Tuesday, May 5, 2009

Masa berubah

It's almost 3 months I am not back to my home town to visit my parents, rasa macam si tanggang plak. I had decided to drive alone on Friday morning after solat subuh. This is my first time drive alone from Subang Jaya to Endau. Terer jugak aku.

I took half day leave on Thurday afternoon to send my car service at Shah Alam. Saya amat perihatin mengenai keselamatan kereta sebelum berjalan jauh, maklumlah orang perempuan macam saya ini mana tahu sangat selok belok kereta. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga sebelum sesuatu tidak di ingini berlaku, saya servis kereta dahulu. Subuh keesokannya, saya memulakan pemanduan saya bersendirian untuk balik ke kampung. Lega rasanya kerana saya sudah berani memandu sendirian. Mahu tidak mahu saya kena memberanikan diri. Sampai bila mahu takut kan? I had learned how to be an independent, great!

Suasana jalan pada pagi itu sudah mula sibuk walaupun jam baru ke angka 6.45 pagi. Saya tahu pada musim cuti umum begini, semua warga kota termasuklah saya berlumba-lumba mahu pulang ke kampung masing-masing. Ada yang memandu dengan cara berhemah, ada juga yang pecut 160km/jam, ada juga yang memandu macam orang nak bunuh diri, mungkin dia rasa kereta dia hebat agaknya, tapi fikirlah keselamatan orang lain juga. Bukankah kita berkongsi satu jalan raya yang sama?

Di kampung saya menghadiri majlis yasin dan kenduri kahwin. Kata orang, dalam majlis-majlis sebegini lah kita akan jumpa ramai rakan taulan yang bertahun-tahun tak jumpa. Saya tidak nampak muka rakan-rakan saya, cuma saya jumpa orang-orang kampung saya yang saya kenali sejak kecil. Ada yang masih mengenali saya, but most of them can't recognize me. Maklumlah, wajah ketika kanak-kanak dan wajah dewasa berubah ketara.

Perkara yang paling menggembirakan saya ialah, saya berjumpa dengan salah seorang rakan sekolah yang hampir 12 tahun tidak berjumpa. Dia ialah Shahida Ismail. Saya memanggilnya Shasha. Suprise...she is never change for the face, but totally change for the body. Dia sudah berisi kerana mempunyai 5 anak. Wow..5 anak tau. Shasha berkahwin pada usia 17 tahun dan waktu itu dia sudah pun berhenti sekolah. Dia memilih jalan sebegitu atas kehendak dirinya sendiri. Kebetulan hari saya berada di rumah, Shasha datang ke kedai emak untuk membeli kain sebagai persiapan raya. Dia membawa sekali 2 anak bongsu lelaki kembar. Sungguh comel kerana raut wajahnya ada iras-iras Shasha yang berketurunan India muslim.

Shasha sudah 12 tahun menjadi ibu. Anak sulongnya sudah berusia 12 tahun (darjah 6), tetapi saya masih melenjan ke sana sini. Sungguh berbeza hidup kami. Shasha sibuk ke hulu ke hilir melayan anak, siapkan baju raya atau baju sekolah. Tetapi saya masih bebas ke sana ke mari ikut suka hati.

Marriage will come to my life. Kalau ada jodoh tak kemana.

No comments: