Saturday, April 25, 2009

Naluri - antara benar dan salah

Adakalanya kita percaya pada kata hati walaupun kadang-kadang ia tidak tepat. Tapi setiap manusia ada naluri. Naluri itu akan bergetar setiap kali kita terfikir tentang sesuatu yang tidak pasti, sama ada ia benar atau tidak, atau seperti ada sesuatu yang bakal berlaku. Ia seumpama 'six sense' dimana kita dapat rasa sesuatu yang baik atau buruk akan berlaku, atau sesuatu yang tidak dijangka.

Naluri itu satu anugerah dari Allah. Kaum wanita yang bergelar ibu lah biasanya mempunyai naluri yang tepat. Kerana itu kita tidak boleh derhaka pada ibu. Namun ada juga orang muda mempunyai naluri atau kata hati yang benar-benar berlaku dengan izin Allah. Saya sendiri selalu mengikut kata hati walaupun adakalanya ia salah, tetapi kebanyakannya betul.

Saya selalu terfikir akan sesuatu yang saya sendiri tak pasti kebenarannya, tetapi dalam jangka waktu yang tidak lama, ia benar-benar berlaku. Tidak perlu lah saya nyatakan di sini apakah perkara yang berlaku itu, tetapi adakalanya saya takut. Saya takut pada perkara yang tidak baik berlaku. Tetapi setiap perkara yang berlaku itu adalah qada' dan qadar dari Allah. Dan yang pasti perkara yang berlaku itu sama ada baik atau buruk ada hikmahnya yang tersendiri.

Suatu hari nanti kita pasti akan kehilangan orang yang kita sayang tidak kira kaum keluarga atau sahabat handai. Kematian itu akan menjelma bagi setiap manusia, cuma tidak tahu bila. Saya teringat pada satu kata-kata ini : "We need to expect what is an unexpected". Dengan kata lain, kita mesti bersedia pada sesuatu yang tidak kita jangka dengan akal fikiran. Sebab itu kita mesti berfikiran jauh supaya kita boleh bayangkan jika sesuatu perkara itu berlaku, apa yang patut kita buat, apa tindakan seterusnya atau pada siapa harus kita mengadu. Kerana itulah kita mesti berbuat baik pada semua orang kerana suatu hari nanti kita pasti akan memerlukan pertolongan dari mereka.

Adakalanya kata hati itu tepat, tetapi adakalanya ia nafsu semata-mata...

No comments: