Friday, May 29, 2009

Sinus

Saya berjumpa doktor untuk kali ke dua malam semalam kerana sakit kepala. Kali ini saya pergi klinik panel di SS15, PJ, dekat juga lah dengan rumah. Keadaan jalan di situ terlalu crowded, tapi saya bernasib baik kerana dapat parking kereta dengan selamatnya.

Doktor yang bertugas adalah seorang berketurunan India, namanya George. Orangnya sangat peramah. Saya pun menerangkan kepada doktor apa masalah saya, dan dia melayan saya dengan lembut dan memberi macam-macam nasihat yang berguna. Tidak seperti Dr. Paul yang bertugas di klinik berhampiran ofis saya, Dr. George lebih teliti memeriksa tekak dan hidung saya. Katanya saya mengalami masalah sinus (resdung). No wonder lah saya selalu sakit kepala dan mengalami masalah kulit yang serius.

Baru saya tahu rupa-rupanya sakit kepala ini ada pelbagai jenis, ada migrain, tension, cluster dan sinus. Saya mengalami sinus dan saya rasa itulah punca utama mengapa saya selalu sakit kepala yg agak teruk dan masalah kulit berminyak serta jerawat yang serius.

Dan selepas makan ubat yang doktor bagi, saya terus tidur lena tak sedar diri sampai subuh....

No comments: