macam mana. Doktor perempuan yang sudah bekerja terlalu lama, mereka akan penat, stress, mengantuk dan akan mempunyai perasaan marah pada pesakit. Lelaki, lebih cool sikit. Siapa-siapa yang mempunyai pengalaman sama macam aku, mesti faham kenapa aku fobia dengan doktor perempuan, hehhehheh.

Tapi itu tidak bermakna aku menolak untuk dirawat dengan doktor perempuan. Tak semua doktor perempuan tu ganas dan kasar. Ramai je doktor perempuan yang baik dan lemah lembut dengan pesakit (ini merujuk doktor O&G).

Jadi, kepada perempuan-perempuan yg sedang belajar medic dan bercita-cita nak jadi doktor, pakar sakit puan, belajar juga untuk mengawal emosi. Kami tahu dan faham kerjaya anda memang memenatkan. Jangan garang sangat pada pesakit, kecuali kepada pesakit yg degil dan tak mahu mendengar nasihat doktor.

Baca juga di The Vocket tentang sebab kenapa perlunya kehadiran doktor lelaki di bilik bersalin.

Bagi mereka yang berkemampuan untuk bersalin di hospital swasta, mereka boleh memilih doktor perempuan, ada setengah hospital mempunyai seorang doktor perempuan 'feveret' ramai patient. Tapi itu bagi yang berkemampuan lah, bagi yang marhein macam aku ni, pilih aje hospital kerajaan. Cuma, luck aku kurang baik masa tu sebab dapat doktor perempuan period pain, hihi. Yang lain-lain, hospital Putrajaya takde masalah dan menjadi pilihan ramai wanita untuk bersalin di sana sampaikan wad full, dan yang aku bengang, ada yang datang jauh dari Seremban semata-mata nak bersalin di hospital Putrajaya. Seorang nurse kata, diaorang nak dalam mykad anak diaorang tercatat no.ic kod Putrajaya. Hahaa...macam-macam!




Thursday, January 29, 2015

mindset


Aku cuba untuk memahami ayat Warren Buffet ni banyak kali. Apa kene mengena tamak dengan takut?

Jelas sekali ianya berkait rapat dengan 'mindset'.

Contoh 1:

Jualan buku murah Big Bad Wolf. Harga buku gila-gila punya murah dan orang berpusu-pusu pergi untuk membeli buku. Harga murah, jadi orang ramai mengambil kesempatan untuk membeli buku sebanyak yang mungkin. Ada juga yang membeli sebab murah, tapi tak baca pun.

Agak-agak la kan, kalau tak kerana adanya jualan buku yang murah tu, ramai tak orang datang untuk membeli buku?

Dan semua buku yang dibeli tu habis dibaca ke? To be honest, aku adalah salah seorang manusia yang belum habis membaca semua buku yang aku beli. Aku pernah pergi sekali saja ke Bid Bad Wolf, selebihnya aku banyak shopping buku online.

Jelas sekali disini, 'mindset' kita beli buku sebab murah, kita jadi tamak, bukan sebab kita memang betul-betul nak beli buku tu.

Contoh 2:

Bursa saham. Bila ekonomi goyah, harga saham jatuh. Pelabur jadi takut dan segera menjual saham-sahamnya. Mindset orang-orang kaya ni lain sikit, mereka takut pada harga yang murah. Pada mereka, saham jatuh mesti kena jual, takut rugi, takde untung kata mereka. Bukan macam kita rakyat marhein ni, kita suka pada harga yang murah.

Itu lah mindset.

Sama juga macam orang yang tak makan ikan. Masa kecik dia pernah tercekik tulang ikan, maka dia set dalam otak dia, "aku tak nak makan ikan, nanti tercekik tulang". Maka, sampai ke besar lah dia tak makan ikan. Hehehe.

Atau...

Kau tengok baju berlonggok atas katil atau sofa, baju tu dah setinggi gunung tahan. Memang letih tengok baju yang belum dilipat. Aku pun benci. Tapi, cuba kau set kat otak, "lipat baju sambil tengok tv pasti seronok". Kau set kan satu keseronokan ketika melipat baju, maka hasilnya mesti memberangsangkan.

Aku selalu ajak Zhareef tolong aku lipat baju. Apa yang dia buat, dia guling-guling atas longgokan kain baju tu, atau dia kecahkan semula baju yang aku dah lipat. 

Seronok bukan?

Muahahaa. Poyo.




Friday, November 28, 2014

Gangsterism

Kisah 1

Beberapa bulan lepas aku, zhareef, bapak zhareef dan seorang officemate bapak zhareef berada di satu kawasan di Cheras. Malam. Hujan tapi tak lebat. Ada urusan yang harus kami selesaikan. Kawasan itu memang crowded, jalan sempit sebab kereta parking kat tepi-tepi jalan.

Aku lalu satu lorong kecik belakang bangunan. Jalan tu one way.  Dah hampir di penghujung jalan, ada satu kereta Myvi hitam masuk. Ok, aku dah kata jalan tu one way, sepatutnya kereta Myvi hitam tu tak boleh masuk, atau kalau dia nak masuk jugak dia kena reverse balik sebab kereta aku nak keluar.

Apa yang jadi?

Driver tu bukak tingkap keluarkan tangan suruh kami berundur. Ok, aku dah berada hampir di penghujung jalan, jalau pertengahan jalan boleh maaf lagi. Kawan husband aku cakap, takpe undur je. Maka berundur la kami ke belakang sebab Myvi hitam tu tak nak mengalah.

That is gangsterism.

Kisah 2

Semalam, balik kerja aku, zhareef dan bapak zhareef pergi ke kawasan Jalan Pasar. Aku tak ingat lah which area tapi memang black area. Haha. Kalau tak kerana ada hal, takde maknanya aku nak pergi tempat macam tu. Kami menunggu seseorang. Park kereta di tempat parking yang betul dan tunggu.

Beberapa minit kemudian, orang yang kami tunggu pun sampai. Ok, kami pun nak gerak balik. Tiba-tiba datang seorang minah India mintak bayar duit parking rm3. Dengan muka tak bersalahnya dia suruh bayar. Husband aku pun pertikaikan balik, apa pulak nak bayar-bayar parking ni? Kalau hari siang logik la, ni dah malam. Minah India tu tak puas hati, terus nak melenting. Husband aku malas nak layan, start enjin terus blah. India tu terus bebel sorang-sorang sambil mata dia merenung tajam.

That is gangsterism.

Apa lah sangat bayar parking rm3 tu, tapi untuk apa nak meng 'kaya'kan gangster? Minah India tu berani melenting macam tu sebab ada geng-geng dia yang duk perhati kat kawasan tu. 

Sapa penah tonton filem KL Gangster? Filem itu sebenarnya memang ada realitinya. Kehidupan macam itu memang wujud. Seorang ketua akan jaga satu kawasan, ada kuli-kuli dia akan buat kerja. Salah satu kerja kuli dia yang macam minah India tu lah, paw orang suruh bayar duit parking, seolah-olah kawasan parking tu tanah dia.

Aku jadi takut bila memikirkan masalah gangster ni. Aku perhatikan kawasan sekeliling, memang menakutkan untuk membesarkan anak. Syukur lah aku tidak tinggal di kawasan sebegitu.

Aku tanya husband aku, sampai bila gangster-gangster kat KL ni nak dibiarkan macam ni? takde satu tindakan ke yang perlu dibuat?

Polis?

Entah. Susah nak cakap. Sebenarnya sensitif nak cakap. Tak payah cakap lah.





Wednesday, October 15, 2014

teknologi



haritu ada gambar perempuan mengandung dan menyusukan anak menjadi viral di fb. kejadian berlaku dalam ERL.

sekarang aku salah seorang pengguna ERL. apa yang aku perhatikan, bila melangkah masuk dalam ERL, semua berebut nak duduk. peak hours (pergi dan balik kerja) memang sesak. dah dapat tempat duduk, terus amek handphone dan godek-godek handphone. aku pun selalu jugak buat, haha.

bila mata dah tertumpu pada telefon pintar, kita tidak akan perasan ada perempuan mengandung berdiri tak dapat tempat duduk. ada jugak yang tak main handphone tapi buat bodoh je tengok perempuan mengandung tu berdiri.

suatu hari, aku balik kerja macam biasa naik ERL. manusia penuh sesak dan bertuahnya aku dapat duduk sebab aku sampai awal, beratur depan dan dapat masuk dulu dalam train. ada sorang perempuan cina mengandung masuk dan berdiri dekat dengan pintu train. orang yang duduk kat depan buat tak nampak aje, atau dia memang tak perasan sebab sebok tengok telefon. aku lambai-lambai kat perempuan itu suruh dia duduk tempat aku, tapi dia geleng kepala. aku lambai lagi sekali suruh dia duduk. dia akhirnya akur sambil tersenyum.

apa yang aku nak sampaikan ialah bukan nak mengatakan aku ni baik, tidak. ada ramai lagi manusia baik diluar sana. seperti yang aku cakap tadi, ada segelintir manusia yang terlampau kusyuk menatap telefon sampai tak sedar kehadiran wanita-wanita mengandung dalam ERL, maafkan lah mereka.

tapi point penting yang aku nak sampaikan ialah...

teknologi menjadikan manusia leka.

bak kata Albert Einstein, teknologi canggih pada hari ini menjadikan manusia tidak bermasyarakat.

dan pada aku pulak, teknologi menjadikan manusia tidak alert pada orang sekeliling. aku pun kadangkala leka dengan telefon, fb la, ig la, whatapps la...so perkara ini ditujukan untuk diri aku juga.

lagi-lagi kalau kita naik kenderaan awam seperti ERL atau LRT...please alert to the pregnant woman, golongan veteran, orang cacat atau kurang upaya, kanak-kanak dan ibu-ibu yang mendukung anak kecil. mereka  lebih berhak untuk duduk.


Monday, December 9, 2013

Keyboard Warrior

Aku akui sekarang ramai keyboard warrior terutamanya di Facebook. Mereka suka menghentam orang lain sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang yang kena hentam tu. Tak salah nak memberi pendapat, tapi cuba la belajar menggunakan kata-kata yang tak menyinggung perasaan orang.

Lazimnya mereka ini hanya berani di alam maya, tetapi tak berani pulak bila berjumpa di luar. Sebab itu mereka di gelar sebagai Keyboard Warrior. Dari pengalaman aku sendiri, ada juga kawan-kawan yang aku kenali suka menghentam orang di facebook. 

Kawan-kawan aku ni, kalau jumpa di luar, ok pulak. Tapi dalam facebook, jari tu gatal nak tulis benda yang menyakitkan hati orang. Jadi, kalau ada masa lapang nanti, aku rasa aku nak buat 'pembersihan' sikit dalam friendlist aku tu. Yang mana busuk tu aku nak buang. Bak kata husband aku, tak luak pun takde kawan macam tu di facebook.

Nak upload apa-apa gambar sekarang ni kena pikir 14 kali sebab adanya keyboard-keyboard warrior ni lah. Dulu masa tengah hot pasal politik, memang ramai keyboard warrior wujud. Mereka wujud berbayar atau free sesaja takde kerja cari dosa dalam internet.

Keyboard warrior ni, suka hentam orang, tapi bila orang hentam dia balik, pandai pulak touching. Hahaha.

Nampak tak apa Mark Zuckerberg dah buat pada dunia. Dia cipta Facebook, kita gunapakai media sosial ini untuk buat dosa. Guna lah ke arah kebaikan. Bukan di facebook saja, di Instagram pun sama. Di blog pun. Di mana-mana saja lah. 

 
Satu lagi aku nak cakap, kalau ada kesilapan-kesilapan yang orang tulis atau share di facebook, nak tegur tu sila lah pm, bukan tinggalkan komen seantero alam boleh baca. Jaga aib orang, in sha Allah, Allah jaga aib kita.









Tuesday, April 2, 2013

bersangka baik


Ada beberapa perkara berlaku sejak dua menjak ni. Semuanya yang menyentap hati. Baru aku sedar manusia itu sebenarnya begini:

"Apa yang keluar dari mulutnya tidak sama dengan apa yang ada dalam hatinya"

dan...

"Berhati-hati ketika berbicara. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"

dan lagi...

"Jangan menyusahkan sesiapa lagi, usaha sendiri"


Pada aku, jangan 'menghakimi' orang lain jika kamu tidak tahu apa yang dia lalui dan apa yang dia perjuangkan dalam hidup ini.


Pedih.


Mari lah kita bersangka baik.





Monday, December 31, 2012

berakhirnya 2012

Tahun 2012 bakal melabuhkan tirai (ayat buku). Aku rasa tahun ini lah tahun paling fantastik dalam hidup.

Kenapa?

Kerana tahun 2012 ini aku melahirkan Zhareef, menjadi ibu kepada seorang anak comel. Ini lah yang fantastiknya. Sepanjang 9 bulan mengandungkan Zhareef, aku tidak mengalami sebarang masalah, alhamdulillah. Aku tak muntah, aku sangat berselera makan, lena tidur dan....suka berjalan. Aku boleh berjalan dalam mall tanpa membeli apa-apa dan pergi ke taman-taman sambil memetik kamera.

Di saat hampir tiba aku bersalin pun aku masih sempat ajak family berjalan-jalan ke Cameron Highland, tapi hasrat itu termati di situ sahaja kerana sehari sebelum ke sana, aku dah sakit...sakit nak bersalin.

Pengalaman mengandung memang best. Walaupun tubuh badan ini sangat penat tapi keseronokan itu tidak ada tolok bandingnya. Begitu juga pengalaman ketika sakit di labor room. Sakitnya bersalin tu tak terucap, macam nak putus nyawa, tapi bila tengok muka baby, hilang rasa sakit. Indahnya bersalin! Itu lah nikmat yang Allah bagi kepada setiap wanita bergelar ibu.

Pengalaman menjaga Zhareef sangat mencabar. Aku stress setiap malam kerana Zhareef selalu buat perangai, suka merajuk dan kuat menangis. Sehingga sampai satu tahap aku takut nak menghadapi waktu malam, aku takut nak berdepan dengan Zhareef yang bakal mengaruk tu. Bila ingat balik, aku tersenyum sorang-sorang.

Tapi...

Ada satu perkara yang aku kira paling menyedihkan dalam hidup ini. Aku adalah salah seorang ibu yang gagal memberikan anaknya minum susu ibu secara ekslusif. Aku dah gagal. Aku hanya sempat beri Zhareef minum susu aku semasa dalam pantang, itu pun tak banyak. Aku makan macam-macam kononnya untuk menambah susu, tapi hasilnya sangat mendukacitakan. Dalam diam-diam, aku sangat cemburu melihat ibu-ibu lain yang berjaya menyusukan anaknya tanpa sebarang masalah. Setiap kali aku baca artikel mengenai breast feeding, hati aku menangis.
 
 
Aku melihat Zhareef membesar depan mata, melayan kerenah dia, mandikan dia, tidurkan dia dan memujuk dia semasa dia merajuk. Semua itu rutin harian aku sepanjang tempoh berpantang. Bila tiba waktu aku kena memulakan hari pertama untuk ke ofis, aku menangis. Aku tak sampai hati nak serahkan Zhareef kepada pengasuh. Mungkin Allah makbulkan doa aku. Selepas pengasuh Zhareef tak mahu jaga dia lagi, adik aku sedia membantu. Aku kini lebih tenang meninggalkan Zhareef di bawah jagaan adik aku sendiri.


Dan kini, Zhareef semakin membesar dan semakin aktif. Beratnya sudah 6kg dalam masa 2 bulan. Dia dah pandai isap jari, jilat-jilat tangan dia yang debab tu. Pukul 4 pagi dia rajin kejutkan aku untuk ajak aku bermain dengan dia.

Baru aku tahu betapa seronoknya ada anak!

Ini lah pengalaman paling berharga sepanjang tahun 2012, kenangan yang tetap segar dalam ingatan. Aku berdoa dan berharap, tibanya tahun baru 2013 nanti bakal membawa sinar baru dalam hidup kami sekeluarga.


Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.





Tuesday, December 11, 2012

optimis

Aku sentap. This things will be impact on my life throughout of the year. But, on the other hand, I was trying to find something that can back-up myself and family, my son especially.

Maybe I am too quiet, but it doesn't mean I do not exist here.If I tell you the story about what I feel, I don't think everyone can understand because they do not go through it.

Aku optimis. Orang Islam kata....bukan rezeki. Pasrah saja lah.

Thursday, October 18, 2012

hari ke-13


Tempoh berpantang yang saya rasakan ter.....lalu lama dan banyak dugaan. Tapi kini saya dah rasa sikit selesa, cuma boring yang amat. Dah la jauh dengan hubby...huhu, nasib baik family ada dan family mertua pun dekat sekangkang kera je.

My daily routine is totally change. Tapi saya dah boleh manage sikit-sikit. Mula-mula dulu sampai meleleh air mata. Bayangkan di saat anak sendiri lapar nak susu, tapi saya tak boleh nak buat apa-apa sebab saya kekurangan susu. Sangat sadis.

Nasib baik ada insan-insan mulia sudi datang ke rumah menyelamatkan keadaan. Terima kasih sahabat kerana menenangkan suasana yang buntu dan bercelaru. Terima kasih kerana membantu saya yang dalam keadaan susah dan tak tahu nak buat apa. Allah sajalah yang akan membalas jasa baik itu. Saya sangat terhutang budi dan akan saya ingat sampai mati. Terima kasih jugak kepada si kakak sebelah meja opisku kerana mengambil berat. Tak tau nak cakap apa...semoga Allah balas jasa baik mu itu.

Kelahiran Zhareef tidak di duga. Kelahirannya cepat 19 hari dari tarikh jangkaan. Namun saya bersyukur kerana semuanya selamat. Cuma keadaan sedikit kelam kabut kerana kelahirannya terlalu awal dan saya sendiri tidak bersedia apa-apa baik dari segi mental dan fizikal. Yang paling penat ialah hubby, kesian dia ke hulu ke hilir menguruskan segalanya. Nasib saya baik kerana family kebetulan ada, tapi bercelaru jugak sebab sibuk terkejar-kejar nak ke majlis konvokesyen adik saya di UIA.

Hari ini hari ke-13 saya berpantang dan saya sudah boleh handle sendiri Zhareef tanpa bantuan mak kecuali nak mandikan dia. Bab-bab nak mandikan baby ni memang saya tak konfiden, jadi memang mak kena tolong lah. Yang lain alhamdulillah....saya uruskan sendiri Zhareef. Berjaga tengah malam pun dah tak kisah sangat. Awal-awal dulu memang pening kepala dibuatnya kerana Zhareef ada angin. Saya amek masa 2-3 hari jugak nak memahami perangai Zhareef dan sekarang saya dah tahu apa kehendak dia. Zhareef adalah insan yang baru nak mengenal dunia, saya tahu dia sendiri pun keliru dengan apa yang dia rasa. 

Harap-harap lepas ni keadaan akan bertambah baik. Doa-doakan saya.


Friday, September 28, 2012

AES

kamera AES, lebuh sentosa, Putrajaya
sumber : fb

Aku tak tau nak cakap macam mana, tapi pada aku sistem kamera AES yang baru ni macam ada sikit mendera, bukan mendidik. Bagi orang-orang yang belum kena snap, diaorang tak akan faham dan akan berkata....."kalau taknak kena saman, ikut la peraturan jalanraya". Wahhh....sedapnya mulut berkata-kata. Ye la cik non...selama ni pun memang aku ikut peraturan jalan raya, sesekali je aku langgar lampu merah kat trafik light...hahahaha.

Dalam gambar kat atas tu, di situ lah tempat dimana aku kena snap dengan kamera canggih ni. Jalan tu adalah jalan menuju ke hospital. Apa la bengap sangat pegi letak kamera di jalan menuju ke hospital. Kalau la ada emergency, nak bersalin ke, eksiden ke...nak suruh orang drive 70kmj jugak ke? Ni yang rasa nak meroyan je ni.

Haritu aku try drive 70kmj, aku rasa basikal pun boleh potong aku kot. Dan aku rasa, memandu terlalu perlahan pun bahaya jugak, boleh buat orang mengantuk. Aku bukan la nak bawak kete laju gila sangat, tapi tak nak jugak terlalu perlahan. Agak-agak la...yang penting kita tak memandu dalam keadaan yang merbahaya.

Sapa la aku ni nak bercakap lebih-lebih, sistem ni ada baik dan buruknya. Tapi kalau letak had laju 70kmj...aku rasa tu macam tak logik, jalan nak pergi hospital pulak tu.

Kalau kebetulan orang-orang besar lalu jalan yang ada kamera tu, contohnya VIP yang ada eskot polis tu...laju semacam je, tak kena saman ke? Satu lagi, aku ada terbaca, kamera AES akan dipasang di jalan yang selalu berlaku kemalangan maut atau jalan yang memang berisiko berlakunya kemalangan. Lebuh sentosa tu selalu berlaku kemalangan maut ke? Aku tertanya-tanya.

Ermmm....takpe la. Redha saja lah. Aku kan kaya, bayar je saman tu.







Friday, September 21, 2012

tidur aje kejenya


Agaknya sebab dah terbiasa bangun awal untuk sahur bulan puasa, aku selalu terjaga dari tidur pada waktu-waktu antara pukul 4.30am hingga 5.00am. Tapi ada sekali tu pukul 3.00am aku dah terjaga, lepas tu terus tak boleh tidur. Frust. Dan kesannya kat ofis aku melepek kat meja, mengantuk tahap tak boleh handle.

Masa aku tengah menaip ni pun, aku baru bangun tidur sebenarnya. Aku tak tau la apa orang keliling cakap pasal aku. I don't mind. 

Nasib baik lokasi meja aku dah tersorok sikit, jadi boleh la aku buat aktiviti tidur ni dengan selamba.

Lepas bangun tidur, baru aku rasa segar sikit.

Bila bangun tidur, aku rasa lapar!



Thursday, September 6, 2012

bukan salah ibu mengandung ye

Aku tak rasa yang aku berkemampuan untuk perform bagus ala-ala pekerja terbaik dalam keadaan sekarang, even dulu pun aku bukan pekerja terbaik sangat. For time being I only involved in 2 projects, and I hate one of them. The other one is okey. Kalau ada sesiapa yang rasa aku mengada or blur-blur...I really don't mind. 

I hate meeting and I hate to be a leader. But someone had said to me, you have to learn how to be a leader but not in this condition ( his eyes pointing at my tummy). Actually, being a pregnant woman doesn't mean you have to take a rest 24-7. I don't think so. Seperti yang pernah aku luahkan dalam protected entry sebelum ni, masalah itu lah yang membuatkan aku benci dengan apa yang aku lakukan sekarang, but nobody understand, and finally, aku rasa aku just follow the way yang ada depan mata. Nak mengadap bos pun, dia sangat busy. Bukan salah ibu mengandung, mengandung tu tak salah dan bukan halangan untuk buat kerja (walaupun penat sikit dan selalu blur-blur), tapi masalah yang aku dah rasa lama, sejak 4 tahun dulu.


Untuk pengubat penat, mari lah kita menge'paw' sample perfume kat klcc.

 Orang lain beli perfume tapi aku yang paw sample. Bukan setakat sample perfume.....tapi......

...tapi juga halfmoon pouch ni. Patutnya untuk dapatkan pouch ni, kena beli perfume 50ml...tapi dengan kejahatan yang ada pada aku...aku pujuk rayu salesman tu...dia bagi jugak. Ngeh...ngeh...ngeh...

Alahai...bape hengget sangat la harga beg sekecik tu? Setakat nak bagi free pada customer takde hal lah, diaorang je yang kedekut.

Shopping adalah pengubat segala tekanan. Kalau takde duit nak shopping, temankan kengkawan shopping pun dah boleh melegakan hati dan perasaan. Kehkehkehkeh...