Thursday, April 23, 2009

Rescue 911 - kisah lucu atau gila?

Saya tidak tahu kisah ini di kategorikan sebagai kisah lucu atau gila. Ia berlaku tanpa dijangka, dan apabila difikirkan semula, saya akan tersenyum sendiri.

Housemate saya balik kampung di Kota Tinggi Johor pada malam selasa yang lalu. Dia balik berdua dengan seorang lagi rakan serumah kami. Mereka akan balik semula ke Kuala Lumpur keesokannya. Kiranya balik sekejap saja untuk melihat ayahnya yang tidak sihat.

Malam semalam (Rabu - 22/04/09), saya berbaring di katil dalam keadaan mamai (separuh sedar, separuh jaga). Waktu itu seingat saya dalam pukul 10 lebih. Saya mendapat panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali. Rupa-rupanya itu panggilan dari rakan rumah saya yang sedang dalam perjalanan pulang dari Kota Tinggi ke Kuala Lumpur. Dia berhenti di R&R Pagoh untuk mengisi minyak. Perkara tidak dijangka berlaku, iaitu kunci keretanya tertinggal didalam kereta. Dia pakai kereta Myvi, dan untuk makluman semua, kereta Myvi akan auto-lock sekiranya kita terlupa nak lock. Rakan saya yang seorang lagi telah meninggalkan kunci dalam kereta tersebut. Dia terlupa nak ambil kunci dan meletakkannya atas kerusi dalam kereta. So ,saya dalam keadaan kelam kabut drive berdua dengan rakan serumah sorang lagi pergi ke Pagoh. Saya rasa saya telah bertindak seperti rescue 911, misi menyelamatkan rakan saya yang tertinggal kunci keretanya di dalam kereta sendiri. Lawak betul la.

Saya bertolak lebih kurang pukul 10.30 malam dan tiba di Pagoh pukul 12.30 malam. Saya tidak pernah drive malam di highway, dan malam semalam lah pertama kali saya memandu malam-malam buta pergi ke Pagoh. Saya rasa macam tak percaya. Misinya adalah untuk menghantar kunci pendua kereta rakan saya itu. Saya bertolak semula balik ke KL dan tiba di rumah pukul 2.30 pagi.

Kepada mereka yang menggunakan kereta Myvi, berhati-hati ketika meninggalkan kereta anda. Saya juga mengingatkan diri saya sendiri kerana saya juga pengguna Myvi. Ada baiknya juga kereta itu direka dengan fungsi automatic lock, tetapi pada waktu-waktu tertentu ia boleh mendatangkan kesusahan. Nasib baik kunci pendua berada di rumah kami di KL, kalau tidak saya rasa keretanya sudah selamat sampai di bengkel servis perodua untuk proses mengeluarkan kunci tersebut. Apapun, semuanya selamat.

4 comments:

KP ADMIN said...
This comment has been removed by the author.
Reds said...

kalau ada pengetahuan skit...boleh bukak pintu tu dgn mudah, ada caranya...sbb sy pun ada pengalaman camni (bukan mencuri kereta yea...hehe), biasalah bljr dgn mc gyver...

J.U.L.I.E said...

Hehe...penah dpt emel camne nk unlock kete guna handphone, tp dh lupa, dahtu semlm kelam kabut gila, x sempat nk pikir, camne ek?tlg ajar...

Reds said...

nk ajar boleh tp xleh kat sini, nanti takut dislh guna...hehe...kena buat kelas khas...